Khamis, 30 Jun 2011

LANJUTAN PEMBELIAN DI CAWANGAN

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

INFO TERKINI KELAYAKAN PJS MALAYSIA

Berhubung dengan tarikh akujanji PJS pada 6hb Julai 2011 ini. Berikut adalah makluman untuk di beri perhatian

1. Mulai sekarang syarat utama permohonanan PJS adalah minimum bonus RM 1000 dan aktif serta komited dalam semua program utama ESP, Bengkel ESP, KPJ ESP, Anugerah ESP dan semua program berkaitan dengan ESP. Borang permohonan PJS sila dapatkan di zon masing-masing melalui jabatan latihan Zon.

2. Untuk permohonan menyambung status PJS yang sedia ada, pihak Latihan Zon di kehendaki membuat lapuran penilaian melalui Borang yang akan disediakan oleh pihak AWM (En Kamal). Syarat utama menyambung kontrak PJS juga tertakluk kepada keatifan dan komitmen PJS sedia ada terhadap program program yang berkaitan dengan ESP.

3. Setiap kontrak penyambungan PJS hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja. Selain dari komitmen dan keaktifan dalam program berkaitan ESP, syarat kelayakan juga bergantung kepada displin, tidak melibatkan diri dalam MLM lain samada secra langsung atau sebaliknya, karakter kepimpinan tanpa mengira jaringan, keaktifan program mingguan, cawangan samada dianjurkan oleh syarikat dan kelab.

4. Semua PJS dan bakal PJS di wajibkan memastikan membawa minima 6 downline pada aras 1 di program ESP serta melakukan maintain 150NM untuk kenaikan PLX. Ini sejajar dengan pembentukan rangkaian melalui program ESP seperti yang di anjurkan oleh HPA.

5. Kelayakan dan Keaktifan sebagai Mentor dalam program ESP, adalah suatu advantage/kelebihan dalam proses penilaian dalam perlantikan PJS.

5. Anggota Panel yang terlibat didalam penyambungan status PJS adalah terdiri seperti berikut;
a) Pengarah Urusan 1 HPA
b) Pengarah Urusan 2 HPA
c) Pengurus Besar AWM
d) Pengurus Besar MIS
e) Panel Syariah Ust Adnan bin Fadzil
f) Panel Syariah Ust Zolkarnain Abidin

Ahad, 26 Jun 2011

PROMOSI MINYAK BUT-BUT


Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.
Kelebihan Minyak But-But adalah seperti berikut:-

Untuk Patah Tulang.
Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

Untuk Buasir.
Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.

Untuk Urut.
Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Sengatan Serangga.
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Luka Kecil-Kecil.
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Terkena Air Panas dan Luka Terbakar.
Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.

Cirit-Birit.
Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung Perut.
Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar.
Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.

Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam.
Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.

Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam.
Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.

Wanita Menopouse.
Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.

Komposisi (75 ml per botol) :
1. Kaempferia Galanga
2. Melaleuca Lecodendron
3. Cocos Nucifera Oil
4. Tinospora Crispa


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10.50
Sabah & Sarawak: RM 13.00
Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8.50
Sabah & Sarawak: RM 10.50
Nilai Mata (NM): 4

Jumaat, 24 Jun 2011

ESP - REAL BUSINESS (GELOMBANG KEDUA)

TARIKH : 23HB Julai 2011
HARI : Sabtu
MASA : 9.00 pagi hingga 11.30 malam
TEMPAT : UNISZA Kuala Terengganu, Terengganu
Untuk pendaftaran sila hubungi : Khairul - 0148463283 / Shairi - 0199625256

Kehadiran hanya terhad seramai 1000 orang. Cepat daftar sekarang!!!

Khamis, 23 Jun 2011

PROGRAM TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGIKLANAN UBATAN TRADISIONAL

PENGENALAN ?


Pihak HPA dibawah kelolaan AWM R&D dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis akan mengadakan Taklimat Garis Panduan Pengiklanan Ubatan Tradisional. Program ini merupakan program yang julung kali diadakan bagi menerangkan berkaitan garis panduan pengiklanan kepada pengguna produk HPA khususnya dalam memasarkan atau mengiklankan melalui media cetak mahupun media elektronik seperti laman web, blog, jaringan sosial dan penerbitan majalah/buku. Taklimat ini adalah percuma dan terbuka kepada semua ahli-ahli HPA.


