Selasa, 27 Disember 2011

PRODUK HPA

CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA
  • Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
  • Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
    dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Menggunakan 100% herba.
  • Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
  • Tidak mengandungi Steroid.
  • Melepasi ujian had kandungan logam berat.
  • Melepasi ujian had Mikrob.
  • Melepasi ujian had kecairan.
  • Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
  • Gunakan tanpa was-was.

INFO-INFO & MAKLUMAT HPA

RADIX ®
RADIX® telah menjadi satu jenama kopi yang sudah mula dikenali dipasaran.Iklannya yang menarik menjadikan masyarakat tertanya-tanya, apakah kelebihannya berbanding dengan kopi yang lain. Ramai lagi yang bertanya istilah RADIX® itu dipetik daripada mana? Apakah ia benar-benar memberi manfaat untuk kesihatan atau gimik semata-mata ?

RADIX® mempamerkan kredibilitinya bagi menguasai pasaran tempatan lebih-lebih lagi apabila tercatat testimoni yang begitu banyak.Pengguna yang peka mengenai kesihatan tubuh sudah mula menjadikan KOPI RADIX® ini sebagai minuman harian mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka meminumnya 7 sachet sehari.

Apakah itu RADIX ® ?
RADIX® ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix. RADIX® terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Tongkat Ali, Mata Pelanduk, Halban, Larak, Teja Lawang, Tebu Gajah Mengkudu Hutan. Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu sumbernya daripada Akar. Maka HPA menamakan resepi ini sebagai RADIX®.
Kenapa memilih akar/RADIX® ?
Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar. Selain itu, bahagian akar juga boleh disinergikan dengan herba yang lain tanpa memberi kesan sampingan atau kemudaratan. Bahagian akar juga berfungsi untuk menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin, dan fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada 4 unsur iaitu unsur Tanah, Air, Api dan Angin.
Mekanisme tindakan RADIX® dalam tubuh.
Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad,Pengarah Urusan HPA merujuk kepada kitab `Al- Qanun Fi Al- Tibb” – Pena Ibnu Sina, bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh badan kita terdapat 3 organ utama yang berfungsi untuk menjana tenaga bagi semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah jantung, otak, dan organ reproduksi (pembiakan). Jantung merupakan organ yang terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut serta lemah,bahkan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.Jantung perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan tugas penting ini melalui pengambilan herba-herba aromatik seperti akar Teja Lawang yang disinergikan bersama ramuan Radix. Kesannya, peredaran darah kembali menjadi normal, dan menyihatkan semula tubuh badan kita. Insya ALLAH.

Jumaat, 23 Disember 2011

HPA LANCAR LAMAN WEB RASMI BARU


Shah Alam,Selangor – Laman Web HPA terbaru kini dilancarkan semasa Majlis Insentif 2011 pada 17hb Disember yang lalu. Hpanet.my merupakan laman web rasmi bagi Syarikat HPA Industries Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai www.hpa.com.my, namun demikian laman web hpa.com.my masih lagi kekal sebagai laman web alternatif HPA selepas hpanet.my.
Kewujudan hpanet.my adalah merupakan inisiatif dari Pengarah Urusannya, Tn Hj Ismail Ahmad yang mahukan sebuah laman web yang segar dan baru serta bercirikan antarabangsa. Seiring dengan motonya Kecukupan Produk Halal Tanggungjawab Bersama maka HPA bergerak didalam dunia Internet melalui hpanet.my, kesemua link website anak syarikat dan juga blog-blog pilihan dikumpulkan di hpanet.my , ini memudahkan para ahli HPA untuk mendapatkan segala maklumat terkini hanya dengan satu klik dan mudah untuk dilayari oleh semua. -AWM

Sabtu, 17 Disember 2011

Jumaat, 16 Disember 2011

SENARAI NAMA-NAMA YANG TERPILIH UNTUK CABUTAN INSENTIF

DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

LAMAN WEB BARU HPA

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan HPA telah menyiapkan satu web baru untuk santapan semua bagi warga HPA. Laman tersebut ialah : www.hpanet.my. Berkuatkuasa pada hari ini, segala urusan berkaitan dengan syarikat hendaklah melalui web ini.

