Rabu, 31 Mac 2010

MEMO PRODUK BARU



Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar

MENJELAJAH BERSAMA HPA RAIHAN


Sila klik PLAY untuk menonton

Penjelajahan bersama HPA Raihan di Kota Bharu, Kelantan pada tarikh 28hb March 2010 bermula pada jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Antara lokasi-lokasi yang dijelajah ialah :

- Radio FM Kelantan.
- Kedai makan Restoran Ulam Cikgu (berhampiran dengan Masjid Muhammadi).
- Kedai Outlet VCD.
- KB Mall (di Lobby).
- RCH (Radix Chicken House).
- Stokis Kak Nor RADIX.

Antara staf-staf yang terlibat ialah :

- Webmaster Zon Timur / Unit Latihan & Promosi (Khairul Anuar)
- Unit Latihan & Promosi (Hasbi Ikhwan)
- Pengurus Cawangan Pengkalan Chepa (Zainal Abidin)
- Pengurus Kios Paya Rambai (Sazani)
- Pembantu Cawangan Wakaf Che Yeh (Du Wan)

TAHNIAH KEPADA HERBALIS JAMILAH

Ucapan tahniah tidak terhingga kepada Herbalis Puan Jamilah ( Kak Sue ) wakil dari staf Cawangan Pasir Pekan kerana baru saja selesai menamatkan kuliah pengajiannya iaitu " Kursus Sijil Herbalis ke 18 " pada tarikh 11hb hingga 31hb March 2010 bertempat di Dewan Cawangan Sungai Petani baru-baru ini. Kini beliau digelar sebagai Herbalis. Diharapkan agar beliau dapat mempraktikkan dan menyampaikannya ilmu-ilmu tersebut kepada staf-staf yang lain agar ilmu-ilmu tersebut dapat diperkembangkan lagi secara keseluruhannya setelah pulang dari Sungai Petani nanti. Insya Allah...Amin.

PERFUME HPA RAIHAN

Kini Perfume HPA Raihan telah diedarkan ke semua cawangan-cawangan seluruhnya. Staf Cawangan perlu membuat hebahan berkenaan perfume tersebut dengan menampalkan poster di atas di cawangan anda !!!

Isnin, 29 Mac 2010

TINGKATKAN JUALAN DI CAWANGAN

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar

KURSUS PEMBETULAN BELAKANG

Sila KLIK gambar di atas

DAFTAR SEKARANG !!!

TESTIMONI AIR DEW WATER

Air Dew Water HPA sangat-sangat berkhasiat untuk badan kita. Dalam kehidupan seharian kita memerlukan banyak air untuk pengaliran darah kita. Pernah HPA mengadakan testimoni baru-baru ini berkenaan khasiat Air Dew Water HPA untuk menguji tahap ketinggian PH (mineral) dengan menggunakan Mineral Tester (Alat Penguji Mineral). Cuba kita lihat gambar di atas, tahap kecerahan mentol / lampu dapat menghasilkan cahaya yang terang berderang sekali. Kepada Staf-staf Cawangan, sesiapa yang ada info atau sebarang maklumat berkaitan testimoni tersebut, sila maklumkan kepada Pihak Operasi. Pihak kami sangat-sangat mengalu-alukan sebarang maklumat tersebut dari pihak cawangan.

Ahad, 28 Mac 2010

PROGRAM BERSAMAMU PALESTIN

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar

" Program Bersamamu Palestin " telah diadakan di dewan Hotel New Pacific di Kota Bharu, Kelantan pada tarikh 27hb March 2010 pada jam 11.00 pagi hingga 2.30 petang. Unit Latihan & Promosi dan juga Staf-staf Cawangan telah membuka booth HPA untuk membuat jualan dan mempromosikan album terbaru HPA Raihan.

CARA-CARA PENGGUNAAN MONEY DETECTOR

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar


Berikut adalah langkah-langkah untuk penggunaan Money Detector sebarang urusan di cawangan:

A. Muka Hadapan
B. Muka Belakang

Jumaat, 26 Mac 2010

KEMBARA BERSAMA HPA RAIHAN

HPA Raihan akan menjelajah di kawasan negeri Kelantan pada tarikh 28hb March 2010. Antara tempat-tempat @ destinasi yang akan dituju adalah seperti berikut :

9.00 AM - 11.00 AM : Radio Kelantan
12.00 PM - 2.00 PM : Restoran Nasi Ulam Cikgu
3.00 PM - 4.00 PM : CD Outlet KB Mall
5.30 PM - 6.30 PM : Stokis HPA (Kak Nor)

# Staf Cawangan hendaklah turut serta ( Bagi Kawasan Kelantan Sahaja) dalam mempromosikan album terbaru HPA Raihan di kawasan-kawasan yang tertera seperti di atas.