APAKAH OBJEKTIF ?
  1. Untuk memberi pendedahan, maklumat dan garis panduan kepada pengguna produk HPA dalam memasarkan atau mengiklankan melalui media cetak dan juga media elektronik.
  2. Menubuhkan satu kelab "Komuniti Blogger HPA" yang berfungsi sebagai satu badan yang memantau penulisan-pemulisan mengenai produk-produk HPA di lama sesawang dan sebagainya.
BILA AKAN DIADAKAN?
02.07.2011


DIMANA ?
Dewan Amir Ramadhan, Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam, 02600, Arau Perlis


SIAPAKAH YANG PATUT HADIR ?
  • Webmaster HPA
  • Blogger-blogger HPA
  • Wakil anak syarikat HPA
  • Wakil Pengurusan Zon AWM
  • Wakil Persatuan Herbalis
  • Presiden atau wakil Kelab kepimpinan Zon (PJS)
  • Ahli-ahli dan pengedar HPA yang berminat
SIAPA AHLIJAWATANKUASA ?
AhlijawatanKuasa yang terlibat :

  1. PENASIHAT : GM Mohammad Faisol Abdul Rahman
  2. PENGERUSI : En. Mohd Arif Fazdilah Abu Bakar
  3. SETIAUSAHA : Cik Nur Hafizah Harun
  4. PENDAFTARAN : En. Mohd Nizar said & Cik Norsyaziela Ahmad Zobri
  5. PENGINAPAN : Cik Normalina Sharoni
  6. INFORMASI & HEBAHAN : En. Mohd Yushairi Mohamed Yusof
  7. CENDERAHATI : Cik Azwani Othman & Cik Husniyah Halim
  8. PERSEDIAAN TEMPAT : En. Mohd Fitri Othman
  9. MAKANAN : En. Sham Sani Dun
  10. PEMANTAU : Pn. Azita Hassan
SIAPAKAH YANG PERLU DIHUBUNGI?
Cik Nur Hafizah Harun - 049760741 / 049779894


Download Tentatif Program <<DISINI>>


Download Borang Kehadiran <<DISINI>>

Selasa, 21 Jun 2011

JADUAL KPJ ESP TERKINI

KULIAH PERUBATAN JAWI - ESP


TARIKH : 26HB JUNE 2011
HARI : AHAD
MASA : 8.00 - 11.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM MALAYSIA (LKPIM), KUANTAN, PAHANG - DEPAN HOTEL VISTANA
PENCERAMAH : TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD (PENGARAH URUSAN HPA)


TARIKH : 27HB JUNE 2011
HARI : ISNIN
MASA : 8.00 - 11.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN TER, KUALA IBAI KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
PENCERAMAH : TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD (PENGARAH URUSAN HPA)



TARIKH : 28HB JUNE 2011
HARI : SELASA
MASA : 8.00 - 11.30 MALAM
TEMPAT : HOTEL RAUDHAH KOTA BHARU, KELANTAN
PENCERAMAH : TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD (PENGARAH URUSAN HPA)

DIJEMPUT SEMUA AHLI-AHLI HPA UNTUK HADIR PADA PROGRAM TERSEBUT !!!

JADUAL BENGKEL ESP

Sabtu, 18 Jun 2011

SALAM TAKZIAH

Salam kepada warga HPA Zon Timur, marilah sama-sama kita sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada ayahanda Staf Cawangan Pasir Mas (Zaini Binti Din) yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi tadi. Marilah sama-sama mendoakan agar rohnya di Rahmati Allah Taala. Amin.

