Jumaat, 5 Februari 2010

TUTORIAL PEMASANGAN PENAPIS DEW WATER


Sila klik PLAY untuk menonton

Insya Allah, VCD dalam bentuk tutorial akan mula diedarkan ke cawangan-cawangan dalam tempoh terdekat ini. Video di atas adalah proses permulaan untuk pemasangan penapis air Dew Water. Diharapkan semua cawangan agar dapat bersabar. Walau bagaimanapun video ini juga dapat mempelajari sedikit sebanyak ilmu-ilmu untuk diterangkan kepada customer-customer anda. Selamat menonton!!!

Rabu, 3 Februari 2010

BORANG PENAPIS AIR DEW WATER

Sila KLIK untuk paparan yang besar dan jelas


Pastikan cawangan mengikut perkara-perkara seperti berikut :

  1. Hendaklah customer membayar deposit terlebih dahulu kepada cawangan sebelum membuat sebarang tempahan penapis Dew Water.
  2. Resit pembayaran (slip bank) yang cawangan telah bank in ke Akaun Al Wahida (mana-mana nombor akaun) mestilah faks kan bersama lampiran borang tersebut ke Encik Salleh dan ke Pusat Operasi U/P : Woney.
  3. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pemantau Stok ( Woney ) di talian 09-9602665 / 019-9797493.

Selasa, 2 Februari 2010

ROAD TOUR BERSAMA RAIHAN

SILA TAMPAL DI CAWANGAN ANDA
Sila KLIK untuk paparan yang besar

KUPON RAIHAN KINI SUDAH DIEDARKAN DI CAWANGAN


Perhatian semua Cawangan-cawangan Zon Timur. Tiket Road Tour Bersama Raihan kini sudah mula diedarkan ke cawangan masing-masing. Baca selanjutnya untuk info maklumat berikutnya.

Isnin, 1 Februari 2010

PERASMIAN KILANG BOTOL KORDIAL HPA

Kita telah menurunkan harga kordial baru-baru ini. Ini adalah disebabkan kos pengeluaran juga berjaya kita tutunkan dan salah satunya ialah kos botol. Bersebelahan kilang kola Radix di Sungai Petani kita sudah siap bangunkan kilang membuat botol. Kilang ini akan dirasmikan secara kecil- kecilan pada 4/2/10.

Baca lagi>>>

KERATAN METRO DEW WATER

SILA TAMPAL DI CAWANGAN ANDA
Sila KLIK untuk paparan yang besar

ROAD TOUR BERSAMA HPA RAIHAN

Program ini adalah program untuk mempromosi WATER FILTER bersama-sama HPA Raihan akan diadakan pada:
Tarikh : 6 Feb 2010
Tempat : Kuala Terengganu (Dewan TER)

Tarikh : 20 Feb 2010
Tempat : Kota Bharu

Tarikh : 27 Feb 2010
Tempat : Kuantan

INFO FAKTA KUKU

Kuku adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari haiwan atau manusia. Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin, sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit. Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang.

Baca lagi>>>

Ahad, 31 Januari 2010

PRODUK-PRODUK BARU HPA

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

Sabtu, 30 Januari 2010

TIKET KUPON KONSERT BERSAMA RAIHAN

Tiket @ Kupon HPA Raihan kini sudah diedarkan ke cawangan-cawangan berhampiran dengan anda. Sila dapatkan info seterusnya untuk mengetahui maklumat tersebut.

Baca lagi>>>

PRODUK BARU HPA

KOD PRODUK : AH05 (DEW WATER FILTERARTION SYSTEM)
NILAI MATA : 100
HARGA PENGEDAR S/M : RM 1600.00
HARGA PENGGUNA S/M : RM 1008.00

KOD PRODUK : AH06 ( DEW SHOWER FILTER)
NILAI MATA : 20
HARGA PENGEDAR S/M : RM 160.00
HARGA PENGGUNA S/M : 190.00

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

IMBASAN GAMBAR KENANGAN HARI WARGA HPA


Sila klik PLAY untuk menonton (Sila STOP radio di bawah sebelum PLAY)

Mohon banyak-banyak kemaafan sekiranya gambar kurang jelas & tiada sepenuhnya gambar-gambar anda semua yang dipaparkan. Harap maklum...

Khamis, 28 Januari 2010

RAIHAN 2010


Alhamdulillah. 1 Januari 2010 mencatat 1 lagi sejarah bagi kumpulan nasyid Raihan & juga sebuah syarikat yang memperjuangkan jihad “produk halal tanggungjawab bersama” iaitu HPA.Alhamdulillah... akhirnya Raihan dengan kerjasama Syarikat HPA, telah berjaya menerbitkan mini album terbaharu. Mini album ini yang bertajuk Musafir Pejuangan menampilkan dua buah lagu iaitu Musafir Kelana dan "Allah is Calling". Di sini kami kongsikan video lagu Musafir Kelana. Untuk entri seterusnya, insyaAllah lagu dan lirik "Allah is Calling" akan dimuat naik. Semoga memberi manfaat. Raihan telah mentandatangani kontrak untuk bernaung di bawah HPA sekaligus menjadi duta HPA dengan nama HPA Raihan.

Menurut info, album terbaru Raihan pada tahun ini akan ‘launching’ pada hujung Januari ini atau Februari hadapan. 2 buah single telah pun dikeluarkan iaitu ‘Track 01 – musafir kelana’ dan juga “Track 02 – Allah is calling” yang di beri nafas baru.

2 buah single tersebut boleh di dengar di Radio NasyidFm

KENAPA KITA SANGGUP DITIPU!!!

Selama ini kita terus menggunakan penapis air yang di keluarkan tanpa boleh bertanya bahan yang digunakan itu daripada apa. Mudah-mudahan halal walaupun kebanyakannya penapis air masih lagi menggunakan serbuk tulang. Jurujual juga tidak jujur dan kemungkinan tidak turut menyelidiki sumber asalnya. Kita terima sahaja sambil berdoa semoga Allah mendatangkan usaha yang baik untuk kegunaan ummah hari ini.

Baca lagi>>>

SAMBUTAN HARI WARGA HPA 2009


Ketibaan Yang Berhormat Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd
Barisan Staf Cawangan Bera : 4 dari kiri
Barisan Staf Pusat Operasi & Gudang

Mohaini telah menerima Anugerah Bagi Keceriaan & Layanan (HPA Kuantan 1) daripada Pengarah Urusan


Najihah telah menerima Anugerah Bagi Jualan Tertinggi (HPA Terengganu 1) daripada Pengarah Urusan
AGM Ismail Bin Omar telah menerima Anugerah Zon Terbaik daripada Pengarah Urusan


Ahmad Huzaimi telah menerima Anugerah Staf Terbaik Bagi ZonTimur daripada Pengarah Urusan


Alhamdulillah majlis Hari Warga HPA baru saja selesai pada tarikh 24hb Januari 2010 bertempat di Jitra, Kedah baru-baru ini. Semua staf-staf Zon Timur (Pengurusan Pusat Operasi Zon Timur & Eksekutif-eksekutif Cawangan Zon Timur) telah menghadiri pada Hari Warga HPA baru-baru ini bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Sambutan yang luar biasa dan suasana yang begitu hangat sekali sepanjang program itu dijalankan. Ucapan tahniah kepada staf-staf yang menerima Anugerah Terbaik & Cemerlang dan tidak lupa juga kepada staf yang menerima cabutan bertuah.