Isnin, 9 November 2009

PEMBETULAN PADA UBAT GIGI MISWAK

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang lebih besar sebagai rujukan

RCH SASAR 50 CAWANGAN

Sila KLIK gambar di atas dan tampalkan di cawangan masing-masing

MAJLIS PENUTUPAN SIJIL HERBALIS




Alhamdulillah kursus sijil Herbalis 17 anjuran HPA telah pun menutup tirainya semalam. Seramai 70 org peserta dari 5 buah negara mengambil bahagian didalam kursus ini yang pertama kali menghimpunkan ahli2 dan staf dari pelbagai negara.Negara tersebut ialah Indonesia,Thailand,Cambodia,Hungray dan juga Malaysia yang menjadi tulang belakang kepada kursus sijil Herbalis kali ke 17 ini.

Pelbagai onak dan duri telah berlalu dalam suasana yang begitu mengharukan kepada semua peserta yang hadir bagi menjayakan majlis penutup kursus sijil Herbalis 17 ini. Majlis ini telah diadakan di Dewan Omar Mokhtar yang menjadi sentimentle kepada para peserta yang telah mengambil bahagian. Sedih dan pilu menyelubungi suasana dewan pada jam 3 ptg yang dihadiri sendiri oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd yang juga merupakan rektor kepada sijil Herbalis 17 ini. Majlis dimulakan dngan bacaan Al-Quran oleh sdr Yusof dan diteruskan acara dengan sesi ucapan oleh wakil peserta dari kalangan muslimin dan muslimat.Sejurus selepas itu giliran Pengarah Urusan ,Tn Hj Ismail Hj Ahmad memberikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan sijil Herbalis ke 17 dengan tayangan Montaj dari Unit Multimedia menyusul selepas perasmian oleh Pengarah Urusan.Montaj dengan tema Di bawah Satu Cahaya,menggabungkan aspek budaya dan agama dari 5 buah negara dan tayangan slideshow telah membangkitkan seribu pengertian dan kenangan buat para peserta sepanjang program diadakan. Bab kata pepatah buang yang keroh ambillah yang jernih akan menjadi tauladan kita bersama.

Di akhir majlis penutupan ini,sesi perpisahan diadakan dengan bersalam salaman dengan semua urusetia dan pensyarah juga bersama pengarah urusan diatas pentas.Akhir kalam dari penulis Selamat Berjuang kepada semua peserta Herblis 17 yang telah berjaya bergelar perawat herbalis yang akan berjuang demi memartabatkan perubatan Thibbun nabawi ke seluruh dunia.Insyaallah.

Dipetik dari HPA Training

TAHNIAH KEPADA PERSERTA SIJIL HERBALIS

Peserta-peserta Herbalis Muslimat dari Zon Timur
Peserta-peserta Herbalis Muslimin

Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta Sijil Herbalis kerana telah berjaya menamatkan kursus mereka dengan jayanya pada tarikh 11hb-31hb Oktober 2009 bertempat di Cawangan Sungai Petani, Kedah. Diharapkan moga-moga apa yang mereka pelajari dapat mereka praktikkan ilmu yang mereka pelajari. Insya Allah.

MENU RCH AKAN DATANG

Sila KLIK gambar di atas

KEPADA SEMUA PENGGEMAR RADIX CHICKEN HOUSE.AKAN DATANG NOVEMBER INI KAMI MENAWARKAN PELBAGAI TAMBAHAN MENU BARU DI SEMUA CAWANGAN RCH BERDEKATAN ANDA.ANDA PASTI GEMARKANNYA.