Sabtu, 30 Julai 2011

MEMO MAINTAIN PEMBELIAN

Sila KLIK image unmtuk paparan yang besar

Khamis, 28 Julai 2011

PERTUKARAN JAWATAN ADMIN

Salam kepada staf-staf cawangan, bermula pada tarikh 28hb Julai 2011 berkuatkuasa serta merta. Dengan ini dimaklumkan bahawa Raja Badriah Binti Hassan (Pegawai Akaun 2) kini telah ditukarkan ke jawatan ADMIN menggantikan Fadzillah (Kak Zie). Segala pertanyaan berhubung dengan pengurusan pentadbiran, bolehlah berurusan dengannya. Sekian terima kasih.

SUMBANGAN DERMA UNTUK ARWAH ANAK ADMIN ZON TIMUR

Salam kepada staf-staf cawangan, kita dikejutkan berita kesedihan dimana salah seorang anak Kak Zie (Admin Zon Timur) yang telah kembali ke Rahmatullah pada tarikh 25hb Julai 2011. Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah anaknya, mudah-mudahan rohnya termasuk dikalangan orang-orang yang soleh. Justeru itu, dengan penuh rendah diri bagi sesiapa staf-staf cawangan yang ingin menderma dan memberi sumbangan sila salurkan wang tersebut kepada driver lori (isi dalam sampul surat-buat U/P : Raja Badriah). Sekian terima kasih.

JADUAL WAKTU KERJA BULAN RAMADHAN BAGI STAF HPA

KEPADA
SEMUA STAF CAWANGAN
AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Taun / Puan,

WAKTU KERJA BULAN RAMADHAN CAWANGAN

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, waktu kerja dipinda untuk membolehkan semua staf pulang lebih awal daripada biasa. Walau bagaimanapun, jumlah jam bekerja adalah sama. Berikut adalah jadual bekerja bagi bulan Ramadhan.

Shift Pertama : 08.00 pagi - 04.15 petang
Shift Kedua : 09.15 pagi - 05.30 petang

Adalah diharapkan semua staf dapat memberikan kerjasama di dalam mematuhi arahan dan pekeliling semasa yang diberikan. Pihak Pengurusan ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menunaikan Ibadah di bulan Ramadhan kepada semua staf.

Sekian, terima kasih.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Yang benar,
NURJEHAN BINTI ZAINUDIN
PENGURUS PENTADBIRAN / SUMBER MANUSIA

Rabu, 20 Julai 2011

MEMO PRODUK BARU HPA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Khamis, 14 Julai 2011

LOKASI PROGRAM ESP MUSIM KEDUA - UNISZA

 Sila KLIK PLAY untuk tontonan gambar-gambar dewan UNISZA

Lokasi Program ESP Musim Kedua (23hb Julai 2011) - UNISZA, Jalan Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.

Rabu, 13 Julai 2011

MEMO PRODUK BARU HPA


Sila KLIK image untuk DOWNLOAD

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PADI ORGANIK & KILANG ALKALI

Sila klik PLAY

Kepada semua Ahli-ahli,Leader-leader dan juga PJS. Anda semua dijemput untuk hadir ke Majlis Perasmian Padi Organik & Perasmian Kilang Alkali bersama Pengarah Urusan HPA (Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad) pada tarikh 25hb Julai 2011. Pada sebelah malam pula, Kuliah Perubatan Jawi bersama Pengarah Urusan HPA. Orang ramai dijemput hadir.

Khamis, 7 Julai 2011

TAKLIMAT HIBBAH PJS OLEH PANEL PEMILIHAN PJS


6hb Julai 2011 ( Komplek Alwahida, Arau, Perlis): Taklimat Hibbah PJS oleh Panel Pemilihan PJS yang di anggotai Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Haji Ahmad, General Manager (GM) AWM, En. Mohammad Faisol Abd. Rahman, Panel Syariah HPA yang diketuai Tuan Haji Ahmad Bin Ali. Kehadiran PJS dan Pelapis PJS lebih 400 orang. Tahniah.

