Ahad, 28 Ogos 2011

SALAM AIDIL FITRI KEPADA SEMUA WARGA HPA






Pihak Pengurusan HPA Zon Timur ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin kepada semua warga HPA seluruh negara. Mudah-mudahan kita dapat mempertingkatkan lagi keimanan & ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.

Sabtu, 27 Ogos 2011

KIBARKAN BENDERA MALAYSIA

Salam kepada tuan/puan semua. Mohon untuk tuan/puan pastikan premis tuan/puan mengibarkan Bendera Malaysia dan Bendera Negeri sempena bulan KEMERDEKAAN. Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. (Arahan AGM Zon Timur)

MEMO PERUBAHAN HARGA PRODUK


Sila KLIK image untuk paparan yang besar

MEMO PERUBAHAN NILAI MATA & LANJUTAN BULAN OGOS



Jumaat, 26 Ogos 2011

HPA MASUK TV 1 SIARAN DOKOMENTARI

Sila KLIK PLAY untuk tontonan

MEMO BANK IN DUIT JUALAN & PERUBAHAN MASA KERJA


Sila KLIK image untuk paparan yang jelas

SOLAT TERAWIH DAN KEPALSUAN HADIS SOLAT TERAWIH

Latar Belakang

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

Dalil

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Hukum

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Cara Solat Tarawih

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Solat sunat39.gif
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini"
.

Bilangan Rakaat


Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat tarawikh, Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, “Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup”.
Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka. Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.
Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabien di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata, “Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.
Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Kelebihan Sembahyang Tarawih

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Khamis, 25 Ogos 2011

INFO TERKINI HPA SIARAN TV 1

 Salam kepada semua Warga HPA. Jangan lupa menonton siaran dokomentari Syahadah di TV1 jam 6.30 petang ini (25hb Ogos 2011) yang mengisahkan cerita berkaitan Syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. Insya Allah sama-samalah kita saksikannya pada petang ini.

MEMO PERUBAHAN CUTI HARI RAYA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Selasa, 23 Ogos 2011

MEMO PRODUK BARU HPA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Isnin, 22 Ogos 2011

DIVIDEN KOWAHIDA

Para pelabur KOWAHIDA akan menerima surat rasmi mengenai dividen dalam tempoh yang terdekat. Proses penghantaran surat akan bermula pada 25hb sehingga 30hb Ogos 2011.
Tuan/Puan juga diminta untuk mengembalikan keratan maklum balas surat dividen tersebut samada hendak mengambil dividen ataupun ditambah sebagai saham secara pos, faks, emel atau terus ke ibu pejabat KOWAHIDA selewat-lewatnya 30hb Sept 2011.
Kegagalan tuan/puan mengembalikan keratan tersebut dalam tempoh tersebut menyukarkan proses pengambilan dividen tersebut kerana mengikut Undang-undang Kecil Koperasi Seksyen 66(1), dividen hendaklah dikreditkan ke akaun modal syer anggota sekiranya anggota itu tidak meminta dibayar kepadanya secara tunai dalam tempoh 30 hari dari tarikh dividen itu diisytiharkan.
Sebarang pertanyaan atau masalah mengenai dividen dan pembayarannya, bolehlah menghubungi Pejabat KOWAHIDA di talian 04-9773813 / 14 atau pegawai seperti berikut;
  • En. Mohammad Farizan bin Abu Seman (017-5815152)
  • Pn. Hartini bte Abd Halim (017-4853139)
  • En. Aizat Sharmizi bin Md Fuzailee (019-4506772)

MEMO CUTI RAYA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Jumaat, 19 Ogos 2011

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA


AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Membaca al-QuranDisunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)


Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.


Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

QiamullailDisunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Solat tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.

Mengerjakan umrahPerkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)

Zakat fitrah
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Khamis, 18 Ogos 2011

BORANG MAKLUMAT PINJAMAN MARA


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

TEMPOH MAINTAIN 150 NILAI MATA

Sungai Petani 16 OGOS - Mesyuarat Tribunal hari ini bersama PU telah meluluskan tempoh maintain 150 PV / Nilai Mata boleh dibuat dalam tempoh sebulan dan boleh dibuat belian dimana-mana agen stok yangg berdaftar.
Antara Syaratnya :
  1. Borang kuning maintain 150 pv boleh dapatkan di destinasi utama / cawangan berdekatan.
  2. Salinan sijil ESP atau bengkel perlu di lampirkan dgn invois dan borang maintain ESP.
  3. Bagi program yg berlangsung pada 25 haribulan keatas akan dikira pd bulan berikutnya.
  4. Proksi sama sekali tidak dibenarkan.
Sekian harap maklum.

MEMO PENAMATAN CEK DALAMAN & BUKU INVOIS BARU


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

Selasa, 16 Ogos 2011

MEMO PENGURUSAN HALAL MART SERKAM

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

MEMO CUTI NUZUL QURAN

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Isnin, 15 Ogos 2011

MEMO UBAT GIGI MISWAK


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

MASALAH UNTUK SIGN IN EMAIL / YM

Salam. Kepada mana-mana Staf HPA yang mengalami masalah untuk sign in EMAIL / YM (Pasword tidak berfungsi), sila hubungi di talian 014-8463283 untuk pulihkan kembali. Adalah dimaklumkan bahawa, email tersebut telah di attack !!!