AKUPUNTUR DARI SEGI ASPEK PERUBATAN


Pengenalan Akupuntur
Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.
Rawatan akupuntur boleh dikatakan telah digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan China. Namun begitu, ahli-ahli perubatan memberikan penghormatan mereka kepada China. Hal ini kerana amalan akupuntur ini telah lama diamalkan oleh rakyar China iaitu sejak 4000 tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari ini.
Sejarah juga ada membuktikan bahawabangsa China merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur. Hal ini terbukti apabila Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk ‘ Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine ’yang dikarang pada tahun 2000 SM. Buku yang diterjemahkan masih berada dalam simpanan seorang penulis di Beijing, China.
Ciri – ciri Akupuntur
Rawatan akupuntur berbeza sedikit di antara cara rawatan masyarakat kuno China dengan rawatan masa kini. Dahulu, masyarakat kuno China menggunakan
batu – batu tajam, kayu dan buluh sebagai asas rawatan untuk menekan dan menusuk pada bahagian – bahagian tertentu. Tetapi kini, alat – alat asas ini diganti dengan cara yang lebih moden iaitu penggunaan jaurm – jarum yang halus yang telah disterilkan atau disucihamakan. Jarum – jarum ini diperbuat daripada pelbagai bahan logam seperti jarum silver atau jarum perak, jarum copper atau tembaga, dan jarum emas.
Jarum emas adalah jarum termahal di kalangan jarum – jarum halus. Jarum ini dipercayai dapat mengeluarkan tenaga ‘ Qi ’ 100 kali ganda daripada jarum silver. Tenaga Qi adalah tenaga yang menggerakkan jasad kita. Jika pengaliran tenaga ini terganggu, maka badan kita akan berasa sakit.
Pada jarum-jarum halus tersebut, sudah tersedia magnetik iaitu kuasa ubat terhadap jarum tersebut. Hal ini membolehkan kita berasa seperti berdenyut – denyut, kebas, berat dan bengkak apabila jarum – jarum tersebut ditusuk pada suatu titik khas di badan. Rasa yang kita alami ini dikenal sebagai ‘ Deqi ’ dan ia mengeluarkan arus elektrik melalui apa yang dinamakan sebagai kolestrol, channel, atau meridian. Dalam hal ini, kesemua rasa kesakitan atau bisa dikeluarkan melalui kuasa Qi yang secukupnya dan seterusnya memberi kelegaan dan menyembuhkan penyakit.
Pengamal perubatan akupuntur menyatakan bahawa terdapat 365 titik akupuntur yang utama dan lebih 1000 titik akupuntur luar biasa pada tubuh manusia. Titik akupuntur luar biasa wujud apabila sesuatu penyakit pada organ badan kita akan mewujudkan rasa sakit dan bengkak di tempat yang jauh daripada organ kita. Sebagai contoh, kesakitan pada diafragma boleh menyebabkan rasa sakit di hujung bahu..
Pengamal akupuntur juga mengelaskan sebahagian besar titik akupuntur kepada 12 kumpulan utama di mana titik – titik ini digabungkan melalui Meridian. Meridian yang mempunyai 12 meridian utama mengawal edaran seks, paru-paru, usus besar, perut, limfa, jantung, usus kecil, pundi kencing, buah pinggang, pundi hempedu, triple warmer dan hati. Dalam pada itu, jumlah titik akupuntur pada meridian adalah berbeza. Sebagai contoh meridian jantung mempunyai sembilan titik manakala meridian pundi kencing mempunyai 67 titik.
Seorang penyelidik kesakitan terkemuka, iaitu Dr. Ronald Melzack menyatakan bahawa tekanan pada titik – titik tertentu adalah berkaitan dengan pola kesakitan dan sesuatu rangsangan yang singkat tetapi berkeamatan tinggi pada titik itu melalui jarum halus dapat melegakan kesakitan. Selain itu, penyelidikan saintifik tentang akupuntur telah dijalankan di Amerika Syarikat yang menunjukkan otak mengeluarkan ‘ endorfin ’ yang boleh melegakan kesakitan secara semulajadi semasa rawatan akupuntur. Di kebanyakkan negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Hong Kong di mana terdapatnya ramai penagih dadah jenis Heroin,mereka menggunakan cara rawatan akupuntur kerana ia dapat meningkatkan kadar endorfin dalam badan. Hal ini kerana kebanyakkan penagih dadah mempunyai kadar endorfin lebih rendah dalam cecair spina mereka.
