RAWATAN BEKAM ISLAM AL-HIJAMAH. SEBARANG TEMU JANJI BOLEH MENGHUBUNGI DI TALIAN 014-8463283
Jumaat, 20 Ogos 2010
KENALI HERBA KITA
Senna Makkiyah
-Pohon yang banyak tumbuh di Negara-negara timur.
- Bersifat pelawas (di gunakan dalam sinergi herba pelawas, minuman asiatica plus)
- Segelintir pengamal pengubatan traditional menggunakan herba ini 100%. Kesan sampingan: melemahkan peristaltic usus yang akhirnya perlu bergantung kepada herba-herba pencahar…
- Juga digunakan untuk rawatan migrain kerana salah satu punca berlakunya migraine adalah disebabkan sembelit.
2) Senduduk (Melastoma malabathricum)
- Terdapat putih-putih pada akar yang berfungsi untuk rawatan penyakit keputihan.
- Senduduk gajah digunakan dalam herba keputihan HPA. Bahagian digunakan: akar.
- Bahagian akar ini juga bersifat menurunkan hypoglycemic (menurunkan kadar glukosa yang sangat tinggi)
- Sekiranya akar herba ini diambil secara rebusan maka dos maksimum yang dibenarkan adalah secamca besar pagi & malam sahaja.
Tujuan: memberikan tenaga; diberikan kepada orang yang baru sembuh dari demam; juga baik untuk strok (Herba ini turut dimasukkan dalam herba rebusan lumpuh); menghentikan luka; daun & buah boleh digunakan untuk sakit perut.
Khamis, 19 Ogos 2010
AYAT PUASA
KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA
Merujuk kepada Bab 6 Makanan dan Minuman Perkara ke 7.Status Kesucian Ikan Yang DiBeri Makanan Tidak Halal
Keputusan:
Ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram di makan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara didalam air najis atau sengaja diberi makanan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.
RUMUSAN GM
Ternyata sebahagian besar kolam ikan dinegara kita di pelihara oleh mereka yang tidak memahami mengenai HALAL. Maka terlalu banyak kolam ikan yang diberi makanan seperti daging babi, bangkai ayam dan sebagainya. Ada yang memasukan najis tahi lembu sebagai pemakanan tambahan kepada ikan tersebut.
Sekadar renungan buat peminat IKAN KELI atau LELE dalam bahasa Indonesia.
Rabu, 18 Ogos 2010
HERBALOGI
Perubatan herba merupakan di antara
kaedah perubatan tertua di dunia serta melibatkan penggunaan oleh sebanyak 80%
...komuniti dunia. Pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan sebagai ubatan telah
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Hari ini para herbalis telah menggabungkan di antara pendidikan klinikal dan
pengetahuan lampau dengan kajian-kajian terbaru bagi menghadapi dunia moden
serta komtemporari. Ia juga turut diperlengkapkan lagi dengan kebolehan
melakukan diagnosa samada oleh herbalis ataupun dengan bantuan alatan tertentu.
Herbalogi membawa pendekatan holistik di mana tidak berfungsinya satu bahagian
tubuh menyebabkan ketidakseimbangan di bahagian lain. Jika tubuh tidak upaya
melakukan kesimbangan semula maka timbullah penyakit. Di dalam diri manusia
terdapat kekuatan penyembuhan yang datang daripada faktor spiritual, mental,
emosi dan fizikal.
Herbalis melihat pesakit secara unik, tidak ada penyakit yang sama untuk semua
orang. Dengan kaedah diagnosa dan sejumlah pertanyaan; seorang herbalis mencari
petunjuk yang menyebabkan keluhan pesakit. Ini bererti sesuatu yang baik untuk
seseorang pesakit mungkin tidak berapa sesuai untuk pesakit lain.
Tujuan pengambilan herba ialah untuk membantu penyembuhan fitrah dan mengembalikan
keseimbangan tubuh, bukan hanya untuk menghilangkan gejala atau simtom
penyakit. Ubat atau penawar yang diberikan berbeza bergantung kepada apa yang
diperlukan untuk mendorong tubuh menjadi normal. Herbalis perlu berkeyakinan
bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya sepertimana yng telah diberitahu oleh
Rasulullah SAW sejak dahulu lagi.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA
GETIR
Masih rasa getir dan gentar?
