Khamis, 1 April 2010

PENJUALAN ZON

Petikan dari Blog Pengarah Urusan

Penjualan di Zon timur dan zon utara kini sama setanding. Peningkatan jualan harian melebihi rm145k sering beriringan dan pembukaan cawangan-cawangan baru di Utara nampaknya lebih pesat dibandingkan Zon Timur. Namun bagitu prestasi jualan cawangan setempat pula menampakan Zon Pantai Timur lebih menyerlah. Dikira daripada jumlah PBC pula mendapati sama-sama rancak dengan kepimpinan yang kebanyakanya menjurus kepada penghayatan ugama.
Kita masih menunggu zon mana yang akan berjaya mencipta jualan 200k sehari antara zon-zon yang ada.Zon selatan juga telah keluar dari garisan lama penjualan 50k sehari kepada 80k dan diharapkan program gen 2 pada awal april akan melonjakan jualan zon kepada 100k sehari. Zon tengah juga mengejar jualan ketiga terbanyak dengan pendapatan rm120k sehari dan sekali sekala melompat ke 140k. Zon Borneo di bawah pengurusan baru (en Izham) mula meletakan target sebulan 1 juta dan PBC serta KPJ terus berjalan.InsyaAllah.
Berjayakan penjualan HPA mencapai target 20 juta sebulan? Nanti kita lihat bagaimana seluruh kepimpinan MLMS HPA mengembeling tenaga bersama untuk mencapai cita-cita ini. InsyaAllah.

Foto: HPA Cawangan Kuala Terengganu 1 di Bukit Kecil (Dekat JPJ Terengganu) diatasnya terdapat homestay HPA sebanyak 4 bilik dan Dewan HPA. No Tel Cawangan : 09-6229519


Tiada ulasan:

Catat Ulasan