Rabu, 29 Disember 2010

SENARAI NAMA UNTUK KURSUS LATIHAN STAF CAWANGAN


Untuk tarikh 3-4hb Januari 2011, kursus akan diadakan di Dewan RFC Sungai Petani (Dewan Omar Mokhtar-Lagenda Heights) manakalah untuk tarikh seterusnya tempat akan dimaklumkan kemudian. Sekian terima kasih.






SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS UNTUK RUJUKAN ANDA!!!

MEMO KURSUS LATIHAN STAF CAWANGAN


MEMO

TARIKH                      : 29 NOVEMBER 2010/22 ZULHIJJAH 1431H

KEPADA                    : STAF PUSAT OPERASI ZON TIMUR
: STAF CAWANGAN, HALAL MART, KIOSK AWM ZON TIMUR

PERKARA                 : MAKLUMAN PROGRAM LATIHAN KESELURUHAN ZON 2011
__________________________________________________________________________

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Adalah dimaklumkan pihak Pusat Operasi Zon Timur dengan berkerjasama dengan pihak pengurusan tertinggi syarikat akan menjalankan Kursus Latihan Staf Cawangan sepanjang tahun 2011. Dilampirkan jadual latihan sepanjang tahun 2011.

Staf cawangan akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Omega 3 dan VCO. Dilampirkan senarai nama mengikut kumpulan bersama-sama memo ini. Makluman pengangkutan staf akan diberitahu kelak.

Sila ambil perhatian berkenaan perkara-perkara yang perlu dipatuhi peserta sepanjang bengkel dilangsungkan:

Tatacara berpakaian
Peserta lelaki DIMESTIKAN berbaju kemeja, seluar slack dan berstokin hitam manakala peserta perempuan pula mestilah memakai baju kurung longgar, bertudung labuh berwarna hitam yang telah ditetapkan pihak syarikat dan berstokin hitam. Semua DIMESTIKAN memakai vest HPA dan tag nama.

Tatacara kedatangan
Peserta juga DIMESTIKAN hadir ke dewan 15 minit sebelum bengkel bermula. Dinasihatkan supaya peserta merancang waktu perjalanan pergi dan balik bagi mengelakkan kelewatan kehadiran anda ke bengkel tersebut.

Sekian, terima kasih.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” TM
Yang Benar,


ISMAIL BIN OMAR
AGM Zon Timur