Khamis, 31 Disember 2009

JUALAN HPA DI KARNIVAL USM


Jualan Produk Halal Karnival HPA telah diadakan di Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan bermula pada tarikh 29, 30 & 31 2009 iaitu pada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Sambutan yang begitu luar biasa telah membanjiri booth HPA dengan kehadiran pelajar-pelajar USM untuk mendapatkan produk-produk HPA. Alhamdulillah ucapan syukur yang tidak terhingga sekali kerana orang ramai sangat-sangat memberi sokongan terhadap produk HPA. Insya Allah dengan adanya karnival yang seumpama ini dapat kita mempertingkatkan lagi pendedahan produk-produk halal terhadap masyarakat setempat. Amin...

Rabu, 30 Disember 2009

TAKLIMAT INSENTIF 2010 BERSAMA GM

Sila KLIK untuk paparan yang besar

Taklimat Insentif 2010 bersama GM Al Wahida yang telah diadakan di dewan Hotel Raudhah Kota Bharu, Kelantan pada tarikh 29/12/2009 bermula pada pukul 9:00-11:30 malam. Para-para hadirin yang luar biasa telah membanjiri di dewan tersebut sekitar pada pukul 9.00 malam untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh GM Al Wahida. Insya Allah pada malam keesokannya pada tarikh 30/12/2009 taklimat seperti ini akan diteruskan lagi di dewan Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Insya Allah...

Isnin, 28 Disember 2009

HANTAR LPK (Laporan Pengurusan kewangan)

Assalamualaikum kepada Eksekutif-eksekutif Cawangan Zon Timur, berkuatkuasa mulai tarikh 1/01/2010 LPK hendaklah dihantar terus ke YM Encik AB Fatah Bin Rajab (Pegawai Analisa & Promosi) di alamat berikut : hamba_alfattah0905@yahoo.com.my. Sekian terima kasih.

DOWNLOAD SENARAI PRODUK TERKINI





Sila KLIK di atas untuk download produk terkini.

Ahad, 27 Disember 2009

TEMPAHAN KALENDAR HPA

Untuk sebarang tempahan kalendar HPA di atas sila hubungi di talian ( 012-4131904 )

Senarai harga adalah seperti berikut:
  1. Buku Diari HPA RM 6.00 seunit
  2. Kalendar Dinding HPA RM 5.00 seunit

Sabtu, 26 Disember 2009

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Untuk paparan yang besar sila KLIK di atas.

INFO TERKINI DARI PENGARAH URUSAN


Durian Runtuh Insentif 2010. Untuk maklumat selanjutnya sila KLIK. Musim Sardin Bertelor. Untuk maklumat selanjutnya sila KLIK. Senarai Nama-nama RFC Seluruh Malaysia. Untuk maklumat selanjutnya sila KLIK.
Tahun 2010. Untuk maklumat selanjutnya sila KLIK.

INFO TERKINI BUAT SEMUA


  1. Kursus Pembetulan Tulang Belakang Siri 1
  2. Perjumpaan Dengan Seluruh Pengedar HPA Kelantan & Terengganu.

Sila KLIK di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.

SENARAI NAMA-NAMA KURSUS PENGHAYATAN

Perhatian kepada staf-staf cawangan Zon Timur. Sila ambil perhatian senarai nama-nama bagi Kursus Penghayatan di atas.

Rabu, 23 Disember 2009

KENANGAN BERSAMA ALUMNI HERBALIS

Pergambaran Alumni Herbalis Batch 1-17 Bersama Pengarah Urusan HPA

Perjumpaan Agung bagi Sijil Herbalis Batch 1-17 buat julung pertama kalinya telah diadakan di Hotel De Palma, Ampang Kuala Lumpur pada tarikh 22HB Disember 2009. Perjumpaan Agung yang bersejarah ini amat-amat bermakna buat mereka semua (Peserta Herbalis Batch 1-17) kerana disamping mereka memperolehi ilmu yang telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad mereka juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama mereka kerana sebelum ini kemungkinan mereka tidak mengenal lagi antara satu sama lain. Insya Allah kita mendoakan semoga dengan perjumpaan pada akan datang akan terus berkekalan.