Pada tahun 1965, Ronald Malzack dan Patrick Wall iaitu penyelidik kesakitan telah mengesyorkan satu teori tentang kewujudan sejenis ‘ pintu ’pada setiap tahap saraf tunjang. Pintu tersebut sentiasa tertutup dan tidak membenarkan rangsangan kesakitan sampai ke otak . Selain itu , pintu dalam saraf tunjang itu dikawal oleh dua rangsangan secara berterusan . Sesetengah rangsangan itu cuba menutup pintu dan sesetengah rangsangan lain pula cuba untuk membuka pintu. Namun kelebihan lebih memihak kepada rangsangan untuk menutup pintu dan hal ini menyebabkan kesakitan tidak dirasai walaupun rangsangan wujud. Namun begitu, rawatan melalui akupuntur boleh bertindak untuk membuka dan menutup pintu dalam saraf tunjang secara berkesan.
Bentuk – Bentuk Akupuntur Moden
Di dalam akupuntur moden hari ini, terdapat pelbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur atau pengamal akupuntur. Secara keseluruhan terdapat lebih daripada 11 bentuk akupuntur moden. Antaranya adalah akupuntur klasik di mana kebiasaanya menggunakan jarum-jarum halus sebagai rawatan . terdapat juga akupuntur elektrik di mana ia menggunakan stimulator elektrik voltage rendah supaya tidak membahayakan pesakit dan akupuntur elektronik yang menggunakan alat-alat elektronik kecil.
Selain itu, akupuntur bekam darah menggunakan acu bekam untuk menggeluarkan darah kotor dari badan kita. Terdapat juga akupuntur bekam yang menggunakan acu bekam untuk menyedut keluar angin dari badan kita. Akupuntur mosibusi ialah akupuntur yang menghangatkan pada titik-titik tertentu. Manakala akupuntur urut yang meliputi pelepasan tekanan, urut ( massage ) dan reiki. Selain itu, terdapat juga akupuntur homeopathy, akupuntur mata, kepala, telinga, dan sebagainya.
Rawatan Akupuntur
Akupuntur dikatakan salah satu kaedah rawatan Hipnosis dan berkesan dalam rawatan sebagai ubat penahan sakit atau Anestetik . Pesakit juga boleh berada dalam keadaan sedar ketika mereka menerima rawatan akupuntur. Misalnya, pesakit boleh memberitahu pengamal akupuntur sekiranya jarum tidak ditusuk pada titik akupuntur . Rawatan akupuntur juga boleh digunakan dalan merawat seseorang yang terkena pancaran kilat. Hal ini terbukti apabila rawatan ini telah dapat memulihkan kulit seperti sedia kala.
Titik akupuntur mempunyai sifat elektrik yang sangat luar biasa. Titik-titik ini mampu mengalirkan aliran elektrik disekeliling kulit dan pada kawasan yang berdekatan atau berkaitan. Namun, apa yang luar biasa adalah titik akupuntur berubah mengikut emosi pesakit. Jika ditinjau mengikut cara perubatan Cina ia dikaitkan dengan tenaga Qi dan konsep Yin dan Yang. Konsep Yin dan Yang membawa maksud organ dalam tubuh yang baik dikenal sebagai Yin dan Yang pula dikenal sebagai organ dalam tubuh yang kurang baik. Keseimbangan dalam Yin dan Yang menentukan kestabilan kesihatan badan .
Perubatan Cina juga mengkaitkan hubungan cuaca dengan 5 unsur iaitu kayu, air, api, logam, dan bumi dengan kesihatan dan penyakit. Manakala organ dalam tubuh badan dikaitkan dengan 5 unsur serta Yin dan Yang. Sebagai contoh hati dikaitkan dengan kayu, jantung dengan api, limfa dengan bumi. Namun begitu, perkara yang paling utama dalam kaedah akupuntur adalah diagnosis nadi. Kaedah ini adalah penting kerana ia dapat mengesan penyakit yang pernah dihidapi. Hal ini memudahkan pengamal – pengamal akupuntur mengenal pasti dengan mudah latar belakang perubatan pesakit berkenaan. Selain itu, pengamal akupuntur tradisional juga boleh mengukur tahap tenaga dalam meridian dengan memeriksa nadi arteri radial pada pergelangan tangan. Tahap tenaga dalam meridian ini boleh mencapai sehingga 14 jenis nadi arteri pada kedua–dua pergelangan tangan . Namun begitu, ahli-ahli akupuntur berpendapat 5 atau 6 nadi sahaja yang boleh dikesan bagi tujuan perubatan . Selain itu, pengamal akupuntur tradisional juga akan memeriksa lidah, warna, tisu kulit, tisu rambut, pergerakkan dan kedudukan tubuh , pernafasan dan bunyi suara dalam rawatan akupuntur. Di samping itu, gaya hidup , diet, senaman tidur yang mencukupi, fobia, dan reaksi terhadap penyakit turut diambil kira. Proses ini dikenal sebagai ‘ Mempalpat ’ iaitu mendiagnosis gangguan pengaliran Qia dan serangan penyakit terhadap organ dalaman.
Keberkesanan Rawatan Akupuntur
Pengamal akupuntur berpendapat bahawa hanya kemahiran dalam mempraktikan akupuntur dapat mencapai rawatan yang dikehendaki iaitu mengetahui di mana hendak merangsang kulit . Walaupun terdapat banyak cara untuk merangsang kulit seperti moxibustion, urut , elektrik, getaran, mekanikal, panas, dan hayunan magnetik di amalkan secara meluas namun kaedah yang terbaik adalah kaedah rangsangan jarum.
