Jumaat, 31 Disember 2010

OTEM HPA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

Khamis, 30 Disember 2010

SENARAI NAMA PESERTA LATIHAN TERKINI



SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS!!!

PRODUK BARU HPA




SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS!!!

RALAT TARIKH : PENAMBAHAN TARIKH KURSUS LATIHAN STAF CAWANGAN

Untuk makluman kepada staf-staf cawangan, tarikh baru adalah seperti berikut :


Tarikh Lama : 3-4hb Januari 2011
Tarikh Baru : 3-5hb Januari 2011

Untuk tarikh berikutnya / seterusnya, akan dimaklumkan kemudian. Sekian terima kasih. Staf-staf cawangan sila ambil perhatian tarikh tersebut. Pihak kami memohon kemaafan di atas perubahan ini.

Perhatian : Setiap cawangan WAJIB memakai Tag Nama semasa menghadiri kursus nanti.

Rabu, 29 Disember 2010

SENARAI NAMA UNTUK KURSUS LATIHAN STAF CAWANGAN


Untuk tarikh 3-4hb Januari 2011, kursus akan diadakan di Dewan RFC Sungai Petani (Dewan Omar Mokhtar-Lagenda Heights) manakalah untuk tarikh seterusnya tempat akan dimaklumkan kemudian. Sekian terima kasih.






SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS UNTUK RUJUKAN ANDA!!!

MEMO KURSUS LATIHAN STAF CAWANGAN


MEMO

TARIKH                      : 29 NOVEMBER 2010/22 ZULHIJJAH 1431H

KEPADA                    : STAF PUSAT OPERASI ZON TIMUR
: STAF CAWANGAN, HALAL MART, KIOSK AWM ZON TIMUR

PERKARA                 : MAKLUMAN PROGRAM LATIHAN KESELURUHAN ZON 2011
__________________________________________________________________________

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Adalah dimaklumkan pihak Pusat Operasi Zon Timur dengan berkerjasama dengan pihak pengurusan tertinggi syarikat akan menjalankan Kursus Latihan Staf Cawangan sepanjang tahun 2011. Dilampirkan jadual latihan sepanjang tahun 2011.

Staf cawangan akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Omega 3 dan VCO. Dilampirkan senarai nama mengikut kumpulan bersama-sama memo ini. Makluman pengangkutan staf akan diberitahu kelak.

Sila ambil perhatian berkenaan perkara-perkara yang perlu dipatuhi peserta sepanjang bengkel dilangsungkan:

Tatacara berpakaian
Peserta lelaki DIMESTIKAN berbaju kemeja, seluar slack dan berstokin hitam manakala peserta perempuan pula mestilah memakai baju kurung longgar, bertudung labuh berwarna hitam yang telah ditetapkan pihak syarikat dan berstokin hitam. Semua DIMESTIKAN memakai vest HPA dan tag nama.

Tatacara kedatangan
Peserta juga DIMESTIKAN hadir ke dewan 15 minit sebelum bengkel bermula. Dinasihatkan supaya peserta merancang waktu perjalanan pergi dan balik bagi mengelakkan kelewatan kehadiran anda ke bengkel tersebut.

Sekian, terima kasih.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA” TM
Yang Benar,


ISMAIL BIN OMAR
AGM Zon Timur

Ahad, 26 Disember 2010

MEMO CUTI 2 HARI BAGI STAF HPA

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

Sabtu, 25 Disember 2010

KONVEK 2010 AKAN DIADAKAN DI PICC PUTRAJAYA


Pada mulanya KONVEK 2010 dirancang untuk diadakan di Stadium Melawati Shah Alam namun ianya telah diubah ke lokasi baru iaitu di Putrajaya International Convention Center (PICC). Konvek tahun 2007 juga pernah diadakan di PICC.
Info Konvek HPA 2010
Tarikh: 5 Februari 2011 (Sabtu)
Lokasi: Putrajaya International Convention Center (PICC)
Tiket Masuk: RM 50 sahaja. Sila dapatkan daripada PJS-PJS dan Pelapis PJS HPA.
Diharapkan semua ahli HPA seluruh Malaysia terutamanya dari Lembah Klang dapat hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis serta meraikan kejayaan ahli HPA. Pastinya akan berlangsung pelbagai persembahan menarik dan juga kehadiran booth-booth HPA yang menjual produk seperti cenderamata, makanan, minuman (RFC, RCH, aiskrim), buku, poster, sticker, baju, pakaian dan lain-lain lagi.

