Sabtu, 25 Disember 2010

KONVEK 2010 AKAN DIADAKAN DI PICC PUTRAJAYA


Pada mulanya KONVEK 2010 dirancang untuk diadakan di Stadium Melawati Shah Alam namun ianya telah diubah ke lokasi baru iaitu di Putrajaya International Convention Center (PICC). Konvek tahun 2007 juga pernah diadakan di PICC.
Info Konvek HPA 2010
Tarikh: 5 Februari 2011 (Sabtu)
Lokasi: Putrajaya International Convention Center (PICC)
Tiket Masuk: RM 50 sahaja. Sila dapatkan daripada PJS-PJS dan Pelapis PJS HPA.
Diharapkan semua ahli HPA seluruh Malaysia terutamanya dari Lembah Klang dapat hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis serta meraikan kejayaan ahli HPA. Pastinya akan berlangsung pelbagai persembahan menarik dan juga kehadiran booth-booth HPA yang menjual produk seperti cenderamata, makanan, minuman (RFC, RCH, aiskrim), buku, poster, sticker, baju, pakaian dan lain-lain lagi.

Jumaat, 24 Disember 2010

JAWATAN KOSONG GURU HPA

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

MEMO MEMAKAI TAG NAMA

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

MEMO PRODUK BARU

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

Selasa, 14 Disember 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

Isnin, 13 Disember 2010

MEMO PROGRAM PIC

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

MEMO PRODUK BARU HPA

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

KURSUS SARAF TAPAK TANGAN & REFLEKSOLOGI

SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN

Program Kursus Saraf Tapak & Refleksologi bersama PJS Pak Lah telah diadakan di dewan Pusat Opeasi Zon Timur pada tarikh 10 & 11hb Disember 2010. Program tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi bermula dengan bacaan Mathurat dan seterusnya slot bersama PJS Pak Lah. Alhamdulillah sambutan yang luar biasa dan ini merupakan program yang julung pertama kalinya yang telah diadakan di Zon Timur bagi kawasan Negeri Kelantan. Insya Allah selepas ini kita akan mengadakan kursus tersebut di setiap kawasan termasuk negeri Kelantan, Terengganu & Pahang.

Isnin, 6 Disember 2010

PBC DI TOK BALI, PASIR PUTEH

SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN

Perkongsian Ilmu Cemerlang (PBC) telah diadakan di Resort Tok Bali, Pasir Puteh pada tarikh selama dua hari berturut-turut iaitu pada tarikh 3-4/12/2010 baru-baru ini. Turut dihadiri dalam PBC tersebut dan juga selaku tenaga pengajar ialah, PJS Abang Zul & PJS Kak Ani, PJS Cikgu Khadi @ Din dan juga PJS Cikgu Zainal.

Jumaat, 3 Disember 2010

PERASMIAN HALAL MART MASJID AR-RAHMAN, PASIR MAS


SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN
 
Majlis perasmian Halal Mart Masjid Ar-Rahman Chetok, Pasir Mas, Kelantan telah dirasmikan pada 1/12/2010 iaitu pada hari Rabu oleh YB Dato' Haji Nik Mohd Amar Bin Nik Abdullah (ADUN Panchor). Turut dihadiri juga oleh YB Ustaz Abdul Halim (ADUN Chetok). Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Bustaman selaku PJS bagi negeri Kelantan. Insya Allah, moga-moga dengan pembukaan cawangan baru ini akan memudahkan orang ramai mendapatkan barangan HPA.

KURSUS PIC PERCUMA DITUNDA

Sila KLIK untuk paparan yang besar

Selasa, 30 November 2010

PEMBUKAAN CAWANGAN HALAL MART AR-RAHMAN PASIR MAS

Halal Mart Masjid Ar-Rahman, Pasir Mas

Alhamdulillah satu lagi Cawangan Halal Mart di Pasir Mas kini telah siap dibina dan akan beroperasi pada esok hari. Dengan adanya satu lagi usaha pembukaan cawangan tersebut, memudahkan lagi orang ramai, pihak masjid mendapatkan produk halal di situ. Insya Allah. Sila buat hebahan di tempat anda berkenaan pembukaan cawangan baru tersebut di alamat berikut : 

HALAL MART MASJID AR-RAHMAN,
MASJID AR-RAHMAN KAMPONG PONDOK JABO CHETOK,
17060 PASIR MAS, KELANTAN.
HUBUNGI : HASAN BIN ABDUL GHANI ( 013-9595432 )

RFC CAWANGAN KUALA TERENGGANU

Insya Allah, bakal dibuka !!!

LOT NO 4233 WISMA CHUA AH KEE,
OFF JALAN SULTAN ISMAIL,
JALAN TOK LAM,
20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU 
(BELAKANG STADIUM BOLA SEPAK)

Isnin, 29 November 2010

MEMO WAKTU OPERASI BARU BAGI CAWANGAN ZON TIMUR


Sila KLIK memo di atas untuk paparan yang besar dan jelas

Sabtu, 27 November 2010

HPA DI MAHA SERDANG

Venue : MAHA 2010 Malaysia Agro Exposition Park, Serdang,(MAEPS) Selangor

Date : 26 November 2010 to 05 December 2010,
Time : 10.00am to 10.00pm

Booth No : 0106 & 0135, Hall D.

Di jemput semua ke Gerai HPA......
Pelbagai Produk boleh dapatkan di Gerai HPA