Jarum akupuntur yang terdiri daripada jarum silver diperbuat daripada aloi perak dan semua jarum adalah berjenis besi berkalis karat Selain memastikan kedudukan jarum tepat pada titik akupuntur, keberkesanan rawatan akupuntur bergantung kepada jumlah jarum akupuntur yang digunakan, kedalaman menembusi kulit, tempoh jarum itu ditusuk pada titik akupuntur dan jumlah rawatan yang dijalankan.
Apabila titik akupuntur yang berkaitan dikesan, jarum akupuntur akan dicucuk pada kulit pesakit dan dibiarkan beberapa lama iaitu dari beberapa saat hingga ke beberapa minit. Sesetengah pengamal akupuntur akan memutarkan jarum dengan menggunakan hujung jari yang bertujuan untuk merangsang titik akupuntur . Selain itu, mereka juga akan merangsangkan titik akupuntur dengan menggunakan jarum elektrik.
Pesakit tidak akan berasa sakit ketika rawatan akupuntur dijalankan. Hal ini kerana jarum yang digunakan adalah sangat tajam dan hanya beberapa milimeter sahaja dimasukkan ke dalam kulit pesakit. Bagi pesakit yang menghadapi penyakit yang agak kronik rawatan dijalankan sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Sebaliknya, rawatan yang lebih kerap diberikan bagi penyakit yang agak kritikal. Sesetengah pesakit memerlukan empat atau lima rawatan akupuntur sebelum melakukan sebarang perubahan pada dirinya seperti berasa santai, segar, dan mampu menjalankan aktiviti seharian.
Penyakit Yang Diubati Oleh Akupuntur
Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum.
Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britian para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .
Di samping itu, beberapa doktor yang telah menyaksikan pembedahan menggunakan kaedah akupuntur turut mengakui bahawa di negara China rawatan perubatan akupuntur buka sahaja tertakluk pada disfungsi proses fisiologi tetapi juga pada jenis penyakit yang memerlukan rawatan seperti pembedahan caesarean, tumor, pembedahan gigi dan paru-paru pesakit . Kesemua pesakit berada dalam keadaan sedar dan tidak menerima sebarang ubat anestetik. Hanya jarum akupuntur yang dirangsang dengan elektrik di masukkan dalam kulit pesakit.
Kemusykilan Yang Timbul Terhadap Rawatan Akupuntur.
Walaupun kaedah rawatan akupuntur memberikan kesan yang baik kepada pesakit-pesakit, namun masih ada persoalan-persoalan yang ditimbulkan akibat keraguan mereka . Pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kesan-kesan penusukan jarum, perbandingan jarum dan sebagainya.
Sebenarnya, rawatan akupuntur mendapat pengiktirafan daripada WHO. Penusukan jarum tidak mendatangkan sebarang kesakitan. Hal ini terbukti apabila jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus dan ia dicucuk hanya sedalam 0.5 cm hingga 1 cm sahaja. Penusukan jarum hanya bagaikan gigitan semut pada kali pertama .
Selain itu, jarum akupuntur moden tidak mendatangkan bahaya kerana ia adalah dalam keadaan siap terbungkus setelah disterilkan dan sentiasa bersih serta selamat digunakan .
Di samping itu, masyarakat tidak perlu ragu tentang jangkitan AIDS melalui rawatan akupuntur . Hal ini kerana belum pernah ada sejarah bahawa AIDS merebak melalui jarum akupuntur. AIDS hanya merebak melalui jarum yang tidak bersih, khususnya yang digunakan oleh penagih dadah .
Kesimpulan.
Umumnya rawatan akupuntur masih lagi kurang mendapat sambutan walaupun keberkesanan kaedah ini telah terbukti melalui beberapa kajian yang telah dijalankan . Negara China misalnya, mempunyai lebih daripada 500,000 ahli terapi akupuntur manakala Jepun pula mempunyai lebih daripada 30, 000 pengamal akupuntur. Sementara itu terdapat juga segelintir pengamal akupuntur Jerman dan Peranchis yang mengamalkan kaedah ini secara sepenuh masa. Kaedah ini semakin hari semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam perubatan moden. Hal ini kerana rawatan akupuntur sebenarnya mampu mengubati pelbagai penyakit yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden . Kaedah moden lebih cenderung menggunakan cara pembedahan dan dadah sebagai jalan penyelasaian bagi merawat sesuatu penyakit.
Bibliografi
Dewan Kosmik Keluaran Jun 1995
Wawancara Keluaran, April 1999
Encylopedia Britainica, Edisi 1982 , Jilid 1
Ronald Malzek, Buku Acupunture Theraphy
Mark Fenn, Acupunture m/s 58 – 70

