Arwah (kiri sekali)
RAWATAN BEKAM ISLAM AL-HIJAMAH. SEBARANG TEMU JANJI BOLEH MENGHUBUNGI DI TALIAN 014-8463283
Rabu, 1 Jun 2011
DERMA IKHLAS UNTUK ARWAH HASSAN
Assalamualaikum kepada semua staf-staf cawangan. Alhamdulillah, mayat Hassan sudah ditemui pada sekitar jam 10.00 pagi tadi. Untuk perhatian semua staf cawangan, sekiranya anda ingin memberi sumbangan derma bolehlah disalurkan kepada Pejabat Operasi untuk diberikan kepada ahli keluarganya. Duit sumbangan tersebut hendaklah diisikan di dalam sampul dan diserahkan kepada drebar dengan menulis U/P : Norfazilah Pentadbiran. Sekian, terima kasih.
SAMBUNGAN BERITA KEMATIAN : GERAKAN MENCARI MASIH DITERUSKAN
![]() |
Encik Ghani (Bapa Mangsa) sedang ditemuramah oleh TV3 pada petang kelmarin |
Gambar dan video di atas adalah keadaan lokasi / tempat di mana arwah Hassan (Staf Cawangan Pasir Mas) dilaporkan lemas di sekitar kawasan tersebut. Menurut laporan yang diterima daripada pihak keluarganya, mangsa pergi menjala ikan dengan menaiki perahu bersama seorang lagi kawannya pada jam 12.00 tengah malam (bertarikh 31hb Mei 2011). Menurut laporannya lagi, sebaik mangsa melemparkan jalanya di sungai tiba-tiba perahu yang dinaikinya bergoyang dan terus terbalik menyebabkan mangsa terus dibawa arus yang deras manakala kawannya sempat memegang pohon kayu yang tidak jauh dari situ. Sehingga kini unit gerakan skuba dan anggota penyelamat masih meneruskan mencari mayat mangsa. Kepada staf-staf cawangan semua, marilah kita sama-sama mendoakan agar mayat mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat. Insya Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)