Khamis, 15 Disember 2011

Rabu, 14 Disember 2011

POSTER PKLP TERENGGANU

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Isnin, 12 Disember 2011

PEJABAT KOWAHIDA SUDAH BERPINDAH

UNTUK MAKLUMAN SEMUA ANGGOTA, PEJABAT KOWAHIDA TELAH BEROPERASI DI JEJAWI ARAU PERLIS SEPERTI ALAMAT BERIKUT.

SEMUA URUSAN BERKAITAN KOWAHIDA BOLEH DIBUAT DI PEJABAT TERSEBUT.KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD
NO 26, TINGKAT BAWAH, TAMAN UTARA JEJAWI,
JALAN JEJAWI SEMATANG,
02600 ARAU PERLIS.
TEL: 04-9773813 / 04-9760860 FAKS: 04-9773812

JADUAL PROGRAM PKLP ZON TIMUR

PKLP



Tarikh : 14/01/2012 - Dewan ABIM Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 21/01/2012 - Dewan Pejabat Zon Timur, Kuala Krai, Kelantan
Tarikh : 28/01/2012 - Dewan TER, Terengganu

# Sila daftar sekarang !!!



MEMO PERUBAHAN HADIAH INSENTIF ESP 2011

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang jelas

Rabu, 7 Disember 2011

Selasa, 6 Disember 2011

POSTER PKLP KOTA BHARU

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Isnin, 28 November 2011

JADUAL PROGRAM PKLP

JADUAL PROGRAM PKLP OKTOBER / NOVEMBER 2011

9hb Oktober (Ahad) – Hotel DePalma Ampang
15hb Oktober (Sabtu) – Hotel Swiss Inn, Sg Petani
22hb Oktober (Sabtu) – Seri Malaysia, Kuantan
26hb Oktober (Rabu) – Hotel Amanpura (SP Inn), Sg Petani, Kedah.

29hb Oktober (Sabtu) – Halal Hub Serkam, Melaka
12hb November (Sabtu) – Perdana Resort Kota Bharu, Kelantan
12hb November – Dewan Wisma Wanita, Kota Kinabalu, Sabah.
12hb November – Kuching, Sarawak
13hb November – Bangunan HPAic, Shah Alam, Selangor.
19hb November – Dewan UTHM, Skudai, Johor
19hb November – Dewan Cawangan Shahab Perdana
26hb November – Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak
26hb November – Dewan Pusat Latihan Telekom, Rusila, Marang, Terengganu
26hb November – HPA Cawangan Kepala Batas, Pulau Pinang
26hb November – Sandakan, Sabah
26hb November – Kota Sentosa, Kuching Sarawak

3hb Disember – HPAic. Seksyen 13, Shah Alam
3hb Disember – Dewan Omar Mukhtar, Sg. Petani
3hb Disember – HPA cawangan Kuantan, Pahang
3hb Disember – Miri, Sarawak
10hb Disember – HPA cawangan Ipoh, Perak
10hb Disember – HPA cawangan Shahab Perdana, Kedah
10hb Disember – Tawau, Sabah
10hb Disember – Kota Kinabalu, Sabah
31hb Disember – HPA cawangan Bayan Baru, Penang
14hb Januari 2012 – HPAic, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
21hb Januari 2012 – Ipoh, Perak
28hb Januari 2012 – HPAic, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Jumaat, 25 November 2011

POSTER PKLP KUANTAN

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

MAKLUMAN PEMBAYARAN DIVIDEN KEPADA ANGGOTA






HASIL MESYUARAT ALK BERSAMA PENGARAH URUSAN 1 HPA INDUSTRIES SDN BHD, TN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD, PEMBAYARAN DIVIDEN 2010 UNTUK ANGGOTA YANG BELUM MENERIMA AKAN DIBUAT SELEWATNYA PADA 30HB NOVEMBER 2011. OLEH YANG DEMIKIAN PIHAK KOWAHIDA MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA KESULITAN YANG TIMBUL.

