Isnin, 30 Julai 2012

AYAM ORGANIK HPA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

USAHA MENJENAMAKAN / REBRANDING SEMULA PRODUK PILIHAN HPA:
1. AYAM JEJAWI
2. JAWI HERB SHOP
3. HPA MART
4. MINYAK BUT-BUT
5. RADIX CAFE
6. SOS CHILI SURI
7. KOPI DIET
8. ASIATIKA HERBAL DRINK
9. KORDIAL ASIATIKA
10. HERBA TUJU ANGIN.

AYAM ORGANIK JENAMA ” AYAM JEJAWI ” TELAH TERSEDIA DIJUAL DI HPAIC. RASANYA UNIK, BERBEZA DARI AYAM BIASA.
Ayam JEJAWI adalah ayam yang dipelihara oleh HPA sendiri atau secara kontrak dan diberi makanan 100% dari kilang makanan HPA bukan dari kilang luar dan disembelih di tempat sembelihan HPA sendiri.
SOS CHILI SURI YANG DIKELUARKAN OLEH HPA SANGAT LAZAT DAN HASIL SURVEY KAMI SOS INI DI GRUP KAN SEBAGAI PRODUK YANG SANGAT BERPOTENSI UNTUK PASARAN DUNIA. MENGGUNAKAN CILI YANG BERKULITI DAN PERATUSAN CILI YANG PALING TINGGI DIBANDINGKAN DGN SOS LAIN DAN TIDAK ADA PEWARNA TIRUAN.
Tib Nabawi bukan Dukun, bukan ramalan, bukan saka, bukan scan, bukan nujum, bukan kahin , bukan mitos, bukan hayalan, bukan tuduhan tetapi TIB NABAWI IALAH MENGEMBANGKAN AKAL TAUHID TANPA SYIRIK MELALUI ILAHIAH DAN ALAMIAH ATAU GABUNGAN DARI KEDUANYA.
Selamat bertemu semua keluarga besar HPA di Palembang pada 4 hb ogos dan seluruh warga Hpa di Batam pada 5 hb ogos dengan perbicaraan “Tib Nabawi diangkat kesembuhan pun mendekat”.
Kepada ahli HPA, kini terbuka peluang untuk merealisasikan Tib Nabawi melalui pembukaan JAWI HERB SHOP di tempat masing dengan kursus dan bimbingan selama setahun dengan bayaran produk dan traning rm5k sahaja. Pemohonan boleh dibuat kepada cik Azira 0133977397
Tempahan ayam JEJAWI boleh dibuat melalui HQ DI HPAIC (bahagian pemasaran ayam Jejawi : 0134284717.

Sumber : Facebook Tuan Haji Ismail Ahmad

PINTAR HERBA SIRI 9

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Alhamdulillah, Kursus Pintar Herba 9 kali ini di Zon Timur, Terengganu. Pendaftarannya sudah dibuka mulai sekarang kepada mereka yang berminat menyertainya. Tempat berlangsung kursus kali ini di Pulau Kapas, Marang pada 08 & 09hb Sept 2012. Yuran hanya RM250.00. Bayaran tersebut merangkumi penginapan, tambang bot, modul dan makan.


Wang deposit sebanyak RM100.00, sila bankin ke akaun atas nama Tn Hj. Ismail Bin Ahmad, No: 09010010002734 (BIMB). Kemudian sms maklumat slip ke no 0139299944. Tempat berkumpul di jeti marang pada pukul 8.00 am (08hb -sabtu). Kepada mereka yang datang awal yakni 07hb ; jumaat) boleh menginap di HPA cawangan Marang, depan Masjid Rusila. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mahadi; 013 929 9944.



Sekian, harap maklum.

Jumaat, 27 Julai 2012

PERUBATAN JAWI : PENYAKIT GOUT

Kita sedia mengetahui penyakit gout atau asam urat( ind) berpunca dari asid uric yang tinggi didalam tubuh. Bagi mereka yang sejarah keluarganya ada penyakit ini , lebih baik mengamalkan beberapa herba khas sebelum terkena kerana gout itu sangat menyakitkan. Rawatan gout atau pencegahan gout menurut Perubatan Jawi  ialah menngunakan :- Teh herba (menguatkan  buah pinggang dan liver) malac (menguatkan  buah pinggang dan sistem urinary) Ardisia( menguatkan buah pinggang) omega 3 ( mengurangi peradangan) Kesan penggunaan ubatan kimia berterusan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan terpaksa menggunakan mesin Hemodilisis. 