Selasa, 22 Disember 2009

SOFTWARE CAWANGAN

Sila KLIK di sini untuk download Software Cawangan
Kepada Staf Cawangan, sila pastikan download software tersebut sehingga selesai.

RENUNGAN BERSAMA

PENURUNAN HARGA BEDAK SEJUK

Sila KLIK dan pelekat di cawangan anda

RADIX KOKO PAPAN


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 23
Sabah & Sarawak: RM 25

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak: RM 21

Nilai Mata (NM): 6

Kandungan: 20 paket, setiap paket 30 gram

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Radix Koko

RADIX KOKO

Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

RADIX KOKO

Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini.

“Jom Gempur Radix Koko Papan Di Semua Restoran dan Kedai Makan!”

Jumaat, 18 Disember 2009

KEM IBADAH SOLAT

Sila download Iklan Program Kem Ibadah di sini

Selasa, 15 Disember 2009

BUAT RENUNGAN BERSAMA

RALAT : PERHIMPUNAN AGUNG ALUMNI

Perhimpunan Agung Alumni Herbalis Batch 1 hingga 17 akan diadakan pada 22hb Disember 2009 di De Palma Hotel Ampang. Pihak kami memohon maaf di atas pertukaran tarikh tersebut. Segala kesulitan amatlah dikesali.Terima kasih.

Jumaat, 11 Disember 2009

MAAL HIJRAH ( AWAL MUHARRAM )


Menjelang bulan Muharam, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sibuk membuat persiapan untuk menyambut “Maal Hijrah”. Beberapa stesen radio dan televisyen turut menyiarkan iklan atau promo mengenainya selain daripada rencana dan drama bagi membangkitkan semangat hijrah dalam kalangan umat Islam.

Pada malam satu Muharam pula setiap masjid negeri mengadakan ceramah atau forum mengenai hijrah dan pada esok harinya kerajaan sama ada pusat atau negeri pula mengadakan sambutan rasmi. Pada hari itu juga beberapa orang diangkat sebagai tokoh Maal Hijrah.

Tetapi sebagai umat Islam, apa yang anda fikirkan untuk menerima dan menyambut kedatangan tahun baru, awal Muharam 1431H ini. Sudah bersediakan anda untuk berhijrah daripada sikap berlebih kurang tentang agama kepada yang lebih serius untuk melaksanakan Islam dalam diri, masyarakat, kampung dan negeri serta negara.

Apakah kita masih ada rasa takut untuk melakukan hukum Allah kerana takut apa kata orang, takut nanti orang bukan Islam kata apa-apa, dan takut nanti orang menentang dan memusuhi kita. Kita lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Allah, inilah golongan syirik yang ramai tidak tahu.

Sebenarnya untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini adalah hak kita. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang boleh menghalang kita melaksanakannya. Tidak undang-undang yang boleh menyekat pengamalan Islam kita. Tetapi yang menyebabkan pengamalan Islam kita tidak sempurna pada masa kini adalah kerana kita sendiri.

Sudah tentu tiada siapa yang boleh menghalangnya melakukan solat di rumahnya. Kalau pun isteri atau ayah menghalang, kita boleh melawannya. Di tempat kerja, tiada majikan yang mah menghalang kita untuk solat. Kadang-kadang ada majikan yang menghalang tetapi adalah kerana sikap pekerjanya yang menyalahgunakan peluang bersolat, mereka tidur atau berborak. Ertinya bukan majikan yang menghalang.

Mungkin ada orang berhujjah, kerajaan menghalang kita melaksanakan hukum hudud. Di sinilah kesilapan umat Islam dalam menilai haknya, dan mana pula hak kerajaan. Sebenarnya, hak melaksanakan hukum hudud dan qisas adalah kerajaan, tidak kena mengena dengan umat Islam. Kita tidak berdosa dengan kegagalan kerajaan melaksanakan hukum hudud.