Jumaat, 24 Disember 2010

JAWATAN KOSONG GURU HPA

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

MEMO MEMAKAI TAG NAMA

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

MEMO PRODUK BARU

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

Selasa, 14 Disember 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

Isnin, 13 Disember 2010

MEMO PROGRAM PIC

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

MEMO PRODUK BARU HPA

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

KURSUS SARAF TAPAK TANGAN & REFLEKSOLOGI

SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN

Program Kursus Saraf Tapak & Refleksologi bersama PJS Pak Lah telah diadakan di dewan Pusat Opeasi Zon Timur pada tarikh 10 & 11hb Disember 2010. Program tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi bermula dengan bacaan Mathurat dan seterusnya slot bersama PJS Pak Lah. Alhamdulillah sambutan yang luar biasa dan ini merupakan program yang julung pertama kalinya yang telah diadakan di Zon Timur bagi kawasan Negeri Kelantan. Insya Allah selepas ini kita akan mengadakan kursus tersebut di setiap kawasan termasuk negeri Kelantan, Terengganu & Pahang.

Isnin, 6 Disember 2010

PBC DI TOK BALI, PASIR PUTEH

SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN

Perkongsian Ilmu Cemerlang (PBC) telah diadakan di Resort Tok Bali, Pasir Puteh pada tarikh selama dua hari berturut-turut iaitu pada tarikh 3-4/12/2010 baru-baru ini. Turut dihadiri dalam PBC tersebut dan juga selaku tenaga pengajar ialah, PJS Abang Zul & PJS Kak Ani, PJS Cikgu Khadi @ Din dan juga PJS Cikgu Zainal.

Jumaat, 3 Disember 2010

PERASMIAN HALAL MART MASJID AR-RAHMAN, PASIR MAS


SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN
 
Majlis perasmian Halal Mart Masjid Ar-Rahman Chetok, Pasir Mas, Kelantan telah dirasmikan pada 1/12/2010 iaitu pada hari Rabu oleh YB Dato' Haji Nik Mohd Amar Bin Nik Abdullah (ADUN Panchor). Turut dihadiri juga oleh YB Ustaz Abdul Halim (ADUN Chetok). Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Ustaz Bustaman selaku PJS bagi negeri Kelantan. Insya Allah, moga-moga dengan pembukaan cawangan baru ini akan memudahkan orang ramai mendapatkan barangan HPA.

KURSUS PIC PERCUMA DITUNDA

Sila KLIK untuk paparan yang besar

Selasa, 30 November 2010

PEMBUKAAN CAWANGAN HALAL MART AR-RAHMAN PASIR MAS

Halal Mart Masjid Ar-Rahman, Pasir Mas

Alhamdulillah satu lagi Cawangan Halal Mart di Pasir Mas kini telah siap dibina dan akan beroperasi pada esok hari. Dengan adanya satu lagi usaha pembukaan cawangan tersebut, memudahkan lagi orang ramai, pihak masjid mendapatkan produk halal di situ. Insya Allah. Sila buat hebahan di tempat anda berkenaan pembukaan cawangan baru tersebut di alamat berikut : 

HALAL MART MASJID AR-RAHMAN,
MASJID AR-RAHMAN KAMPONG PONDOK JABO CHETOK,
17060 PASIR MAS, KELANTAN.
HUBUNGI : HASAN BIN ABDUL GHANI ( 013-9595432 )

RFC CAWANGAN KUALA TERENGGANU

Insya Allah, bakal dibuka !!!

LOT NO 4233 WISMA CHUA AH KEE,
OFF JALAN SULTAN ISMAIL,
JALAN TOK LAM,
20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU 
(BELAKANG STADIUM BOLA SEPAK)

Isnin, 29 November 2010

MEMO WAKTU OPERASI BARU BAGI CAWANGAN ZON TIMUR


Sila KLIK memo di atas untuk paparan yang besar dan jelas

Sabtu, 27 November 2010

HPA DI MAHA SERDANG

Venue : MAHA 2010 Malaysia Agro Exposition Park, Serdang,(MAEPS) Selangor

Date : 26 November 2010 to 05 December 2010,
Time : 10.00am to 10.00pm

Booth No : 0106 & 0135, Hall D.