Rabu, 10 Ogos 2011

MEMO PENAMBAHAN CAWANGAN

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Selasa, 9 Ogos 2011

KURSUS AGEN STOK & BENGKEL SINERGI HERBA BERSAMA PENGARAH URUSAN

KURSUS AGEN STOK & BENGKEL SINERGI HERBA 

Tarikh : 13hb Ogos 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang (Termasuk majlis berbuka puasa)
Tempat : MGU (Majlis Guru Agama) Firdaus Hotel, Kota Bharu, Kelantan  (Berdekatan dengan Mydin)
 Yuran Bengkel Sinergi Herba : RM 50 (Kecuali sudah menyertai mana-mana ESP)
Info tambahan : Boleh maintain 150 NM pada hari tersebut
Sebarang pertanyaan sila hubungi Kak Sue : 09-7185060 / 013-9180942
No Telefon MGU : 013-9683442 (Anuar Md Ghazali)
No Telefon Pejabat : 09-7438548


Isnin, 8 Ogos 2011

MEMO KUIH BANGKIT

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Sabtu, 6 Ogos 2011

SIJIL ESP MUSIM KEDUA YANG TAK DITUNTUT

Salam, kepada staf-staf cawangan. Mohon beri perhatian. Mana-mana peserta ESP musim kedua yang belum mendapatkan sijil mereka, sila tuntut sijil tersebut di Cawangan Kuala Terengganu Dua @ sila hubungi Kak Yat : 09-6309527. Sekian, terima kasih.

Selasa, 2 Ogos 2011

BORANG MAKLUM BALAS & ADUAN PELANGGAN


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!


Salam,
Perhatian kepada semua Staf-staf Cawangan Zon Timur. Kedua-dua BORANG ini hendaklah diisi oleh setiap pembeli atau pengguna yang datang ke Cawangan Utama. Kedua-dua BORANG ini hendaklah dihantar ke kilang HPA Industries melalui faks atau surat untuk maklum balas pelanggan kepada R&D.

HPA Industries Sdn. Bhd.
Lot 7&8, Kawasan Perindustrian MIEL Jejawi Fasa II,
Jalan Jejawi Sematang, 02600 Arau, Perlis.
Tel : 04-9760741 Fax : 04-9777897
 Sebarang masalah boleh hubungi di talian 04-9779894 (Pejabat R&D) atau 012-6039332.

BENGKEL ESP

BENGKEL ESP BULAN OGOS 2011

TARIKH : 6/8/2011
TEMPAT : HPA CAWANGAN KETEREH
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
NO TELEFON : 09-7880022 / 0020

TARIKH : 12/8/2011
TEMPAT : HPA CAWANGAN PASIR PEKAN
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
NO TELEFON : 09-7185060 

TARIKH : 12/8/2011
TEMPAT : DEWAN RFC K. TERENGGANU
MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
NO TELEFON : 09-6309527

SILA DAFTAR SEGERA DI CAWANGAN TERSEBUT !!!

MUHASABAH DIRI DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Bila kita memasuki bulan Ramadhan, bererti kita memasuki bulan yang paling mulia, hati kita akan terasa tentu bulan ini berbeza dari bulan yang lain. Kita terasa sangat berbeza seolah-olahnya kita pergi ke Mekah, kalau pergi Mekah tidak terasa apa-apa perbezaannya sama seperti pergi Amerika, pergi melancong, seronok-seronok, lepas tu balik, tak rasa apa-apa, tak dapat apa-apa.. Itu sangat pelik.

Sepatutnya 3, 4 hari lagi sebelum kedatangan Ramadhan, hati dah terasa bimbang, cemas dan takut. Boleh ke kita menghadapinya? Itu baru rasa-rasa di ambang pintu belum lagi memasuki bulan Ramadhan. Pengaruh atau perasaan itu kalau dihayati ia dapat membina hati kita dalam menjalankan ibadah puasa.

Sebab itulah kalau kita faham, waktu membaca Al Quran yang penting kita faham, bukannya baca semata-mata untuk khatam Quran. kalau baca tidak habis satu Quran pun tak apa. Yang penting semasa membaca Quran itu terasa bersama ALLAH. Terasa pesanan dan amaran dari ALLAH, ada khabar gembira, ada cerita qiamat yang menakutkan, ada cerita nabi dan orang-orang soleh.

Seeloknya di bulan Ramadhan, ditambah dengan berwirid dan selawat. Cuba setkan target bahawa keseluruhan amalan kita pada bulan Ramadhan ini adalah untuk mendidik hati. Jika Ramadhan tidak boleh mengubah sikap dan peribadi itu adalah pelik. Bayangkan apa tidaknya kerana sepanjang ramadhan banyak dosa-dosa kita yang gugur. Sepatutnya kita sudah boleh membuang segala sifat buruk kita seperti pemarah, sombong, hasad dengki, khianat, tamak, bakhil dan sebagainya sepanjang sebulan Ramadhan ini.

