Jumaat, 25 Jun 2010

MIHAS 2010 : 1 HARI 23 JUN 2010

23 Jun 2010 -Pada tahun ini, HPA Industries Sdn. Bhd. akan diwakili oleh HPA-Melaka Halal Hub dalam Pameran Halal Terbesar di Dunia - MIHAS 2010. Booth HPA Melaka Halal Hub yang terletak di Dewan G, (Berhampiran Pintu Gerbang MECC), bernombor 153 & 154 telah menarik perhatian ramai pengunjung sama ada di dalam mahupun luar Negara.
Jam 3.00 petang pula telah berlangsung Majlis Perasmian MIHAS 2010 dan Perasmian World Halal Research 2010 oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak. Selesai Majlis tersebut, YAB Perdana Menteri melawat ke Booth - Booth pameran MIHAS 2010 yang turut disertai Kakitangan kerajaan yang lain.


MIHAS 2010 KEMBALI LAGI !!!

MIHAS 2010

MATRADE Exhibition & Convention Center (MECC), Jalan Duta, Kuala lumpur.
Pelan Lokasi MECC, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pelan Booth HPA-Melaka Halal Hub
Dewan G 153 -154.
23 hb - 27hb Jun 2010
09.00 Pagi - 7 malam

HPA AUTO SERVICE

hpa auto perlis
HPA Auto Service di Seriab Perlis kini telah mula beroperasi.
Mekanik 1: En.Kamal 017 592 5509
Mekanik 2 : Hasib 019 548 9073

TAHUKAH ANDA ???

6 ) TANDA-TANDA HIPERTIROID
- Gelisah, gugup, mudah tersinggung, cepat letih, menurunkan berat badan, tidak tahan dengan cuaca panas, keringat berlebihan dan terburu-buru.
7 ) PERACIKAN HERBA DENGGI BERDARAH
- 2 helai daun betik, 1 rimpang temu hitam, 1 rimpang temu kunyit, 1 batang pokok dukung anak.
8 ) FIBROMIELGIA
- Sakit yang berpunca dari ketidakseimbangan hormon antara hipotalamus, pitituari dan adrenalin. Sakit di tengkuk, pinggang yang menyebabkan dipresi (tekanan) dan sukar tidur.
9 ) POKOK JOHAR (JUAK)
- Daunnya digunakan untuk ubat malaria, demam, paru-paru, ginjal dan jantung. Akarnya digunakan untuk penyakit Kaki Gajah.
10 ) Peracikan herba untuk Osteoporosis
- Sombiloto – 5gm, Temulawak – 5gm, Gandarusa – 5gm, Patawali – 5gm, Pegaga – 5gm, Halia merah – 5gm. Direbus dengan 3 gelas air hingga tinggal 1 ½ gelas. Diminum 3 kali sehari iaitu ½ gelas setiap kali pengambilan.

KENALI HERBA BERSAMA HPA

1) Senna makkiyah
-Pohon yang banyak tumbuh di Negara-negara timur.
- Bersifat pelawas (di gunakan dalam sinergi herba pelawas, minuman asiatica plus)
- Segelintir pengamal pengubatan traditional menggunakan herba ini 100%. Kesan sampingan: melemahkan peristaltic usus yang akhirnya perlu bergantung kepada herba-herba pencahar…
- Juga digunakan untuk rawatan migrain kerana salah satu punca berlakunya migraine adalah disebabkan sembelit.
2) Senduduk (Melastoma malabathricum)
- Terdapat putih-putih pada akar yang berfungsi untuk rawatan penyakit keputihan.
- Senduduk gajah digunakan dalam herba keputihan HPA. Bahagian digunakan: akar.
- Bahagian akar ini juga bersifat menurunkan hypoglycemic (menurunkan kadar glukosa yang sangat tinggi)
- Sekiranya akar herba ini diambil secara rebusan maka dos maksimum yang dibenarkan adalah secamca besar pagi & malam sahaja.
Tujuan: memberikan tenaga; diberikan kepada orang yang baru sembuh dari demam; juga baik untuk strok (Herba ini turut dimasukkan dalam herba rebusan lumpuh); menghentikan luka; daun & buah boleh digunakan untuk sakit perut.