Di jemput semua ke Gerai HPA......
Pelbagai Produk boleh dapatkan di Gerai HPA

Jumaat, 26 November 2010

BENGKEL AKUPUNTUR

Tempat : HPA Kulim, Kedah
Tarikh : 1.12.2010 (Rabu)
Masa : 8.45 pagi - 5.30 petang
Penyertaan : Keutamaan kepada Alumni Herbalis dan terbuka untuk semua ahli HPA yang berminat
Pendaftaran : Herbalis Faezah Daud 019.481.2208
Yuran : RM 50.00 sahaja
_______

Tempat : HPA Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah
Tarikh : 2.12.2010 (Khamis)
Masa : 8.45 pagi - 5.30 petang
Penyertaan : Terbuka untuk semua ahli HPA yang berminat
Pendaftaran : Herbalis PJS Zaharah Mat Zain 013.489.3699
Yuran : RM 50.00 sahaja

*Penganjur : Herbalis Perubatan Jawi (Zon Utara)

KURSUS RAWATAN SARAF TAPAK TANGAN & REFLEKSOLOGI


Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

Rabu, 24 November 2010

PROGRAM PELANCARAN MAJALAH IKON

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar dan jelas

Isnin, 22 November 2010

HEBAHAN KULIAH PERUBATAN JAWI DI DUNGUN

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar dan jelas

MAJLIS HARI RAYA KORBAN DI MASJID CHETOK, PASIR MAS



Orang ramai sedang menjamu selera pada majlis jamuan Hari Raya Korban baru-baru ini

Majlis jamuan Hari Raya Korban telah diadakan di Masjid Ar Rahman Chetok, Pasir Mas Kelantan iaitu pada 20hb November 2010 baru-baru ini. Pihak HPA dengan ini telah menyumbangkan 1 ekor lembu kepada pihak masjid tersebut untuk mengeratkan lagi silaturrahim sempena Hari Raya Korban. Marilah kita mendoakan moga-moga dengan ibadat korban pada tahun ini dapat diterima oleh Allah Taala. Insya Allah.

ARAHAN KHAS DARIPADA GM ENCIK FAISOL ABD RAHMAN

Info khas untuk Para Pelapis

Salam

Kepada para Pelapis dan mereka yang bakal memohon Pelapis yang akan hadir dalam program khas pada 14 & 15 hb Dis 2010 di Sg. Petani dikehendaki bersiap sedia dari segi fizikal dan mental serta mematuhi arahan semasa yang dikeluarkan oleh syarikat.

Arahan dari AWM akan di salurkan kepada Presiden Pelapis dan dengan ini GM meminta supaya para Pelapis segera merujuk kepada Presiden masing-masing.

Hanya mereka yang berdaftar di bawah Presiden sahaja di terima masuk dalam program terrsebut. AWM tidaka akan sama sekali melayan mana-mana peserta yang tidak di daftarkan melalui Presiden masing-masing.

Ini adalah sebagai latihan membina kepimpinan sebelum di serapkan ke PJS nanti. Selepas ini tidak akan ada perlantikan PJS di luluskan tanpa melalui KELAB PELAPIS.


TENTATIF PROGRAM KEJAYAAN PELAPIS
14 HB DISEMBER 2010/ 08 MUHARRAM 1431 H (SELASA)
8.00 PG : PENDAFTARAN PESERTA DAN SARAPAN PAGI

9.00 PG : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

9.10 PG : BACAAN DOA

9.15 PG : BACAAN KALAM ILAHI

9.30 PG : UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGARAH URUSAN HPA TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD

9.50 PG : LAGU PELAPIS (GELOMBANG KEJAYAAN)

10.05 PG : MODUL PERTAMA

TAJUK: KEFAHAMAN DALAM MLM SYARIAH (MLMS) MENGIKUT HUKUM ISLAM DAN SESI SOAL JAWAB
OLEH : USTAZ AHMAD BIN ALI
12.00 T/HARI : MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT ZOHOR