Hari raya itu pula adalah menyambut hari mulia. Hari raya bukan untuk bersuka ria. Bersuka ria itu adalah nafsu. Sebab itu orang-orang soleh zaman dahulu terasa diri tidak layak untuk berhari raya. Mereka sedih dan tidak keluar rumah sebab mereka rasakan bahawa puasa mereka tidak sempurna. Layakkah kita berhari raya jika puasa tidak sempurna ?

Mari kita kaji dan lihat bagaimana mujahadah kita di bulan Ramadhan ? Waktu berpuasa bila kita terasa nak marah, kita kena ingat, aku ini sedang puasa mana boleh marah, mana boleh maki-maki. Tidak ada gunanya kita berpuasa sebulan sekiranya selepas berbuka itu kita kembali menjadi orang yang pemarah, hasad dengki, tamak, riya' dan sebagainya.

Puasa itu menahan daripada perkara-perkara yang tak sepatutnya kita buat. Ia bersifat mardhiah (sifat-sifat yang diredhai) dan maknawiyah. Contohnya jika kita membaca benda-benda yang tidak menakutkan kita dengan Tuhan dan melalaikan, kita kena tinggalkan. Walaupun perkara itu tidak berdosa tapi tidak mendapat pahala.

Kita berpuasa sekadar tidak makan dan minum, tapi belum mampu nak mengawal diri dari sifat mazmumah. Belum mampu untuk menjaga hati supaya sentiasa tidak terputus dengan Tuhan, yang penting segala-galanya mestilah bertunjang pada tauhid dan rasa bertuhan. Bila rasa bertuhan kuat secara automatik akan membuahkan rasa hamba.

Orang yang dah bertunjang rasa bertuhan dengan kuat maka bila masuk Ramadhan akan mudahlah, dia hanya menghayati secara mendalam lagi. Tapi kalau pemikiran kita masih ditahap ilmu, maka susah nak menghayatinya. Samalah seperti ilmu takutkan harimau, sudah pasti berbeza dengan keadaan orang yang betul-betul berhadapan sendiri dengan harimau.

Bagi memastikan puasa benar-benar dapat membentuk peribadi solihin bermula daripada sejauh mana seseorang itu boleh mengenali dan menghayati Tuhan, barulah puasa boleh menghilangkan mazmumah. Puasa untuk melahirkan rasa kehambaan. Kalau puasa tidak boleh melahirkan rasa hamba seperti pokok yang tidak berbuah. Maka apalah ertinya puasa kita. Seharusnya puasa menjadikan kita lebih tawadhu', insaf, sabar, redha, pemurah, berkasih sayang dan pelbagai sifat-sifat mahmudah yang lainnya.

Bulan ramadhan itu adalah bulan peperiksaan. Bagi orang yang menghayatinya dia akan cemas dan bimbang untuk menghadapinya lalu membuat persiapan . Tapi kalau atas dasar ilmu sahaja tanpa penghayatan kita tidak akan faham apa ertinya kedatangan Ramadhan. Puasa itu ada lahir dan batinnya, iaitu kita tidak terlibat dengan segala yang Tuhan larang dan apa yang Tuhan tidak suka. Kalau sekadar tidak makan dan minum tetapi melayan segala kehendak nafsu, itu tandanya tidak puasa.

Ingatlah bahawasanya Bulan Ramadhan itu adalah bulan kemenangan, rahsianya ialah apabila kita dekat dengan Tuhan, waktu itu kalau berperang kita akan menang. Jadi kalau kita hendak mendapat kemenangan kena usahakan puasa sungguh-sungguh dalam mendidik nafsu kita dan dalam mengekang sifat-sifat mazmumah yan bersarang di dalam diri kita. Tambah lagi seteru utama kita iblis dan syaitan sudahpun dirantai. Kalau ada lagi bisikan kea rah kejahatan, itu bukan lagi dari hasutan syaitan sebaliknya dari nafsu kita yang cuba menjadi raja. Kalau puasa sekadar nilaiannya 50% belum layak untuk mendapat kemenangan. Teruskan mujahadatunnafs anda selama sebulan yang akan datang ini. Moga-moga kita beroleh kemenangan di sisi Tuhan.

Selamat Berpuasa, Memperbaiki Puasa dan Menghayati Ibadah Puasa Kita !

Isnin, 1 Ogos 2011

PAMERKAN WAKTU OPERASI CAWANGAN

Salam. Kepada Staf-staf Cawangan, diminta anda mempamerkan waktu operasi pada bulan Ramadhan di cawangan masing-masing bagi memudahkan pelanggan-pelanggan anda mengetahui waktu beroperasi sepanjang bulan Ramadhan. Sekian, terima kasih.

Arahan : Pentadbiran Zon Timur

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK DARI AGM ZON TIMUR

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua Staf Pengurusan & Cawangan Zon Timur. Mudah-mudahan kita dapat menyempurnakan ibadah puasa kali ini dengan penuh keikhlasan. Insya Allah.

Ucapan dari : AGM Zon Timur (Ismail Bin Omar)