Khamis, 19 November 2015

KURSUS BELAJAR RAWATAN BEKAM



Terbuka !!! Untuk makluman kepada semua. Pihak pembekam kini telah menawarkan pembelajaran Kursus Bekam kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami kursus tersebut bagi sekitar kawasan Kelantan (Kuala Krai), Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Balok). Dengan pembelajaran kursus rawatan ini, dapatlah anda menjadi seorang perawat yang cekap untuk merawat pesakit-pesakit lain yang ingin mendapatkan khidmat ini. Insya Allah. Sila buat temujanji terlebih dahulu untuk pembelajaran kursus ini 014-8463283.

Sabtu, 7 November 2015

RAWATAN BEKAM SUNNAH DI BALOK KUANTAN, PAHANG

Assalamualaikum kepada sesiapa yang ingin membuat rawatan bekam sunnah kini bolehlah membuat temu janji bagi kawasan Balok Kuantan, Pahang. Insya Allah. Hubungi di talian 014-8463283.


Temujanji DI SINI>>>>>

Rabu, 10 Jun 2015

BEKAM DAN WAKTU

WAKTU YANG TERBAIK UNTUK BERBEKAM

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit”.

Imam Sayuti RH berpendapat bahawa berbekam pada tanggal-tanggal seperti di atas memang baik bila badan dalam keadaan sihat, tetapi jika orang yang berkaitan sedang sakit atau sangat memerlukan perawatan dengan cepat, kita tidak harus mengikuti tanggal-tanggal tersebut.
Orang-orang soleh dahulu seperti Imam Ahmad rahmatullah alaihi berbekam apabila darah beliau sedang membengkak. Sahabat Rasulullah SAW, Abu Musa Al Ansyari RA berbekam di waktu malam hari.

Ibnu Sina di dalam kitabnya “Al Qanun fii Thibb” menyebut mengenai waktu yang terbaik untuk berbekam iaitu di antara jam 2 dan 3 petang kerana pada waktu tersebut saluran darah sedang mengembang dan darah-darah yang mengandungi toksid dangat sesuai dikeluarkan.

HARI BERBEKAM

Dari Nafi’ dari Ibnu Umar RA yang berkata, “wahai Nafi’, berbekamlah dengan berkah dari Allah pada hari Khamis, berupayalah menghindari berbekam pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa, kerana itu merupakan hari dimana Ayyub disembuhkan dari bala’ dan Allah menimpakan bala’ kepadanya pada hari Rabu, kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mulai muncul selalu pada hari Rabu atau malam Rabu.”

Sebagai seorang herbalis Muslim, kita harus menolong mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa, pangkat dan golongan dengan ilmu yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita.

Berilah sentuhan-sentuhan ilahiah serta memohon kepadaNYA, kerana berbekam seprti juga meminum ubat hanyalah suatu cara pengubatan, sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah SWT yang bersifat Asy Syafi.

Disebabkan bekam adalah sunnah Rasulullah SAW maka ianya mempunyai suatu rahsia dan hikmah yang luar biasa dari segi pengamalannya dan bagi ummat Islam yang yakin dengannya, pasti membawa kebaikan yang banyak.

Sabda Rasulullah SAW, “barangsiapa menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintai aku, barangsiapa mencintai aku sesungguhnya dia bersama aku didalam syurga” (HR Abu Daud)

TEMU JANJI UNTUK RAWATAN BEKAM DI BULAN PUASA 2015

 

Assalamualaikum kepada pelanggan yang dihormati semua sentiasa berada di dalam keberkatan oleh Allah Taala. Di sini saya ingin memaklumkan bahawa jadual/masa/temu janji untuk rawatan bekam pada bulan puasa nanti Insya Allah seperti berikut :

- Masa rawatan bekam : Selepas berbuka puasa (7.00 malam-11.00 malam)
- Temu janji rawatan bekam : Mula pada pukul 9.00 pagi-5.00 petang
- Untuk bulan puasa, lokasi dan tempat berbekam hanya tertumpu di lokasi Kemama, Terengganu sahaja. Harap maklum. 

Kepada pelanggan yang dihormati, saya menyediakan perkhidmatan pergi rumah ke rumah untuk memudahkan dan menjimatkan masa anda untuk berbekam. Insya Allah.

Rabu, 6 Mei 2015

RAWATAN BEKAM DARAH DAN ANGIN DI KEMAMAN, TERENGGANU


Bila badan lesu petanda angin dan darah unsur toksin berkumpul dalam sistem badan. Rawatan bekam pula mengeluarkan angin dan darah kotor dari sistem badan ,Insya Allah dengan berkat amalan sunnah berbekam badan kembali ringan dan kita cergas semula dalam melakukan ibadah harian.

Rasulullah SAW pernah bersabda  " Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT "
Hadis riwayat Ahmad & Tabrani dari Samurah RA

Bagi kaum lelaki dan wanita yang ingin berbekam sila hubungi 014-8463283 & whatsapp 014-8058705
 
Lokasi berbekam adalah di kawan Chukai, Kemaman Terengganu. Bagi kawasan sekitarnya boleh juga menghubungi untuk berbekam.