Khamis, 16 Jun 2011

Rabu, 15 Jun 2011

INFO DARI GENERAL MANAGER AL WAHIDA

ESP Pusingan Kedua. Baca lagi>>>

ESP Semenanjung Malaysia. Baca lagi>>>

MEMO CEK MARKETING

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

MEMO KENAIKAN HARGA AYAM

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Selasa, 14 Jun 2011

BENGKEL ESP & MAJLIS PENGANUGERAHAN PANGKAT PLX

BENGKEL ESP
 
Tarikh : 18hb Jun 2011
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Cawangan Pasir Pekan, Kelantan & HPAic, Seksyen 13 Shah Alam



MAJLIS PENGANUGERAHAN PANGKAT ESP PLX (20%)
 
Tarikh : 18hb Jun 2011
Masa : 9.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Hotel Sutera Inn, Kota Bharu, Kelantan & HPAic, Seksyen 13 Shah Alam


Sebarang pertanyaan, sila hubungi : 014-8463283 / 09-7185060

Selasa, 7 Jun 2011

MEMO PRODUK TERBARU HPA



Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Isnin, 6 Jun 2011

KILANG BARU KOPI RADIX

Bulan ini insyaAllah kita akan siap untuk membuat penambahan mesin mesin kopi baru di tapak kilang jejawi Perlis. Pemintaan yang tinggi selama ini masih menyebabkan banyak lagi outlet HPA yang kosong. Persiapan ini yang mengambil masa 4 bulan sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran berdasarkan pemintaan yang sangat sangat tinggi.
Pengguna berpuashati kerana kopi radix sama sekali tak sama dengan kopi yang lain.Orang yang minum kopi radix merasa kuat dan bertenaga dan ini tidak terdapat pada kopi yang lain.Jenama RADIX pun semakin banyak muncul dipasaran namun nama boleh tiru tapi khasiat jauh sekali. Ada syarikat yang minta HPA membekalkan kopi kepada mereka tetapi minta dimasukan aroma kopi sintatik untuk pasaran terbuka. Buat masa kini, HPA tidak pernah bersetuju dengan penggunaan bahan kimia dalam kopi kerana ia menjejaskan kesihatan. Kita yang keluarkan,keluarga kita juga meminumnya bukan untuk orang lain diberikan sesuatu yang beracun. 