2.00 PTG : PENDAFTARAN PESERTA

2.30 PTG : MODUL KEDUA

TAJUK: PERANCANGAN DAN STRATEGI PELAPIS DALAM MENGUKUHKAN
RANGKAIAN MLM SYARIAH (MLMS) HPA TAHUN 2011

OLEH : PENGURUS BESAR AWM- EN. MOHD FAISOL BIN ABD RAHMAN

3.30 PTG : GAMES 1

3.40 PTG : MODUL KETIGA

TAJUK: FOKUS PROGRAM PBC DAN KELAS MINGGUAN DIJADIKAN SEBAGAI TAPAK
ASAS MENGGEMPUR SET MAKANAN KESIHATAN
OLEH : PRESIDEN KPA-PJS EN.HAFIDZAN BIN FAUZI


4.40 PTG : RIADAH PETANG

5.00 PTG : MINUM PETANG DAN SOLAT ASAR

8.00 MLM : MAKAN MALAM

8.30 MLM : PENDAFTARAN PESERTA

9.00 MLM : MODUL KEEMPAT

TAJUK: BAGAIMANA MEMBINA KEJAYAAN SEBAGAI SEORANG HERBALIS DALAM
PERNIAGAAN HERBA
OLEH : PJS PUAN SHARIFAH BT SULAIMAN
10.30 MLM : GAMES 2

10.45 MLM : BERSURAI


15 HB DISEMBER 2010/ 09 MUHARRAM 1431 H (RABU)

6.00 PG : SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN KULIAH SUBUH


TAJUK: KEPENTINGAN DALAM MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN MENURUT
PANDANGAN ISLAM
OLEH : USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL
8.00 PG : PENDAFTARAN PESERTA DAN SARAPAN PAGI

9.00 PG : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

9.10 PG : MODUL KELIMA

SLOT MOTIVASI: TAJUK –KEJAYAAN SEBAGAI SEORANG USAHAWAN MLM SYARIAH
OLEH : PJS ZULCHAIDIR FIRLY RAMLI


10.10 PG : GAMES 3

10.20 PG : MODUL KEENAM

SLOT MOTIVASI: TAJUK-KEPENTINGAN PELAKSANAAN THIBBUN NABAWI DALAM
PERNIAGAAN MLMS
OLEH : PJS BAGUS HERNOWO
11.20 PG : GAMES 4

11.30 PG : SESI SOAL JAWAB BERSAMA PANEL SYARIAH

TAJUK : KUPASAN KEPENTINGAN DALAM MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN
MENURUT PANDANGAN ISLAM
OLEH : USTAZ AHMAD ADNAN BIN FADZIL DAN USTAZ AHMAD BIN ALI
12.00 T/HARI : MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT ZOHOR



15 HB DISEMBER 2010/ 09 MUHARRAM 1431 H (RABU)
1.30 PTG : PENDAFTARAN PESERTA

2.30 PTG : UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

2.40 PTG : SLOT PERTAMA

TAJUK : TAKLIMAT KONVEK 2010
OLEH : PENOLONG PENGURUS ZON TENGAH - PUAN ZAIMAH BT ISMAIL

3.10 PTG : SLOT KEDUA

TAJUK : PEMBENTANGAN PERUBAHAN INSENTIF DALAM BUKU PELAN PEMASARAN HPA

OLEH : PENGURUS BESAR AWM – EN. MOHD FAISOL BIN ABD RAHMAN
4.00 PTG : UCAPAN PENUTUP MAJLIS OLEH PENGARAH URUSAN HPA - TN. HJ. ISMAIL BIN HAJI AHMAD

4.30 PTG : LAGU PELAPIS (GELOMBANG KEJAYAAN)

4.40 PTG : DOA PENUTUP

4.45 PTG : MINUM PETANG DAN SOLAT ASAR

5.00 PTG : BERSURAI

Sabtu, 20 November 2010

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA : TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORANG


100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.
Sumber : Tausyiahislamiyyah

Isnin, 15 November 2010

PENGAMBILAN PELAJAR MANHAL SESI DISEMBER 2010

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar dan jelas


Untuk membuat pendaftaran, anda boleh memuat turun (download) Borang Pendaftaran yang disediakan di pautan bawah ini. Anda boleh membuat pendaftaran secara manual dan juga ‘online’.