Sumber : http://jawiherbshop.blogspot.com/

PERUBATAN JAWI : JANGAN POTONG LAGI

Kenapa perlu potong kaki? Gangreen akibat dari kencing manis sangat menakutkan kerana ia akan menyebabkan luka itu merebak semakin besar setiap hari. Mahu tidak mahu,kaki terpaksa dipotong atas nasihat dari doktor. Persoalannya adakah setiap gangreen itu perlu dipotong kakinya?Begitulah pada kebiasaan yang kita lihat kerana gangreen itu sukar sekali diubati dengan ubatan yang ada. Cuba berikan perhatian anda kepada apa yang akan saya perkatakan ini kerana saya sangat berharap tidak ada orang yang potong kaki lagi kerana gangreen. Sebulan yang lepas saya membuat rawatan di Ipoh,seorang ibu yang kakinya berair dan gangreen kerana kencing manis. Wajahnya yang sugul membayangkan betapa ia bimbang sekali kakinya itu bakal dipotong kerana luka semakin merebak. Hari ini ibu tersebut sudah mampu tersenyum kerana luka kakinya telah kering dan tidak gangreen lagi. Itulah kehebatan herba yang dinamakan sebagai BAUNKEM. Benar- benar teruji dan saya mengharapkan agar tidak ada lagi orang yang dipotong kakinya.

Sumber : http://jawiherbshop.blogspot.com/

Isnin, 16 Julai 2012

MEMO PENAMATAN STATUS PJS

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Sabtu, 14 Julai 2012

Jumaat, 13 Julai 2012

HPA SASAR 14 CAWANGAN RFC BARU

NURAINN AZHAR
11 Julai 2012
Set keluarga yang ditawarkan kepada pelanggan.
Set keluarga yang ditawarkan kepada pelanggan.
Antara menu di RFC
Antara menu di RFC
Sihat, organik dan halal. Tiga faktor utama menjadi keutamaan Herba Penawar Al-Wahida (HPA) bagi pelaksanaan restoran makanan segera di bawah pengurusan mereka iaitu Radix Fried Chicken (RFC).

Pembukaan cawangan pertama RFC di Sungai Petani empat tahun lalu, menjadi titik tolak kepada syarikat dan sehingga kini mereka mempunyai sepuluh cawangan seluruh Malaysia.

Menekankan moto Produk Halal Tanggungjawab Bersama, RFC semakin rancak melebarkan empayarnya bagi segmen makanan segera.

Walaupun terpaksa bersaing dengan restoran makanan segera lain, tetapi tidak menjadi penghalang kepada RFC untuk memperoleh keyakinan pelanggan terhadap menu ditawarkan.


RFC bukan francais

Berbeza dengan restoran makanan segera lain yang ada di antaranya diusahakan dengan konsep francais, tetapi tidak bagi RFC.

Pengarah Urusan Kumpulan HPA, Ismail Ahmad berkata, setiap ahli yang mempunyai modal boleh membuka dan mengusahakan RFC tetapi perlu mendapat keizinan daripada HPA terlebih dahulu.

Menurutnya, kos pelaburan bagi pembukaan dan pelaksanaan sesebuah cawangan adalah antara RM500,000 hingga RM1 juta.

“Pembukaan cawangan baru secara tidak langsung pengusaha sedang mengembangkan jenama di bawah pengurusan HPA.

“Bagi ahli yang membuka cawangan RFC, mereka akan diberikan bantuan dari segi khidmat nasihat dan latihan untuk mengendalikan restoran,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya.

Ismail berkata, pembukaan setiap cawangan RFC secara tidak langsung membantu  mengembangkan jenama di bawah HPA berikutan kebanyakan produk digunakan adalah keluaran sendiri.

Katanya, Mac lalu, RFC telah membuka jabatan khusus bagi mengendalikan promosi secara terus dan menyeluruh melibatkan jualan, acara dan pengiklanan menerusi media elektronik serta cetak.


14 cawangan pada 2013

Menurut Ismail, sehingga kini RFC mempunyai 10 cawangan di Semenanjung Malaysia dan optimis menambah tiga lagi bagi melengkapkan 13 kesemuanya menjelang hujung tahun ini.

Katanya, syarikat turut menyasarkan pembukaan 14 cawangan baru pada  2013 bagi Semenanjung Malaysia dalam melebarkan sayap perniagaan RFC sekali gus memastikan mereka terus kukuh.

“Tidak hanya menumpukan pemasaran di Semenanjung Malaysia, tetapi RFC turut mendapat permintaan daripada pelanggan di Sabah dan Sarawak, tetapi perlu mengkaji pelbagai faktor sebelum membukanya.

“Pelaburan bagi setiap pembukaan cawangan baru melibatkan kos antara RM1 juta hingga RM1.2 juta secara keseluruhan termasuk pengubahsuaian dan kelengkapan diperlukan,” katanya.