Sabtu, 19 November 2011

SENARAI NAMA PJS DAN PELAPIS PJS

 
Merujuk kepada perkara diatas.
Dilampirkan senarai nama PJS dan Pelapis PJS yang tidak dapat hadir ( bersebab ) pada program Akurjanji PJS pada 30 Nov 2011 di HPAic yang lalu.
Tuan/puan diminta untuk mengemukakan dokumen-dokumen tersebut sebelum perjumpaan dengan wakil Panel Syariah di ibupejabat HPA di Jejawi , Perlis :
Langkah Pertama .
  1. Surat permohonan PJS ( hendaklah dibuat oleh pemohon ).  
  2. Surat Pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Tugas dan Etika ( PJS ) yang dilampirkan , hendaklah dibawa dan dibaca serta dicop dihadapan Pesuruhjaya Sumpah .
Semua dokumen diatas hendaklah dihantar terus atau diposkan ke alamat seperti berikut :
PEJABAT AL WAHIDA MARKETING SDN.BHD.
No 311, Tingkat 1, Taman Pengkalan Asam,
Jalan Kangar-Alor Setar,
01000,Kangar
Perlis, Malaysia.
Tel/Sms : +60 04-9774716
Fax : +60 04-9775270
Email : wahida@hpa.com.my
Sekiranya semua dokumen telah lengkap , pihak syarikat akan menjemput Tuan/Puan untuk hadir ke ibupejabat HPA untuk bertemu dengan wakil Panel Syariah.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai yang bertugas dibawah :
  1. Mohd Yushairi Mohamed Yusof 019-596 9870/ 04 977 6806 dialamat email : hairyputra@gmail.com
  2. Mohd Arif Fazdhilah Abu Bakar 017-677 7937 / 04 977 4716 dialamat email: arif_fazd06@yahoo.com

HARGA PROMOSI JAWI WATER FILTER DI HPAIC

Berikut adalah HARGA PROMOSI BAGI PRODUK AH08 Jawi Water Filter di HPAic sahaja.

SEBELUM PROMOSI :

SELEPAS PROMOSI :

Untuk makluman tuan/puan nilai mata bagi produk tersebut adalah KEKAL.
Memo ini berkuatkuasa pada 17hb  November  2011. 

Jumaat, 18 November 2011

Khamis, 17 November 2011

MEMO KENAIKAN HARGA AYAM HPA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Rabu, 16 November 2011

HEBAHAN PROGRAM PKLP DI TERENGGANU

Mohon perhatian kepada Staf-staf Cawangan. Untuk program PKLP di Terengganu, maklumat adalah seperti berikut :


Tarikh : 26hb November 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Telekom Marang, Terengganu

# Tarikh tutup penyertaan adalah 22hb November 2011


Sila daftar awal dan sila pastikan Staf-staf Cawangan bagi kawasan Terengganu menghantar nama-nama peserta melalui email : latihan_promosi@yahoo.com / 014-8463283. Harap maklum.

POSTER HERBALIS TERKINI




Sila KLIK image untuk besarkan

Mohon perhatian kepada Staf-staf cawangan. Poster di atas adalah yang terkini yang telah di update dan sila abaikan yang lama. Sila print poster dan borang Herbalis tersebut dan sila buat hebahan kepada Ahli-ahli HPA. Sekian, terima kasih.

Selasa, 15 November 2011

MEMO PENAJAAN SEMULA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

SYARAT PENAJAAN SEMULA AHLI


Permohonan untuk penajaan semula kini dibenarkan mulai 1 Januari 2012 kepada semua ahli HPA dengan syarat seperti di bawah.
  • Sekiranya seseorang ahli itu tidak maintain 50NM sekurang2nya sekali dalam tempoh selama enam ( 6 ) bulan daripada tarikh permohonan.
Cara permohonan penajaan semula:-
  1. mengemukakan surat rayuan penajaan semula
  2. menyertakan salinan kad pengenalan
  3. mestilah mengisi borang pendaftaran ahli baru
  4. mendapatkan pengesahan daripada pesuruhjaya sumpah
  5. penukaran penajaan hanya berlaku kepada individu yang memohon sahaja
  6. downline atau rangkaian di bawah tidak sama sekali boleh di pindahkan kerangkaian yang baru
  7. tertakluk kepada kelulusan dari pihak pengurusan HPA

Khamis, 10 November 2011

OMEGA 3 DAN FREESIA MULA DIEDARKAN






Produk ZH27 Omega 3 Softgel (60 biji) akan berada dicawangan mulai esok insyaAllah. Produk Freesia juga akan mula diedarkan ke semua Cawangan HPA bermula 10/11/2011 dan dijangka berada di semua cawangan sebelum berakhirnya bulan ini. Jom kita serbu cawangan HPA di seluruh Negara…Gegar!!!