Rasa putus asa? Berseorangan di jalan ini?
Sedarlah diri, nafsu dan syaitan bisa menganggumu…
Cuba mengugah semangat dan kekuatanmu..
Melemahkan sifat istiqamah yang sering turun naik…
Gangguan yang tidak akan berakhir hingga kiamat.
Itu janji Iblis pada anak Adam…
Jadi mengapa membiarkan kelemahan itu menguasaimu?
Sedangkan hakikat terbentang di hadapan..
Walaupun sepahit mana hakikat itu, namun itulah ketetapanNya..
Tidak kah engkau diri mengenali Khaliqmu?
Al-Nur? Al-Fattah? Al-Tawwab? Al-Hadi? Al-Ghaffar…
Yang sering engkau akui tapi tidak engkau selami..
Betapa Allah itu sedia di sisimu..
Tidak pernah letih mendekatimu..
Cuma kau tidak sedari kerana kecewamu pada fitrah diri..
Sedangkan Dia lah Al-Basit, Al-Rafi’ dan Al-Adl..
Fitrah yang menjadi hujahmu itu hanyalah fatamorgana dunia..
Walhal kekuatan itu terletak di Hati yang diikat pada tali Tuhan.
Kebergantungan mu kepada Nya yang menentukan taraf
Keterikatan hati..
Terikat kejernihan hati yang lahir dari cecahnya dahi ke pangkuan Ilahi,
Serta ringannya tapak tangan diangkat kepada yang Maha Esa..
Bersama titisan air mata sesalan dosa yang tak pernah berhenti.
Cukup, berhentilah memandang persekitaranmu, teruskan ke
destinasi cinta terkahir yang pasti..

IKLAN PENGAMBILAN PELAJAR MANHAL
Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas
Kepada staf-staf cawangan, sila pastikan print dan tampalkan iklan tersebut di cawangan anda untuk dihebahkan kepada Ahli-ahli HPA. Sekian terima kasih.
Selasa, 17 Ogos 2010
Isnin, 16 Ogos 2010
MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT ZON
Majlis Berbuka Puasa akan diadakan di setiap negeri peringkat zon ( 3 negeri - Kelantan, Terengganu & Pahang ) anjuran Pihak Pengurusan HPA Zon Timur. Butir-butiran adalah seperti berikut :
Bagi Kawasan Kelantan:
Tarikh : 19hb Ogos 2010
Tempat : Dewan RFC Cawangan Kubang Kerian, Kota Bharu
Masa : Berkumpul pada jam 6.00 petang
Bagi Kawasan Terengganu:
Tarikh : 28hb Ogos 2010
Tempat : Akan Dimaklumkan Kemudian
Masa : Akan Dimaklumkan Kemudian
Bagi Kawasan Pahang:
Tarikh : 29hb Ogos 2010
Tempat : Akan Dimaklumkan Kemudian
Masa : Akan Dimaklumkan Kemudian
Ahad, 15 Ogos 2010
ILLUSI MATA KURNIAAN ALLAH
Cuba lihat pada 3 TITIK di kalimah ALLAH selama 10 SAAT sambil berselawat dan alihkan pandangan anda
pada dinding kosong selama 10 SAAT juga. Anda akan kelihatan keajaibannya. SUBAHANALLAH
rasa sangat KAGUM dengan ilusi mata kurniaan-Nya ini. Sebarkan pada saudara anda...
PENGUMUMAN KENAIKAN HARGA UBAT GIGI HPA
Berikut adalah kenaikan harga Ubat Gigi Herba HPA yang berkuatkuasa pada hari Isnin 16hb Aug 2010 ini.
(Semenanjung Malaysia)
Harga Pengedar RM 5.60
PV/NM 2.00
Harga Pengguna RM 6.50
Harga di Sabah dan Serawak bagaimanapun kekal seperti dahulu.
Kenaikan tersebut adalah disebabkan kerana berlaku kenaikan kos pembekalan. Namun demikian harga Ubat gigi Herba HPA masih lagi di tahap yang murah jika dibandingkan dengan ubat gigi pasaran.
Semua Pengurus Zon, Pengurus MIS & Pengurus Cawangan dan semua Agen Stok sila ambil perhatian.

Langgan:
Catatan (Atom)