Khamis, 28 Januari 2010

RAIHAN 2010


Alhamdulillah. 1 Januari 2010 mencatat 1 lagi sejarah bagi kumpulan nasyid Raihan & juga sebuah syarikat yang memperjuangkan jihad “produk halal tanggungjawab bersama” iaitu HPA.Alhamdulillah... akhirnya Raihan dengan kerjasama Syarikat HPA, telah berjaya menerbitkan mini album terbaharu. Mini album ini yang bertajuk Musafir Pejuangan menampilkan dua buah lagu iaitu Musafir Kelana dan "Allah is Calling". Di sini kami kongsikan video lagu Musafir Kelana. Untuk entri seterusnya, insyaAllah lagu dan lirik "Allah is Calling" akan dimuat naik. Semoga memberi manfaat. Raihan telah mentandatangani kontrak untuk bernaung di bawah HPA sekaligus menjadi duta HPA dengan nama HPA Raihan.

Menurut info, album terbaru Raihan pada tahun ini akan ‘launching’ pada hujung Januari ini atau Februari hadapan. 2 buah single telah pun dikeluarkan iaitu ‘Track 01 – musafir kelana’ dan juga “Track 02 – Allah is calling” yang di beri nafas baru.

2 buah single tersebut boleh di dengar di Radio NasyidFm

KENAPA KITA SANGGUP DITIPU!!!

Selama ini kita terus menggunakan penapis air yang di keluarkan tanpa boleh bertanya bahan yang digunakan itu daripada apa. Mudah-mudahan halal walaupun kebanyakannya penapis air masih lagi menggunakan serbuk tulang. Jurujual juga tidak jujur dan kemungkinan tidak turut menyelidiki sumber asalnya. Kita terima sahaja sambil berdoa semoga Allah mendatangkan usaha yang baik untuk kegunaan ummah hari ini.

Baca lagi>>>

SAMBUTAN HARI WARGA HPA 2009


Ketibaan Yang Berhormat Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd
Barisan Staf Cawangan Bera : 4 dari kiri
Barisan Staf Pusat Operasi & Gudang

Mohaini telah menerima Anugerah Bagi Keceriaan & Layanan (HPA Kuantan 1) daripada Pengarah Urusan


Najihah telah menerima Anugerah Bagi Jualan Tertinggi (HPA Terengganu 1) daripada Pengarah Urusan
AGM Ismail Bin Omar telah menerima Anugerah Zon Terbaik daripada Pengarah Urusan


Ahmad Huzaimi telah menerima Anugerah Staf Terbaik Bagi ZonTimur daripada Pengarah Urusan


Alhamdulillah majlis Hari Warga HPA baru saja selesai pada tarikh 24hb Januari 2010 bertempat di Jitra, Kedah baru-baru ini. Semua staf-staf Zon Timur (Pengurusan Pusat Operasi Zon Timur & Eksekutif-eksekutif Cawangan Zon Timur) telah menghadiri pada Hari Warga HPA baru-baru ini bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Sambutan yang luar biasa dan suasana yang begitu hangat sekali sepanjang program itu dijalankan. Ucapan tahniah kepada staf-staf yang menerima Anugerah Terbaik & Cemerlang dan tidak lupa juga kepada staf yang menerima cabutan bertuah.