PRODUK UBAT GIGI HERBA AKAN DIEDARKAN

 

Berita Baik !!! Produk Ubat Gigi Herba KH23 akan ada di seluruh cawangan HPA pada 20hb November 2011. Nantikan kehadirannya. Gempur!!!!

Rabu, 2 November 2011

INFO-INFO SEMASA

DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

HPA DI RADIO KEDAH FM

Salam. Untuk Ahli-ahli HPA di Kedah, Perak, Perlis dan Negara Thailand, dengarkan rancangan segmen tajaan HPA INDUSTRIES SDN. BHD. di Radio Kedah FM Frekuensi 97.5 fm bermula 03 hb November 2011-(setiap minggu hari Khamis) bersama Ustaz Zolkarnain Abidin dan Ustaz Ahmad Adnan. Bagi negeri-negeri lain untuk mendengar siaran tersebut, sila klik di sini Radio Kedah FM.

MEMO PRODUK BARU

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Selasa, 1 November 2011

JAWATAN KOSONG : EKSEKUTIF PEMASARAN NEGARA CHINA

Anda dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan bagi Eksekutif Pemasaran (Negara China). Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
  • Mempunya pengalaman kerja dalam bidang pemasaran
  • berumur antara 35 hingga 45 tahun.
  • Sanggup ditugaskan diluar negara (China)
  • Boleh bekerja selama 14 jam sehari
  • Fasih berbahasa Inggeris dan keutamaan kepada bahasa China
  • Tidak meninggalkan solat dan tidak merokok
  • Gaji RM3+++ dan keatas.
Jika berminat dan berkelayakan sila emailkan maklumat diri dialamat seperti berikut
izham_noor70@yahoo.com.my
En. Nor Izaham Bin Mohd Noor

JAWATAN KOSONG : EKSEKUTIF PEMASARAN ZON

Anda dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan bagi Eksekutif Pemasaran Zon. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:
  • Mempunya pengalaman kerja dalam bidang pemasaran
  • berumur antara 35 hingga 45 tahun.
  • Sanggup ditugaskan di mana-mana Zon
  • Boleh bekerja selama 14 jam sehari
  • Fasih berbahasa Inggeris
  • Tidak meninggalkan solat dan tidak merokok
  • Gaji RM3+++ dan keatas.
Jika berminat dan berkelayakan sila emailkan maklumat diri dialamat seperti berikut :
izham_noor70@yahoo.com.my
En. Nor Izaham Bin Mohd Noor

Sabtu, 29 Oktober 2011

MEMO CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

SYARAT-SYARAT MELAYAKKAN PESERTA PKLP MENDAPAT PANGKAT PLX

SYARAT-SYARAT MELAYAKKAN PESERTA

PKLP MENDAPAT PANGKAT PLX

TAHUN 2011-2012

Syarat-syarat:

  1. Hadir kursus pada tarikh yang ditetapkan.
  2. Membayar yuran pendaftaran ahli RM10.00 sahaja. Yuran ini hanya sah pada hari program sahaja.
  3. Mengikuti program sepenuhnya. Tidak dibenarkan sama sekali untuk menghantar wakil kecuali ada surat rasmi/sijil sakit.
  4. Peserta di bawah 17 tahun tidak layak mengikuti program.
  5. Tidak mengira pangkat dan bukan ahli juga boleh turut hadir.
  6. Membuat pembelian seperti berikut:

i)  Belian syarat 50NM dibuat pada hari program sahaja.

·   Pastikan borang maintain 50NM (borang warna hijau) perlulah diisi dan diserahkan pada hari program bersama salinan invois.

·   Pastikan invois asal ditulis “PKLP”.

ii) Semua jenis produk boleh diambil kira sebagai syarat maintain 50NM.
**Syarat penyertaan diatas adalah tertakluk kepada perubahan semasa pihak syarikat.**

Rabu, 26 Oktober 2011

POSTER PKLP MUSIM KEDUA : KELANTAN

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Garis Panduan Kepada Peserta PKLP :

1. LARANGAN PROKSI :- TIDAK DIBENARKAN hadir di atas nama orang lain dan peserta mestilah menunjukkkan Kad Pengenalan/IC sewaktu pendaftaran.