Rabu, 6 Julai 2011

MEMO PRODDUK BARU



INFO TERKINI BUAT PJS MALAYSIA

Salam.
Adalah dimaklumkan bahawa pemberian Bonus SETIA dan Bonus Generasi Pangkat 6 ke 10 adalah diberikan secara Konsep HIBBAH.
Salah satu syarat utama adalah tidak melibatkan diri dalam mana-mana Jualan Langsung sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Yang di maksudkan dengan Jualan Langsung adalah MLM, SLM, Skim Cepat Kaya, Skim Surat Berantai, Binary, Piramid, Skim Pembinaan Jaringan Melalui Internet dan yang lainnya.

Petikan dari Blog GM Al Wahida

Isnin, 4 Julai 2011

MEMO PEMBETULAN SET LENGKAP


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

HEBAHAN PROGRAM ESP MUSIM KEDUA

Assalamualaikum kepada staf-staf cawangan, sila ambil perhatian berkenaan poster / iklan program ESP Musim Kedua. Sila pastikan setiap cawangan menampal poster (berwarna) tersebut di pintu cawangan masing-masing. Sekian, terima kasih.

INFO MAKLUMAT SEMASA HPA

Bengkel ESP Agen Stok & Pelancaran Produk HPA. Baca Lagi>>>
Taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) kepada Ahli-ahli HPA mengenai pengiklanan herba HPA. Baca Lagi>>>
Kilang Air Beralkali HPA di Pengkalan Chepa dan Ladang Padi Organik. Baca Lagi>>>

Sabtu, 2 Julai 2011

PECAHAN PENDAFTARAN PESERTA ESP MUSIM KEDUA

Assalamualaikum, untuk perhatian kepada semua staf-staf cawangan. Berikut adalah pecahan bagi pendaftaran ESP Musim Kedua untuk Zon Timur :

KELANTAN 
Sila hubungi Kak Sue / HPA Cawangan Pasir Pekan untuk pendaftaran.
Cawangan ini adalah PUSAT bagi semua cawangan negeri Kelantan. Hendaklah mengumpulkan nama-nama peserta / pendaftaran ESP tersebut bagi semua cawangan-cawangan negeri Kelantan sahaja dan menyerahkannya kepada Raja Badriah (Pejabat Operasi).

TERENGGANU
Sila hubungi Kak Yat / HPA Cawangan Terengganu Dua untuk pendaftaran.
Cawangan ini adalah PUSAT bagi semua cawangan negeri Terengganu. Hendaklah mengumpulkan nama-nama peserta / pendaftaran ESP tersebut bagi semua cawangan-cawangan negeri Terengganu sahaja dan menyerahkannya kepada Raja Badriah (Pejabat Operasi).

PAHANG
Sila hubungi Kak Cik / HPA Halal Mart Kuantan untuk pendaftaran.
Cawangan ini adalah PUSAT bagi semua cawangan negeri Pahang. Hendaklah mengumpulkan nama-nama peserta / pendaftaran ESP tersebut bagi semua cawangan-cawangan negeri Pahang sahaja dan menyerahkannya kepada Raja Badriah (Pejabat Operasi).

MEMO KENAIKAN HARGA BISKUT RAYA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

INFO UNTUK MAJLIS TAKLIMAT AKU JANJI PJS & PERASMIAN KILANG

Salam
Kepada semua PJS dan PELAPIS
Berikut adalah tentatif untuk program berikut

Tarikh: 6hb Julai 2011
Jam: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi: Kangar, Perlis (DEWAN Ramadhan)

Tentatif Ringkas :

8.00 pg : Pendaftaran dan Bacaan Matsurat
9.00 pg : Ucapan dan Pembukaan oleh Pengarah Urusan
9.30 pg : Taklimat mengenai akujanji oleh PANEL (GM dan Panel Syariah)
11.30 pg: Rehat dan makan t.hari
1.30 ptg: Solat Zuhur berjemaah
3.00 ptg: Bertolak ke Kilang GMP Jejawi Perlis untuk lawatan dan perasmian Kilang Kopi dan Dapur Segar
4.00 ptg: Penutup

*Perubahan tentatif akan di maklum kemudian

Pakaian
Jaket Hitam
Kehadiran wajib untuk semua PJS dan PELAPIS
Semua GM danAGM di wajibkan hadir
Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Kamal 0134804717, Cik Malin 0125298179 dan Encik Sham Sani 019-3801885
Petikan daripada Blog GM