TAWARAN HEBAT DARI KOWAHIDA

Blackberry Bold 9700 merupakan sebuah telefon bimbit pintar yang didatangkan dengan sokongan 3G, WiFi dan didatangkan dengan skrin HVGA, dan papan kunci QWERTY, serta kamera 3.2 megapixel dengan kebolehan auto-fokus, serta slot memori mikroSD.


SYARAT KELAYAKAN

• Anggota Koperasi Wahida HPA Bhd.
• Pengedar bertauliah Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd.
• Kakitangan Kumpulan Syarikat HPA.
• Gaji/Bonus bulanan min RM 1,000 bagi 3 bulan berturut-turut

BERMINAT!

Hubungi kami dan sertakan bersama:
 Salinan Kad Pengenalan
 Pengesahan Kakitangan Syarikat HPA
 Pengesahan Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.

Sebarang pertanyaan hubungi En. Mohd Naim di talian 012-4944778/ 04-9773813/
04-9773814 atau emel kepada kowahida@yahoo.com

PETIKAN RINGKAS FACEBOOK PENGARAH

1.Tawaran terbuka secara sukarela kepada ahli HPA yang mampu untuk mengebarkan bendera HPA di Puncak Gunung Kinabalu. Sijil penghargaan akan di berikan pada hari konvek 2010. InsyaAllah. Mereka yang berminat hendaklah menghubungi Encik Mahadi(SU Kelab Kembara Radix)

2.Semua produk dalam bentuk kordial, Radix Cookies dan RTD telah mula menggunakan gula perang bukan lagi gula putih. Ini bertujuan untuk menghasilkan produk kesihatan yang bermutu tinggi . Oleh itu terdapat sedikit perubahan harga dipasaran. Kopi radix juga akan menggunakan gula perang pada masa hadapan.

3.Kilang Filter air (Dew Water) di miliki 100% HPA telah mula operasi dan pengeluaran sedang ditingkatkan bagi mencukupi filter air halal dipasaran. Tidak menggunakan tulang haiwan tetapi menggunakan tempurung kelapa dan juga batu-batuan. Terima kasih pada yang sudah membeli. Bersabar kepada yang memesan kerana kilang kita baru sahaja beroperasi.

DAPATKAN RTD ROSELLE DI CAWANGAN


Dapatkan RTD Roselle di cawangan berdekatan dengan anda!!! Kini RTD Roselle telah mula kembali di pasaran seperti sediakala di cawangan anda. Dapatkannya....

Khamis, 25 Mac 2010

MENJELAJAH BERSAMA HPA RAIHAN

BERSAMA HPA RAIHAN !!!

Insya Allah, HPA Raihan akan menjelajah di kawasan Kota Bharu sempena program Jom Heboh pada tarikh 26 & 27hb March 2010 ini. HPA Raihan akan menjelajah sambil mempromosikan album mereka yang bertajuk " Musafir Perjuangan " iaitu album baru mereka. Ayuh, sila buat hebahan di tempat anda !!!

JUMPA DI SANA !!!

MAKLUMAT PENAPIS AIR DEW WATER FILTER

KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW

Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.

Baca Lagi>>>

BELAJAR SENYUM DAN MEMBERI SALAM


Inilah dua perkara yang diajar sejak kecil. Kalau kita menangis, merajuk or masam muka sudah pasti ibu dan ayah kita akan memujuk untuk kembali senyum. Kalau kita berjumpa dengan sesiapa pun kita di wajib memberi salam. Dua perkara ini adalah asas utama dalam menjalin hubungan sesama manusia. Namun adakalanya kita merasakan ini sudah tidak penting lagi dan tidak memberikan apa-apa makna. Senyum dan salam adalah penghubung manusia. Cuba kita cermin wajah kita setiap hari sebelum kerja... senyum kah kita...cuba kita hitung pada hari ini kepada siapa yang kita berikan salam atau kita mengharapkan orang lain memberi salam.

Baca Lagi>>>

Rabu, 24 Mac 2010

KURSUS DIAGNOSIS CARA MUDAH & TEPAT

Kursus ini akan diadakan pada bulan april bagi memantabkan ilmu perawatan kepada ahli-ahli HPA dengan keupayaan diagnosis penyakit melalui,muka,lidah,mata,hidung,telinga,kaki ,kulit dan lain-lain lagi. Kursus ini lebih khusus kepada mereka yang telah pun mengikuti program PIC,iridologi,bekam,reflexologi dan seumpamanya. Peserta hanya dibuka kepada 100 orang sahaja dan masa kursus 2 hari 1 malam.

