SEMUA STAF CAWANGAN
AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD.
Taun / Puan,
WAKTU KERJA BULAN RAMADHAN CAWANGAN
Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, waktu kerja dipinda untuk membolehkan semua staf pulang lebih awal daripada biasa. Walau bagaimanapun, jumlah jam bekerja adalah sama. Berikut adalah jadual bekerja bagi bulan Ramadhan.
Shift Pertama : 08.00 pagi - 04.15 petang
Shift Kedua : 09.15 pagi - 05.30 petang
Adalah diharapkan semua staf dapat memberikan kerjasama di dalam mematuhi arahan dan pekeliling semasa yang diberikan. Pihak Pengurusan ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menunaikan Ibadah di bulan Ramadhan kepada semua staf.
Sekian, terima kasih.
"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
Yang benar,
NURJEHAN BINTI ZAINUDIN
PENGURUS PENTADBIRAN / SUMBER MANUSIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan