Isnin, 18 Januari 2010

KARNIVAL EXPO JUALAN HPA DI UDM

Turut kelihatan juga Staf Stor Gudang Zon Timur (Baju Hijau)
Booth HPA (Staf HPA Training sedang membuat jualan di kampus UDM)
AGM Ismail Bin Omar (Kanan) turut juga kelihatan
Pelajar-pelajar UDM sedang khusyuk mendengar taklimat yang di sampaikan oleh Pengarah Urusan HPA
Pengarah Urusan HPA (Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad) sedang memberi ucapan dan penerangan kepada pelajar-pelajar UDM di Dewan Utama kampus tersebut


Karnival Expo Jualan & Pameran yang telah diadakan di perkarangan UDM (KUSZA), Kuala Terengganu pada tarikh 16-19hb Januari 2010. Pada hari pertama yang bertarikh 16hb Januari 2010 baru-baru ini, Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad telah dijemput oleh pihak penganjur UDM untuk memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan syarikat HPA yang bertajuk "ERA GLOBALISASI PASARAN HALAL" kepada pelajar-pelajar UDM di dewan utama di perkarangan UDM tersebut. Sambutan begitu menggalakkan yang diberikan oleh pelajar-pelajar tersebut semasa Pengarah Urusan HPA memberikan penerangan dan memperkenalkan beberapa produk halal yang dikeluarkan sendiri oleh HPA Industries Sdn. Bhd. Insya Allah selepas ini kita (HPA) akan buka 1 lagi kiosk HPA di kampus UDM untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar mendapatkan produk-produk HPA. Kata beliau semasa memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tersebut baru-baru ini.