Tidak ada alatan digunakan untuk merlakukan diagnosis,hanya memahami dari perubahan zahir tubuh sahaja. Mereka yang berminat boleh menghubungi saudara Hafiz (019-4749717) atau Suhairi (013-4239717) .

KPJ KELANTAN & TERENGGANU DIBATALKAN

Selasa, 23 Mac 2010

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

WATIKAH PELANTIKAN PENSYARAH

Pagi ini berlangsung pelantikan Watikah Perlantikan Pensyarah/Jurulatih Kulliyah-Kulliyah ITHPA. Di Dewan ROR Bdr Ilmu HPA Sungai Petani.

31 Orang akan menerima watikah antaranya:

1.Tn Hj Ismail Bin Hj. Ahmad - PU HPA - Dekan Pengajian Pengubatan Islam/Herba
2.Ust Ahmad Ali,Pengerusi Panel Syariah - Dekan Pengajian Islam.
3.En.Abdul Ghani Bin Hussain - GM R&D - Dekan Kemahiran & Keusahawan


Baca Lagi>>>

Isnin, 22 Mac 2010

HPA COLLECTION ONLINE

Dapatkan pakaian muslimin muslimat & barangan cenderahati dengan harga baru yang lebih berbaloi bagi memenuhi kehendak pelanggan… Jom Berbelanja di HPA COLLECTION…

WWW.SHOP.HPAMALL.COM

“Website ini masih lagi ditahap pembinaan & kemaskini, walaubagaimanapun tn/pn bolehlah melihat sebahagian dari produk-produk yang terdapat di HPA Collection Sungai Petani & HPA Collection Shahab Perdana Alor Setar“.

** BARU: DAPATKAN PRODUK SLM BEDAK COMPACT & CECAIR DETERGENT MASTURA DI CAWANGAN-CAWANGAN HPA COLLECTION

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PTB APRIL 2010

Diminta bagi mereka yang ingin mengikuti Kursus PTB untuk membuat pendaftaran segera sebelum 10 April 2010 bagi memudahkan persiapan kursus nanti.

Harap maklum & terima kasih.

RANGKAIAN RESTORAN HPA

Selain produk, HPA turut mencipta sejarah apabila berjaya mewujudkan restoran ayam goreng sendiri, iaitu Restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang kini mempunyai 5 cawangan iaitu di Sungai Petani, Alor Setar, Bandar Laguna Merbok, Kluang, Johor dan terkini di Melaka (Mydin Mall MITC) . Ia satu alternatif untuk umat Islam yang tercari-cari makanan halal organik milik umat Islam. Lebih hebat lagi, perniagaan restoran lain juga turut dibuka selepas RFC. Antaranya ialah:

  • Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Sg Petani - masakan cina

  • Restoran Radix Chicken House (RCH), Jelempok, Kluang, Alor Setar & Kangar - menu berasaskan ayam organik seperti nasi ayam, sate ayam, ayam golek dll

  • Restoran Radix Pizza House (RPH), Sg Petani - pizza dan western food

  • Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Sg Petani - nasi ayam organik

  • Radix Bakery House (RBH), Sg Petani - kedai kek, roti & ban

HPA juga menceburi bidang perhotelan dengan membangunkan hotel berciri Islam yang diberi nama Hotel El-Zahraa Inn yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Rangkaian restoran dan hotel HPA ini dalam proses untuk dibuka di seluruh negara.

"Setiap ahli HPA yang berbelanja di mana-mana restoran dan hotel HPA akan mendapat Nilai Mata (NM)"

KURSUS REFLEKSOLOGI ADVANCE

DAFTAR SEGERA!!!

Program : KURSUS REFLEKSOLOGI (ADVANCE)
Penyertaan : TERBUKA UNTUK ALUMNI HERBALIS PERUBATAN JAWI
(Bagi mereka yang pernah mengikuti bengkel/kursus asas Refleksologi HPA dialu-alukan untuk turut serta)

Penceramah : HERBALIS NORHISHAM RABAT (Alumni Herbalis-10)
Tarikh : 10 APRIL 2010 (SABTU)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : BILIK KULIAH PUSAT PERUBATAN JAWI NURUSSYIFAK KULIM
(3259 A, LORONG SELASIH 2A/1, TAMAN SELASIH, 09000 KULIM)
Yuran : RM 70.00 (Untuk Ahli HPA)