Petikan dari sumber blog Pengarah Urusan HPA. Klik DI SINI

INFO DARI MIS

Penurunan Harga Jam Tawaf. Sila KLIK DI SINI
Pembaharuan Belian Syarat Agen Stok. Sila KLIK DI SINI

KENANGAN GAMBAR ESP - REAL BUSINESS

Sila KLIK DI SINI untuk melihat gambar-gambar kenangan ESP - Real Business

Jumaat, 3 Jun 2011

MEMO HAD PERBELANJAAN HARIAN

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN ESP - REAL BUSINESS

  1. Adalah dimaklumkan kepada para peserta ESP, Maintain 150NM boleh dilakukan dalam tempoh 3 HARI SELEPAS PROGRAM ESP berlangsung di mana-mana cawangan HPA, (Sebagai contoh : jika Program ESP berlangsung pada hari Sabtu, maka tempoh masa yang dibenarkan untuk maintain adalah pada hari Ahad sehingga hari Selasa sahaja). Jika peserta ESP ingin maintain selepas tempoh itu maka perlulah maintain pada mana-mana Program Bengkel ESP di seluruh negara. Para peserta ESP juga boleh maintain mana-mana produk yang ada di cawangan HPA.
  2. Hasil dari mesyuarat bersama Pengarah Urusan dan Presiden kelab, pihak syarikat akan memberi fokus kepada ESP dan program PBC akan dibubarkan. Diminta semua peserta ESP dan ahli-ahli memberi perhatian kepada maklumat ini.
  3. Sila semak jadual Program ESP dan Bengkel terbaru di laman web http://www.hpa.com.my/hpaic/?p=1929
Jadual ESP:
  • 4hb Jun 2011, Persada, Johor Bharu, Johor
  • 11hb Jun 2011, HPAic, Shah Alam, Selangor
  • 16hb Julai 2011, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
  • 30hb Julai 2011, Dewan Milineum Kepala Batas, Pulau Pinang

MAKLUMAT ESP - REAL BUSINESS

Untuk maklumat dalam Bahasa Melayu. Sila klik DI SINI
Untuk maklumat dalam Bahasa Inggeris. Sila kik DI SINI

MEMO CUTI AGONG

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Khamis, 2 Jun 2011

MEMO : LANJUTAN PEMBELIAN MAINTAIN

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

MEMO JAD : SLIP BANK IN HARIAN

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

LAPORAN AKHBAR : JENAZAH HASSAN SELAMAT DIKEBUMIKAN


Keratan Akhbar Metro & Sinar Harian

Rabu, 1 Jun 2011

LAPORAN AKHBAR METRO DAN SINAR HARIAN


Arwah (kiri sekali)

DERMA IKHLAS UNTUK ARWAH HASSAN

Assalamualaikum kepada semua staf-staf cawangan. Alhamdulillah, mayat Hassan sudah ditemui pada sekitar jam 10.00 pagi tadi. Untuk perhatian semua staf cawangan, sekiranya anda ingin memberi sumbangan derma bolehlah disalurkan kepada Pejabat Operasi untuk diberikan kepada ahli keluarganya. Duit sumbangan tersebut hendaklah diisikan di dalam sampul dan diserahkan kepada drebar dengan menulis U/P : Norfazilah Pentadbiran. Sekian, terima kasih.

SAMBUNGAN BERITA KEMATIAN : GERAKAN MENCARI MASIH DITERUSKAN

Encik Ghani (Bapa Mangsa) sedang ditemuramah oleh TV3 pada petang kelmarin

Gambar dan video di atas adalah keadaan lokasi / tempat di mana arwah Hassan (Staf Cawangan Pasir Mas) dilaporkan lemas di sekitar kawasan tersebut. Menurut laporan yang diterima daripada pihak keluarganya, mangsa pergi menjala ikan dengan menaiki perahu bersama seorang lagi kawannya pada jam 12.00 tengah malam (bertarikh 31hb Mei 2011). Menurut laporannya lagi, sebaik mangsa melemparkan jalanya di sungai tiba-tiba perahu yang dinaikinya bergoyang dan terus terbalik menyebabkan mangsa terus dibawa arus yang deras manakala kawannya sempat memegang pohon kayu yang tidak jauh dari situ. Sehingga kini unit gerakan skuba dan anggota penyelamat masih meneruskan mencari mayat mangsa. Kepada staf-staf cawangan semua, marilah kita sama-sama mendoakan agar mayat mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat. Insya Allah.