Rabu, 23 Disember 2009

KENANGAN BERSAMA ALUMNI HERBALIS

Pergambaran Alumni Herbalis Batch 1-17 Bersama Pengarah Urusan HPA

Perjumpaan Agung bagi Sijil Herbalis Batch 1-17 buat julung pertama kalinya telah diadakan di Hotel De Palma, Ampang Kuala Lumpur pada tarikh 22HB Disember 2009. Perjumpaan Agung yang bersejarah ini amat-amat bermakna buat mereka semua (Peserta Herbalis Batch 1-17) kerana disamping mereka memperolehi ilmu yang telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad mereka juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama mereka kerana sebelum ini kemungkinan mereka tidak mengenal lagi antara satu sama lain. Insya Allah kita mendoakan semoga dengan perjumpaan pada akan datang akan terus berkekalan.