Bagi yang berminat sila KLIK DI SINI

Jumaat, 19 Mac 2010

HEBAHAN PRODUK TERBARU



Sila PRINT memo di atas

PAMERKAN POSTER RAIHAN DI CAWANGAN

Sila KLIK memo di atas untuk paparan yang besar

PERASMIAN HALAL HUB

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar

Isnin, 15 Mac 2010

DAFTAR MASUK AHLI HPA






Sila KLIK gambar di atas untuk daftar AHLI

ALBUM BARU HPA RAIHAN


Tarikh : 17hb March 2010 (Rabu)

Jam : 8.00 Malam
Tempat : De Palma Ampang
Oleh : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA)

Kerusi terhad :700 orang ( dalam Ballroom).Lcd disediakan di luar ballroom

Antaranya :
Album Baru Kumpulan HPA Raihan ” Musafir Perjuangan” Dan “Selawaterapy”
Aroma terapi HPA Raihan….

Datang Ramai-ramai insyallah akan diadakan persembahan Kumpulan HPA Raihan dari album barunya.


Ahad, 14 Mac 2010

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA



Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar dan jelas

Khamis, 11 Mac 2010

SENARAI NAMA-NAMA STAF CAWANGAN

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar

Berikut adalah senarai nama-nama yang terlibat dalam sesi taklimat bagi penerangan taklimat pengurusan stok, LPK mengikut kawasan masing-masing.

KAEDAH PENGGUNAAN HERBA REBUSAN

Persediaan herba dalam bentuk periuk (2 bungkus)

- Masuk keseluruhan (1 bungkus) herba ke dalam periuk kaca (vision) atau tanah

- Basuh terlebih dahulu bagi mengeluarkan habuk habuk kecil.

- Masukan 2.5 liter air dan rendam selama selama 30 minit.

- Masak hingga mendidih dalam api yang sederhana.

- Minum 1/3 cawan teh/sekali minum.

- 3 kali sehari dan panaskan herba setiap kali hendak minum

- Jika air sudah habis, tambah 2.5 liter lagi

- Minum ½ cawan teh/sekali minum

- 4 kali sehari

- Jika air kedua sudah habis tambah 2.5 liter lagi

- Minum 1 cawan teh/sekali minum

- 3 kali sehari

(1 bungkus ubat periuk hanya untuk seminggu sahaja. Bila habis gunakan bungkusan ke 2)

* Jemur herba bungkusan kedua di bawah panas matahari untuk lebih tahan lama.

KURSUS PTB UNTUK SESI APRIL 2010

** Kini kembali dibuka untuk pendaftaran bagi sessi APRIL 2010.

** TERHAD kepada 50 penyertaan sahaja.

** Sila pastikan pihak tuan/puan membuat konfirmasi kekosongan tempat dengan pihak penganjur sebelum menjelaskan apa-apa pembayaran.

** Pihak penganjur tidak dapat menerima pendaftaran terus ditempat kursus (walk in) tanpa membuat pembayaran awal bagi tempahan penyertaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan tempat dengan peserta yang telah membuat tempahan awal.

** Penerimaan borang pendaftaran serta bukti pembayaran perlu disahkan oleh pihak penganjur sebelum menghadiri kursus.

** Hanya peserta yang menghantar/fax borang pendaftaran yang lengkap akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk tujuan berikut:

1. mengesahkan penerimaan borang pendaftaran & bukti pembayaran.

2. mengesahkan kehadiran.

3. menyemak & mengemas kini data peserta.

** Sila berhubung kembali dengan pihak penganjur atau terus ke 0194749717 (sms/call) selewat-lewatnya 5 hari sebelum bermulanya kursus sekiranya pihak tuan/puan gagal dihubungi oleh pihak penganjur untuk membuat pengesahan diatas.

Sekian & terima kasih. Harap Maklum.

Bertempat di Dewan Amir Ramadhan, Jejawi, Perlis.

** Pembetulan: slip bukti pembayaran & borang pendaftaran difaxkan ke talian berikut: 04-4429171

Download Borang Penyertaan

MEKANIK BENGKEL HPA, PERLIS

JAWATAN KOSONG!

SYARAT & KELAYAKAN:

1) BERPENGALAMAN DALAM MENYELENGGARA ENJIN DIESEL & PETROL.

2) MINAT YANG MENDALAM.

3) BOLEH MENGIKUT ARAHAN PENGURUS / PIHAK ATASAN.

4) BOLEH MEMBUAT PENGURUSAN-PENGURUSAN BENGKEL.

