Selasa, 7 September 2010

INFO DARI GM ALWAHIDA

Salam kepada semua PENGURUS ZON.

Bagi memenuhi keperluan ayam menjelang Idul Fitri yang di jangka pada 10hb Sept 2010(jumaat), maka semua pergerakan kenderaan frozen ayam di jalankan 24 jam. Pastikan penghantaran topup dilakukan ke semua cawangan walaupun pada waktu malam.

Pengurus zon dikehendaki mengatur dan mengarahkan cawangan menerima penghantaran ayam tanpa mengira waktu.

PERJALANAN LORI KENDERAAN BERAT MAKANANAN ADALAH DIBENARKAN OLEH JPJ SEMASA OPS IDUL FITRI.

Isnin, 6 September 2010

UCAPAN HARI RAYA DARIPADA PENGARAH URUSAN HPA

4 SEP 2010: Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin dari kami seluruh warga kerja HPA kepada sekelian mereka yang telah mendokong HPA dan bersama-sama memperjuangkan produk halal di mana sahaja kalian berada.”teruskan perjuangan tanpa mengenal lelah sehingga tidak ada lagi produk haram di rumah orang Islam”.amin
2.HPA menyiapkan stok ayam organik radix yang mencukupi untuk seluruh ahli ahlinya menyambut lebaran dengan ayam organik yang halal. Pastikan pada tahun ini juadah hari raya dari pelbagai produk HPA dan jangan segan silu memperkenalkan jenama kita pada sanak saudara yang berkunjung ke rumah.
3.Kelemahan sistem imuniti menyebabkan virus dan bakteria tidak dapat dihapuskan dari dalam tubuh.Luka menjadi sukar sembuh dan demam yang berterusan.Kami telah menjumpai sejenis pohon yang berfungsi bagi tujuan peningkatan sistem imuniti dan yang telah kami cuba pada pesakit hiv yang terjadi bisol dan menanah di kawasan kulit telah berjaya disembuhkan dengan segera .

PERASMIAN HPAIC


Warga HPA Malaysia, Indonesia, Cambodia, Brunei, Thailand, Singapore dan Filipina.
Majlis Pelancaran sepintas lalu adalah seperti berikut
Tarikh: 2hb Oct 2010
Jam: 0800 – 1130H Perasmian bersama Pengarah Urusan dan PJS
1430 – 1700H Seminar khas Chlorophyl, Minuman Talbinah, MLMS dan Jelly Gamat
Semua Pengurusan, PJS dan Pemimpin berpakaiana blazer.
Sehubungan dengan ini di minta semua KPA/KPU/KPT/KPS/KPB sila uruskan segera dan maklumkan anggaran jumlah kehadiran kepada AWM selewat-lewatnya 15hb sept 2010.
HPA International Centre (HPAic), Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

MAJLIS BERBUKA PUASA BAGI STAF OPERASI & GUDANG


SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN
 
 Majlis Berbuka Puasa bersama Staf Operasi & Gudang Zon Timur telah diadakan pada tarikh 4hb September 2010 bertempat di Dewan Operasi. Antara slot yang diadakan pada majlis tersebut ialah Ucapan oleh AGM Zon Timur (Ismail Bin Omar) dan Tazkirah Ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Basit (Pensyarah KIAS). Matlamat sebenar majlis berbuka puasa ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara staf-staf dan penduduk setempat. Insya Allah kita sama-sama kita mendoakan agar program seumpama ini dapat diberkati Allah S.W.T.
 

Sabtu, 4 September 2010

KUIH RAYA HPA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

PENGIKTIRAFAN SIJIL LOGO HALAL DI SELURUH DUNIA

Sila KLIK untuk paparan yang besar dan jelas

Jumaat, 3 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BAGI STAF OPERASI & GUDANG ZON TIMUR

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas


Majlis berbuka puasa bagi Staf Operasi & Gudang Zon Timur akan diadakan pada tarikh 4/9/2010 iaitu pada hari Sabtu. Semua Staf Operasi & Gudang diwajibkan hadir pada majlis berbuka tersebut. Turut diadakan pada majlis tersebut Tazkirah Ringkas yang akan disampaikan oleh Ustaz Jemputan.

Rabu, 1 September 2010

CONTOHILAH CAWANGAN JERTEH

Setiap Cawangan Hendaklah Menampal Manila Kad (Bertulisan Besar) Seperti Contoh Di Atas

INFO TEKNIKAL DEW WATER FILTER


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS!!!

MEMO PRODUK BARU HPA







SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS!!!

NOMBOR TELEFON & FAKS HALALMART PADANG AIR

HALAL MART PADANG AIR <> Tel : 09-6690125 Fax : 09-6660293
PENGURUS HALAL MART <> NAJIHAH
EMAIL / YM : halalmart_padangair@yahoo.com

Selasa, 31 Ogos 2010

RACEMOSA HPA

RACEMOSA

                                         
Produk terbaru keluaran HPA khas untuk wanita.Pembersih wanita yang dirumus khas untuk pejagaan wanita.Diformulasikan secara eksklusif untuk kebersihan,kesegaran dan keyakinan wanita serta memelihara pH bahagian sulit.Ia diperkaya dengan ekstrak herba Barringtonia Racemosa (Putat kampung) dan Cinnamomum Culilawan (Pokok teja) yang terbukti sesuai untuk:

1)Merawat keputihan
2)Memelihara kulit daripada jangkitan fungus
3)Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina

Barringtonia Racemosa  (Putat Kampung)

* Sesuai untuk masalah kulit
*Mempunyai buih asli

Cinnamomum Culilawan ( Pokok Teja)

*Mengandungi minyak asiri (ensential)
*Sesuai untuk melembutkan kulit

MAJLIS BERBUKA PUASA DI KUANTAN, PAHANG

SILA KLIK PLAY UNTUK DOWNLOAD

Majlis Berbuka Puasa telah diadakan Dewan Felda ALFA, Bukit Goh, Kuantan, Pahang pada tarikh 29hb Ogos 2010. Turut hadir pada majlis tersebut ialah, PJM/PJS Encik Jaffar Bin Abdul Ghani dan Para Leader-leader yang lain. Bermula dengan ucapan AGM Zon Timur (Ismail Bin Omar) dan tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Ustaz Azhar pada petang tersebut. Turut diadakan juga "Penyampaian Hadiah & Sumbangan" kepada anak-anak yatim.

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MARANG, TERENGGANU

SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN

Majlis Berbuka Puasa telah diadakan di Restoran Suria Rasa di Marang, Terengganu pada tarikh 28hb Ogos 2010. Antara agenda-agenda program yang diadakan pada majlis tersebut ialah, Ucapan AGM Zon Timur (Ismail Bin Omar), dan tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh PJS Ustaz Jamaluddin Al Hafiz. Turut diadakan pada majlis tersebut ialah "Penyampaian Hadiah & Sumbangan" kepada anak-anak yatim. 

Sabtu, 28 Ogos 2010

PERASMIAN RFC CAWANGAN JITRA

RFC Cawangan Jitra, Kedah 

Majlis Perasmian RFC cawangan Jitra, Kedah Darulaman akan dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA Group of Companies, Tn Hj Ismail Ahmad pada 28hb Ogos 2010 (Sabtu) jam 5.30 ptg. Turut hadir membuat persembahan kumpulan Nasyid popular Raihan.