Menurutnya, purata kapasiti pengeluaran ayam setiap bulan mencecah 30,000 ekor. Walaupun kos ternakannya tinggi, tetapi ia masih dapat ditampung RFC.

Ismail berkata, selain menambah cawangan baru, RFC juga bercadang menyediakan dapur bergerak bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk mereka pada setiap majlis dianjurkan.

Katanya, berbanding sebelum ini, setiap majlis atau program anjuran syarikat perlu diadakan di cawangan Shah Alam, tetapi dengan kewujudan dapur bergerak tersebut, syarikat dapat mengadakannya di pelbagai lokasi.


Bakal sertai DPIM

Mengulas mengenai penyertaan HPA dalam Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), beliau berkata, sehingga kini mereka belum menjadi ahli, tetapi mempunyai perancangan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Ismail berkata, HPA sememangnya mempunyai hubungan baik bersama DPIM khususnya Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang sering dijemput dalam sesi dialog dan program HPA.

“Selari dengan perjuangan DPIM, RFC juga menjalankan perniagaan berkonsepkan islamik dan berhasrat menjadi salah satu restoran makanan segera berbentuk islamiah.

“Fokus utama syarikat kini adalah meningkatkan hospitaliti dan perkhidmatan lebih efisien di setiap cawangan bagi memastikan pelanggan berpuas hati,” katanya.

Ismail berkata, penekanan yang diutamakan RFC bagi segmen pemprosesan, penternakan dan pengeluaran ayam adalah kualiti.

Katanya, mekanisme digunakan untuk menternak ayam adalah berkonsepkan organik tanpa menggunakan vaksin dan bebas daripada ubatan kimia.

“Manakala, makanan ayam yang digunakan juga diproses sendiri tanpa menggunakan serbuk tulang (dicalsiumphosphate). Ayam RFC tidak hanyir dan rasanya seperti ayam kampung.

“Tidak menggunakan serbuk perisa (monosodiumglutamate) bagi setiap ayam membuatkan pelanggan kami tidak cepat jemu,” katanya.

Menurutnya, hampir semua produk digunakan di RFC adalah keluaran HPA termasuk sos cili dan air yang digunakan setiap pelanggan ketika mengunjungi mana-mana cawangan.

Ismail berkata, syarikat turut memberi keutamaan bagi penyembelihan ayam dan memastikan ia dibuat mengikut hukum fikah malah penyembelih juga terdiri daripada mereka yang bertauliah serta dipilih sendiri oleh HPA Farm.

Sabtu, 7 Julai 2012

SINAR HARIAN : SASAR 40,000 PEKET SEHARI

Wartawan Sinar Harian
7 Julai 2012
Sasar 40,000 peket sehari
Ismail menunjukkan Kopi Radix
Pengeluar Kopi Radix, HPA Industries Sdn Bhd optimis dapat meningkatkan pengeluaran produknya bagi tahun 2013 sehingga 40,000 peket sehari apabila dua kilang baru di Jawi, Perlis, siap dibina.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Ismail Ahmad berkata, tahun ini, syarikat mampu menanggung kapasiti pengeluaran sehingga 22,000 peket sehari berikutan permintaan menggalakkan.

Menurutnya, Kopi Radix adalah antara produk tertinggi permintaannya berbanding tiga yang lain iaitu Kopi Diet, Radix Koko dan Bijirin Radix.

“Kini, syarikat berhadapan dengan masalah penjualan Kopi Radix tiruan di pasaran. Sekiranya cetakan pengeluar tertera Radix Industri, ia adalah palsu.

“Kopi Radix asli akan tertera nama syarikat kami iaitu HPA Industries Sdn Bhd pada belakang bungkusan dan hanya dijual di cawangan HPA atauahli terlantik,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya.

Ismail berkata, bagaimanapun,bperolehan tahunan syarikat bagi Kopi Radix merekodkan RM50 juta dan pemasarannya telah menembusi Brunei, Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Filipina dan Singapura.

Katanya, jualan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa masing-masing menyumbang sebanyak 50 peratus kepada perolehan syarikat.

ALBUM CD HIJJAZ HPA KINI DI PASARAN

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Dapatkan Album CD Hijjaz HPA yang pastinya oroginal hanya di cawangan-cawangan HPA berdekatan dengan anda.

Rabu, 4 Julai 2012

PROGRAM USRAH BERSAMA PJS KELANTAN

PROGRAM USRAH BERSAMA PJS KELANTAN

TARIKH : 5HB JULAI 2012
MASA : 7.00 - 10.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN RFC KUBANG KERIAN, KELANTAN

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PJS BUSTAMAN 019-9544572