Walau bagaimanapun dalam hal ini kita jangan lupa bahawa terdapat juga hak kita ialah hak tidak melakukan kesalahan hudud. Hak ini kekal walaupun kerajaan tidak melaksanakan hukum itu. Maknanya, semua manusia terutama umat Islam tidak boleh berzina, tidak boleh mencuri, tidak boleh murtad, tidak boleh minum arak dan tidak boleh membunuh orang.

Hukum ini tetap berjalan walaupun kerajaan belum melaksanakan hukum hudud dan qisas. Kalau semua umat Islam boleh menghindarkan diri walaupun belum ada hukum hudud dan qisas, kitalah sebenarnya umat Islam yang paling baik. Hal ini kerana kita dapat meninggalkan kesalahan tersebut bukan kerana takut hukuman yang disediakan tetapi kerana takut Allah.

Jelas di sini, tiada siapa yang boleh menghalang kita daripada tidak melakukan zina, rogol, mencuri, minum arak dan sebagainya. Namun kalau ada orang memaksa kita supaya berzina, mencuri dan minum arak dengan ancaman akan membunuh kita, maka ketika itu jika kita lakukan tidaklah dikira berdosa.

Jadi, sempena Maal Hijrah ini marilah kita bersihkan hati dan jiwa kita, dengan satu keazaman untuk melakukan segala perintah Allah, meninggalkan larangan-Nya dan membuat baik kepada semua orang termasuk musuh. Ingatlah jika kita boleh berbuat baik dengan musuh, dia akan mengenali hati kita sebagai orang yang jujur. Orang yang jujur mampu menarik orang ramai bagaikan magnet.

Khamis, 10 Disember 2009

POSTER TUTUP AURAT


Sila tampalkan poster ini di cawangan anda

Rabu, 9 Disember 2009

SENARAI NAMA BAGI KURSUS PENGHAYATAN UNTUK STAF RADIX BAKERY HOUSE

Kursus Penghayatan Untuk Staf Radix Bakery House Zon Timur

TIPS KESIHATAN

Perut Buncit,sering kali menguji ketabahan seseorang. Bagi yang melalui sering terganggu,rendah diri dan penampilannya dihalayak ramai agak terbatas . Pelbagai ubatan dan petua telah dicuba bagi menghilangkan masalah perut buncit.

Banyak produk di Pasaran untuk memulihkan perut buncit , ada diantaranya jenis yang dikuatiri kesuciannya malah pengunaannya diragukan keberkesanannya.

Produk Hpa ( STOMA K )dicadangkan untuk menurunkan berat badan seterusnya menghilangkan masalah perut buncit. Perbezaaan produk pelansing yang ada dipasaran kebanyakan mengunakan bahan kimia yang boleh menyebabkan kesan sampingan.

Bersama ini saya sediakan petua bagi mereka yang inginkan tubuh badan idaman disamping penggunaan Stoma K sebagai bantuan mencepatkan penurunan berat badan.

Bagi mereka yang merasa dirinya gemuk kerana banyak air,saya syorkan mereka teruskan meminum air yang banyak ini kerana air akan mencairkan sodium dalam badan dan seterusnua akan keluar dari sistem. Selain itu juga air berfungsi mengeluarkan segala toksik yang terkandung di dalam tubuh.

Makanlah dengan tertib jangan gelojoh,akibatnya anda akan menelannya dengan cepat .makanan yang tidak hancur akan masuk bersama udara ke dalam usus menyebabkan ianya akan tersangkut-sangkut hingga membentuk gas yang menjadi punca perut menggelembung.

Jika terlalu banyak mengambil garam dalam makanan juga boleh menyebabkan perut buncit . ini kerana akan menambah sodium di dalam cairan tubuh seterusnya akan melambatkan makanisma sehingga mendorong air akan keluar melalui sel, akibatnya terasa penuh dan buncit.

Perlu mengambil makanan sirat bagi mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut buncit. Pilihan makanan buah-buahan yang mengandungi banyak air.