5) TIDAK MENINGGALKAN SOLAT, BERSIPLIN, JUJUR & AMANAH.

6) TIDAK MEROKOK / MENGAMBIL BARANGAN TERLARANG.

7) BERSEDIA SEKIRANYA DI TEMPATKAN DI MANA-MANA CAW. BENGKEL HPA.

SEKIRANYA ANDA SALAH SEORANG YANG BERMINAT & BOLEH MEMATUHI SYARAT KELAYAKAN SEPERTI DI ATAS BOLEH BERHUBUNG KE TALIAN 019-4749717

Rabu, 10 Mac 2010

SEKADAR RENUNGAN BUAT SEMUA

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.

Baca lagi>>>

GUBAHAN SACHET KOPI RADIX

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar dan jelas

DAPATKAN PENAPIS AIR DEW WATER

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar

Selasa, 9 Mac 2010

SACHET KOPI RADIX

HPA kini menganjurkan pertandingan gubahan kraf tangan menggunakan sachet kopi radix diperingkat zon-zon . Mereka yang berminat bolehlah menghantar gubahan mereka di mana-mana cawangan HPA yang terdekat. Bagi pemenang akan menerima wang tunai RM300(pertama), RM200(kedua) dan RM100 (ketiga) sementara RM50 untuk hadiah saguhati(10 orang). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Hariz di talian 019-5749717.

Baca lagi>>>

ANTARA TELUR DAN AYAM

Salam.
Tahniah pada semua yang melibatkan diri dan memberikan komitmen dalam usaha perjuangan ekonomi ummah bersama HPA.
Tahniah kerana berjaya menujudkan suatu kesefahaman dalam perjuangan kerana fitrah mengatakan "BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH".

Tahniah kerana kita berjaya menjadikan MLMS HPA lain dari yang lain. Sungguh unik perjuangan kita semua.

Baca lagi>>>

NANTIKAN ALBUM BARU HPA RAIHAN

Insyallah dalam waktu terdekat, Musaffir Perjuangan akan muncul dalam pasaran MLM HPA di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Kemboja. Pastikan pejuang HPA sentiasa membeli yang original dan bukan cetak rompak.

Baca lagi>>>

KELAB KEMBARA HPA BERSAMA PENGARAH

Kembara Herba bersama Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad pada tarikh 21hb & 22hb March 2010 di Gunung Jerai. Terbuka kepada Muslimin & Muslimat. Yuran keahlian sebanyak RM 100 selama setahun. Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Encik Mahadi di talian 013-9299944. Peserta-peserta akan berkumpul di RFC Lagenda Heights pada 21hb March 2010 pada jam 8.00 pagi. Penampilan khas kumpulan nasyid tanah air iaitu HPA Raihan. Daftar segera!!!

Pertukaran ke Kembara Herba di Gunung Jerai. Penginapan di Dewan Umar Mukhtar (atas RFC Lagenda Heights). Tentatif adalah seperti di bawah :

21hb March 2010
08.00 pagi : Daftar Dewan Umar Mukhtar (RFC Lagenda Heights)
10.00 pagi : Menaiki Gunung Jerai
06.00 petang : Pulang ke Dewan Umar Mukhtar
08.00 malam : Kuliah Herba Bersama Pengarah Urusan HPA


22hb March 2010
08.00 pagi - 05.00 petang : Kuliah Perubatan Jawi Medical Herbs Bersama Pengarah Urusan HPA

Khamis, 4 Mac 2010

BERSAMA PENGARAH URUSAN DI KUIN


SILA KLIK POSTER DI ATAS UNTUK PAPARAN YANG BESAR!!!

Rabu, 3 Mac 2010

FACEBOOK PERUBATAN JAWI

Untuk makluman semua warga HPA. Pengarah Urusan meminta semua pengurusan untuk melayari Facebook Perubatan Jawi untuk hebahan Pertandingan Gubahan menggunakan SACHET Kopi Radix mengikut kreativiti sendiri. Terbuka kepada semua ahli HPA bermula 2-31hb Mac 2010. Penyertaan perlu dihantar ke seluruh cawangan HPA. Hadiah 1st RM 300, 2nd RM 200, 3rd RM 100 & 50 hadiah saguhati menanti anda. Maklumat lanjut sila hubungi Haris 019-5749717. Program ini adalah anjuran Pejabat Pengarah Urusan. Sekian....

Selasa, 2 Mac 2010

STOK KAD UNTUK CAWANGAN


SILA PRINT UNTUK KEGUNAAN CAWANGAN ANDA !!!