Borang Manual boleh di download disini
DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN PELAJAR

Untuk pendaftaran pelajar secara online sila klik link ini
BORANG PENDAFTARAN PELAJAR ONLINE

Sabtu, 13 November 2010

JAWATAN KOSONG DI PPU

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar dan jelas

Rabu, 10 November 2010

KENANGAN PELANCARAN MINYAK WANGI AKHIL HAYY DAN MAJALAH IKON

Sesi penggambaran Ustaz Akhil Hayy bersama GM & AGM
Para hadirin sedang khusyuk mendengar taklimat oleh Ustaz Akhil Hayy


Sabtu, 6hb Nov 2010: HPA telah melancarkan produk terbaru Akhil Hayy Perfume yang dilancarkan oleh Penyanyi Akhil Hayy dan GM Zon Tengah merangkap Setiausaha Panel Syariah HPA, Ust Ahmad Adnan Fadzil.
Kerjasama ini dilakukan dibawa program MIBF yang berperanan dalam membantu memasarkan produk keluaran IKS muslim kepada ahli-ahli HPA.

MEMO PRODUK BARU

Memo 1
Memo 2

Ahad, 7 November 2010

CATRIDGE A CERAMIC DEW WATER FILTER

Salam Warga HPA semua,
Makluman kepada staf, ahli, agen stok yang ingin membuat pembelian catridge ceramic bolehlah membuat pesanan terus ke Pejabat Pentadbiran Zon Selatan 07-7733717 atau 07-7722717 dengan harga RM33.00 per unit.

Khamis, 4 November 2010

PERASMIAN MINYAK WANGI AKHIL HAYY

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar dan jelas

SEKADAR PEDOMAN & TELADAN


Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …
Kisah Benar..
kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini.
Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). 
Subhanallah..

Keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya). Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar … 

Mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu.

Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat.

Bagaimana kalau tak solat..?

KEHEBATAN KAYU MANIS

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuran madu asli dan kayu manis mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.


Berikut adalah kehebatan campuran madu asli dan kayu manis:
1. Jerawat
Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran itu pada muka (bahagian yang ada jerawat) lakukan sebelum tidur.
Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain itu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.

2. Sakit perut
Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.
Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping itu juga , ia boleh menurunkan berat badan.

3. Selesema
Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selsema.

4.Keguguran rambut
Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala.Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

5. Sakit gigi
Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.
Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi.

6. Penghadaman
Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

7. Jangkitan pada pundi kencing
Jika anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada didalamnya.
Caranya;
Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.

8. Kolestrol
Untuk mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??
Caranya;
Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.

9. Sakit jantung
Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis ini boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

10. Artritis
Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.
Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.

11. Sistem imunisasi
Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.

12. Masalah kesuburan
Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran
Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini pada setiap pagi.Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik
Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;
Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.

Isnin, 1 November 2010

AKHBAR METRO : HPA MAHU BUKA PASARAYA BESAR

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar dan jelas

PRINSIP DALAM PENGAMALAN HERBA HPA

PENGENALAN

Bidang perawatan herba mempunyai kaedahnya yang sendiri dalam mengenali penyakit dan menentukan ubatannya. Ilmu ini sebenarnya didukung sejak sekian lama hasil dari pemerhatian (Doctorine of Signature) semenjak turun temurun sebelum adanya peralatan moden dan kajian klinikal.

Herba yang pada satu masa dahulu terpinggir kini mula mempunyai tempat di tengah masyarakat. Perlumbaan menghasilkan ubat menjadikan bidang ini tumbuh dengan cepat sekali sehingga menimbulkan rasa kebimbangan dikalangan ahli perubatan alopati yang semakin kurang popular di kalangan masyarakat yang mula celik herba.


Baca Lagi>>>

Ahad, 31 Oktober 2010

PROGRAM BULAN NOVEMBER DI HPAIC

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang jelas

PROGRAM BULAN NOVEMBER DI HPAIC


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS!!!

SENARAI NAMA-NAMA TERPILIH UNTUK KURSUS DI HPAIC


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS!!!