Pastikan anda tidak menghadapi masalah sembelit atau tidak lawas pembuangan air,ianya juga boleh menyebabkan anda menghadapi masalah buncit perut. Bagi mengatasi masalah sembelit HPA ada menyediakan herba PELAWAS bagi menyelesaikan mereka yang ada masalah sembelit.

Aktiflah dengan kegiatan yang membantu mengerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan dan masuk ke dalam saluran darah dimana ia akan dikeluarkan melalui peluh.

Beriktiarlah menurunkan berat badan dan menghilangkan masalah perut buncit. Berdisplin dalam kehidupan,beriadah disamping penggunaan produk yang disyorkan.

PBC BAGI KAWASAN ZON TIMUR

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar

Selasa, 8 Disember 2009

INSENTIF 2010 DIUMUMKAN

Insentif Ta’awun 2010
Pemulaan bulan insentif: Dis 2009
Penamat bulan insentif: Sept 2010

Untuk mengetahui maklumat selanjutnya sila KLIK di sini...

RADIX KOKO PAPAN AKAN DIEDARKAN

Salam warga HPA,
Hari ini Radix Koko Papan sudah mulai dikeluarkan dan akan masuk secara menyeluruh dalam jangka waktu tiga minggu dari sekarang.
Sama-sama kita semua memasarkan Radix Koko Papan di seluruh warung, restoren dan kedai runcit.
Radix Koko "Minuman Untuk Mereka Yang Perlukan Tenaga Luar Biasa"
Gempur.......

RADIX KOKO PAPAN
20 SACHET SEPAPAN
6NM
HARGA PENGEDAR S/M RM19 ** S/S RM21

Petikan sumber dari blog GM Al Wahida

ALAMAT HPA RAUB YANG BARU


Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang jelas dan sila buat hebahan berkenaan alamat baru tersebut

Isnin, 7 Disember 2009

PENYAKIT BATU KARANG


Terbentuk kerana tabiat pemakanan dan kurang minum air


ZAMAN berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.

Faktor risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis

Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

> Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

> Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

> Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

> Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

> Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

> Air kencing berdarah.

> Air kencing keruh dan berbau busuk.

> Mual dan muntah.

> Sentiasa terasa hendak kencing.

> Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

BANCIAN UNTUK ANAK SEKOLAH



Sila KLIK di atas untuk download

Sabtu, 5 Disember 2009

INFO SOLAT HPA

Sila KLIK di sini untuk paparan yang besar

CHICKEN POPCORN

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM10 .00
Sabah & Sarawak : RM -

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 8.00
Sabah & Sarawak : RM -

Nilai Mata (NM): 1

Berat: 400 gram

Nantikan kemunculan produk tersebut di cawangan yang berdekatan dengan anda yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

JUMLAH JUALAN HARIAN DI CAWANGAN

Assalamualaikum kepada Pengurus Cawangan Zon Timur, diharapkan supaya dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam beberapa perkara berikut seperti di bawah :

  • Jumlah jualan harian hendaklah di SMS kan ke Ustaz Huzaimi pada setiap hari.
  • Sila SMS kan ke Ustaz Huzaimi jumlah jualan harian tersebut sebelum pada penutupan cawangan.

Segala kerjasama yang diberikan oleh Pengurus-pengurus Cawangan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Khamis, 3 Disember 2009

KAEDAH PENYEMBELIHAN YANG HALAL

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar dan print serta tampalkan di cawangan anda

Rabu, 2 Disember 2009

PERHATIAN UNTUK SEMUA CAWANGAN


PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGURUS CAWANGAN

Merujuk kepada perkara di atas,

Arahan daripada Pengarah Urusan supaya semua cawangan HPA Zon Timur meletakkan gambar yang telah ditetapkan oleh syarikat pada Yahoo Messenger (YM) di cawangan masing-masing. Cawangan-cawangan HPA hanya perlu meletakkan gambar semua staf cawangan @ gambar bangunan cawangan masing-masing pada MY Display Image di Yahoo Messenger (YM) setiap cawangan. Begitu juga dengan mesej yang dipaparkan di Yahoo Messenger setiap cawangan hanya perlu meletakkan nombor telefon dan faks cawangan sahaja.

