Khamis, 28 Julai 2011

PERTUKARAN JAWATAN ADMIN

Salam kepada staf-staf cawangan, bermula pada tarikh 28hb Julai 2011 berkuatkuasa serta merta. Dengan ini dimaklumkan bahawa Raja Badriah Binti Hassan (Pegawai Akaun 2) kini telah ditukarkan ke jawatan ADMIN menggantikan Fadzillah (Kak Zie). Segala pertanyaan berhubung dengan pengurusan pentadbiran, bolehlah berurusan dengannya. Sekian terima kasih.

SUMBANGAN DERMA UNTUK ARWAH ANAK ADMIN ZON TIMUR

Salam kepada staf-staf cawangan, kita dikejutkan berita kesedihan dimana salah seorang anak Kak Zie (Admin Zon Timur) yang telah kembali ke Rahmatullah pada tarikh 25hb Julai 2011. Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah anaknya, mudah-mudahan rohnya termasuk dikalangan orang-orang yang soleh. Justeru itu, dengan penuh rendah diri bagi sesiapa staf-staf cawangan yang ingin menderma dan memberi sumbangan sila salurkan wang tersebut kepada driver lori (isi dalam sampul surat-buat U/P : Raja Badriah). Sekian terima kasih.

JADUAL WAKTU KERJA BULAN RAMADHAN BAGI STAF HPA

KEPADA
SEMUA STAF CAWANGAN
AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Taun / Puan,

WAKTU KERJA BULAN RAMADHAN CAWANGAN

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, waktu kerja dipinda untuk membolehkan semua staf pulang lebih awal daripada biasa. Walau bagaimanapun, jumlah jam bekerja adalah sama. Berikut adalah jadual bekerja bagi bulan Ramadhan.

Shift Pertama : 08.00 pagi - 04.15 petang
Shift Kedua : 09.15 pagi - 05.30 petang

Adalah diharapkan semua staf dapat memberikan kerjasama di dalam mematuhi arahan dan pekeliling semasa yang diberikan. Pihak Pengurusan ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menunaikan Ibadah di bulan Ramadhan kepada semua staf.

Sekian, terima kasih.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Yang benar,
NURJEHAN BINTI ZAINUDIN
PENGURUS PENTADBIRAN / SUMBER MANUSIA