MAJLIS PERLANCARAN PERFUME AKHIL HAYY & MAJALAH IKON HPA

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar dan jelas


Majlis Perlancaran Perfume Akhil Hayy dan Majalah IKON HPA akan dirasmikan oleh Tn Hj Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA Group of Companies di Bangunan HPAic, Seksyen 13 Shah Alam pada 6hb November 2010 jam 8.00 malam. Semua PJS dan ahli HPA dijemput hadir bagi memeriahkan acara.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Selasa, 26 Oktober 2010

DILEMA AYAM

Assalamu’alaikum wrh wbt, tetamu ziarah sekalian,
Sejenak saya teringat tentang hadith yang lebih kurang menyebut berkenaan di akhir zaman, kita tidak ada makanan selain daripada zikir semata-mata. Terfikir saya, adakah hadith tersebut perlu difahami dengan makna takwilan ataupun sememangnya hadith itu difahami secara langsung begitu, tanpa sebarang tafsiran. Saya kaitkan pula dengan trend zaman sekarang di mana makanan yang dihidangkan setiap hari kepada umat Islam terutamanya, banyak mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan kadangkala sampai juga ke tahap haram.

JELLY GAMAT HPA

Berikut adalah sebahagian penerangan daripada Professor Madya Dr. Zaiton Hassan mengenai Jelly Gamat HPA. Beliau telah menjalankan kajian tentang gamat selama 10 tahun dan merantau ke seluruh dunia mencari gamat. Jelly Gamat HPA mengandungi Gamat, Habbatus Sauda dan Kolagen daripada ikan. BACA Selanjutnya

MEGA 3 HPA

Produk ini khusus menggunakan Ikan Tenggiri Biru dari Lautan Artik ini mempunyai kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan laut yang lain.Produk yang mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral. Omega3 Softgel menggunakan sumber dari ikan laut dalam yang diperolehi di kawasan Artik yang dikenalpasti mengandungi bahan tersebut. Kajian dari para pakar pemakanan kesihatan mendapati ikan yang terdapat di sekitar kawasan laut Artik seperti Tenggiri Biru, Kod, Solomon dan sebagainya mempunyai kadar EPA dan DHA yang tinggi. Klik Untuk Baca Selanjutnya »

JAWATAN KOSONG : GURU BAHASA INGGERIS

Madrasah HPA memerlukan guru Bahasa Inggeris utk mendidik anak-anak berumur dari 7-12 tahun, 13-17 tahun dan 18-dewasa. Sila emailkan resume kepada zaimah_hpa@yahoo.com. Terima kasih
Madrasah HPA is hiring educators to teach English to children age 7-12, 13-17 and 18-adults. Kindly email your resumes to zaimah_hpa@yahoo.com Thank you.

PENERANGAN SISTEM ONLINE DI TERENGGANU

Taklimat sistem online sedang bermula


Sesi taklimat dan penerangan sistem online yang sedang berlangsung di dewan HPA Terengganu 1 sekitar pada pukul 9.00 pagi. Insya Allah sesi taklimat ini akan tamat pada pukul 4.00 petang.

Isnin, 25 Oktober 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI

Sila KLIK iklan di atas untuk paparan yang besar dan jelas

Sila pastikan staf-staf cawangan agar membuat hebahan di cawangan masing-masing berkenaan iklan program di atas.Sekian, terima kasih.

MEMO PRODUK BARU

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar dan jelas

Ahad, 24 Oktober 2010

LAMBAKAN PRODUK DAN AYAM ROSAK

KEPADA:

SEMUA PENGURUS ZON
AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan semua Pengurus Zon adalah diarahkan untuk memastikan tidak berlaku lambakan produk sehingga produk tersebut tamat tempoh penggunaannya(expired). Pengurus zon juga adalah diarahkan untuk memastikan stok ayam dalam simpanan tidak rosak.


Sekiranya didapati terdapat lambakan produk berlaku sehingga tamat tempoh penggunaannya serta terdapat ayam yang rosak dalam simpanan, staf akan diarahkan untuk membayar balik kos tersebut secara tunai ataupun secara potongan gaji.


Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.


Sekian,harap maklum.

PENERANGAN SISTEM ONLINE DI DEWAN PUSAT OPERASI

Ucapan AGM
Sesi taaruf daripada peserta
Bacaan Mathurat sebelum bermula program
Peserta sedang khusuk mendengar taklimat sistem online
Pegawai MIS sedang memberi taklimat










Sesi taklimat dan penerangan sistem online sedang berlangsung di Dewan Pusat Operasi Zon Timur bermula pada pagi tadi iaitu pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 4.00 petang yang telah disampaikan sendiri oleh 2 orang Pegawai MIS. Insya Allah mudah-mudahan ilmu yang dipelajari daripada Staf-staf Cawangan akan dipraktikkan di cawangan masing-masing.