Sehubungan itu, semua Pengurus Cawangan diminta bertindak dengan segera berkenaan dengan perkara di atas supaya segala urusan dapat berjalan dengan sempurna yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

MILAD HPA INDONESIA

Tarikh MILAD/KONVEK: 30hb Jan 2010
Jam: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Lokasi: Jakarta Convention Centre, Jakarta

Kepada mereka yang menerima insentif ke Indonesia, surat memaklumkan akan dihantar pada tuan/puan dalam waktu terdekat.
Kepada mereka yang lain yang ingin turut serta sila hubungi HPA Ilham Holiday untuk tempahan tiket dan perjalanan pada no tel 044482717.

Perjalanan dijangka bermula pada 29hb Jan dan perjalanan akan meliputi Jakarta, Punchak dan Bandung dan akan berakhir pada 2hb feb 2010

Petikan Sumber Blog GM Al Wahida

HPA Cawangan Dungun Banjir

Inilah imej / gambar HPA Cawangan Dungun yang telah dinaiki air sejak kelmarin lagi berikutan pada musim tengkujuh dan hujan yang tidak henti-henti di kawasan Terengganu dan juga Kelantan. Walaupun air hampir membanjiri di kawasan pintu utama cawangan tersebut tidak mematahkan semangat staf-staf cawangan untuk berkerja seperti sediakala.

BAHAYA KOLESTROL


Hari ini Hari Raya Korban,seperti aidifitri disambut meriah oleh masyarakat Islam seluruh dunia,berbeza dengan aidil fitri, aidil adha bagi masyarakat Islam banyak menumpukan kepada ibadah korban yang mana yang berkemampuan akan bersedekah kepada yang memerlukan.

Selain mengerjakan ibadah korban, juadah hariraya Aidil Adha pasti menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan yang berasaskan daging.

Pastinya selepas sambutan hari raya ini,ramai yang bertambah berat badan. Pengidap darah tinggi seharusnya berhati-hati,kadar kolestrol pastinya akan bertambah. Banyak yang menyalahkan makanan bila peningkatan kolestrol,peningkatan darah tinggi dan sebagainya.

Sebenarnya atas sikap individu itu sendiri,Mencegah lebih baik dari menyembuhkan. Makan kalau tidak keterlaluan tidak membahayakan tetapi kalau makan tidak dikawal akibatnya memang buruk.

Pernah terjadi di ROMPIN,bagaimana asalnya darah tinggi biasa. Makan sup daging kemudian makan kacang tanah ,kadar darah tingginya telah naik mendadak,menjadi koma seterusnya telah meninggal dunia.

Jadi berhati-hatilah dengan makanan yang mengandungi kadar kolestrol yang tinggi,sentiasa memeriksa tekanan darah anda. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi.

Tetapi bagaimana mengurangkan kolestrol dengan cepat? Penulis cadangkan penggunaan minyak zaiton HPA yang mampu mengawal kolestrol dengan cepat. Penulis pernah menulis kelebihan minyak zaitun di

Petikan sumber blog HPA Rompin

PENUTUPAN SEMENTARA PELABURAN KO-WAHIDA

PERKELILING PENUTUPAN SEMENTARA PELABURAN KOPERASI WAHIDA HPA BHD



Tuan / Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa pada 1 Disember 2009 sehingga 31 Disember 2009 semua urusan berkaitan :

  1. Pendaftaran keanggotaan Koperasi Wahida HPA Berhad (Pelaburan Baru)
  2. Penambahan pelaburan
  • Adalah ditutup sementara waktu bagi tujuan pengurusan audit. Segala informasi berkaitan pelaburan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, diharapkan pihak cawangan dapat memaklumkan dan memberikan kerjasama berhubung dengan perkara di atas. Kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
NASRUL IZZAH BINTI GHAZALI
Pengurus Koperasi Wahida HPA Berhad