2. DILARANG membawa KANAK-KANAK masuk di dalam dewan sepanjang program berlangsung.


3. HANYA PESERTA yang mendaftar kepada UNIT PENDAFTARAN PKLP; sahaja di benarkan masuk MENYERTAI PKLP ZON MASING-MASING.
(Staf Cawangan hendaklah memaklumkan maklumat tersebut kepada setiap peserta yang mendaftar)  

Isnin, 24 Oktober 2011

PROGRAM PKLP KELANTAN DI PERDANA RESORT

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

 Mohon perhatian, program PKLP untuk kali kedua yang akan diadakan di Zon Timur bagi Negeri Kelantan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 12/11/2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan

Alamat :
Perdana Resort Sdn.Bhd, P.O.Box 121, Jalan Kuala Pa'Amat, Pantai Cahaya Bulan 15710 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

HEBAHAN INFO-INFO HPA DI FACEBOOK

Mohon perhatian kepada Cawangan-cawangan Utama Zon Timur. Anda dikehendaki mempunyai Facebook Cawangan masing-masing (Bukan Facebook Peribadi) dan pastikan sentiasa update info-info terkini HPA apa saja perkembangan semasa yang berkaitan dengan HPA. Contohilah Cawangan HPA Ketereh (Facebook : HPA Ketereh) yang mana maklumat-maklumat HPA sentiasa di update. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

IKLAN MANHAL HPA

DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

Rabu, 19 Oktober 2011

Isnin, 17 Oktober 2011

KERATAN AKHBAR RFC KUBANG KERIAN

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Jumaat, 14 Oktober 2011

AWAS : KOPI RADIX TIRUAN DON

Perhatian kepada Warga HPA !!! Kopi tersebut adalah diciplak dan dikeluarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Kopi ini keluaran Grand Platters Sdn Bhd (882039-A) Jalan Lagenda 33, Lagenda Height 08000 Sg. Petani,Kedah.

Khamis, 13 Oktober 2011

PERUBAHAN HARGA PRODUK SET 3D


Sila KLIK image untuk paparan yang besar

PERADUAN MEWARNA RFC BERSAMA SINAR HARIAN

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar


Assalamulaikum kepada Ahli-ahli HPA.

Berhubung pekara di atas RFC bersama Sinar Harian berkerjasama untuk mengadakan Peraduan Mewarna yang julung kali pertamanya di adakan dan tujuan program ini adalah untuk mempromosi RFC di sekitar bandar Kota Bharu dan dengan aktiviti seperti ini dapat merapatkan hubungan pelanggan,ahli HPA dan Sinar Harian. Banyak lagi program yang di rangka dan akan di laksanakan pada masa akan datang .Sinar Harian akan bersama RFC untuk mempromosi dan dengan ini kita tidak perlu membelanjakan wang untuk mempromosi setiap aktiviti yang di laksanakan. Objektif program ini untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke RFC Kubang Kerian dengan hebahan di dalam Sinar Harian nanti.

Pihak kami sukacitanya menjemput Tuan pada hari tersebut untuk memeriahkan lagi program itu nanti dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada semua pemenang nanti.

Tarikh :22/10/2011
Masa  :9.00 pagi-12.00 tengahari.

Harapan pihak kami juga supaya Tuan dapat maklum pada semua kakitanggan HPA dan Ahli-ahli HPA sekitar Kota Bharu untuk membawa anak-anak untuk menyertai peraduan mewarna pada hari tersebut.Borang peraduan boleh di dapati di outlet RFC Kubang Kerian. Dan di dalam RFC juga terdapat Kiosk HPA dan ini akan memudahkan ahli HPA untuk datang membeli nanti.

Sekian Terima Kasih
Ramlee Alang Ismail
Pengurus Operasi RFC

PROGRAM PKLP DI KUANTAN, PAHANG

Mohon beri perhatian kepada semua Staf-staf Cawangan. Adalah dengan ini diingatkan supaya anda membuat hebahan sekali lagi kepada Ahli-ahli HPA untuk mendaftar program PKLP dengan kadar segera kerana penyertaan bagi program PKLP akan dibuka sehingga 18hb Oktober 2011. Dan dibuka juga penyertaan bagi Ahli Biasa (Pangkat PB & ke atas) hingga ke atas. Mohon kerjasama daripada Staf-staf Cawangan semua. Sekian, terima kasih. 

HEBAHAN POSTER INSENTIF ESP

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Perhatian kepada Staf Cawangan. Sila tampalkan POSTER di cawangan anda sebaik menerima poster tersebut. Untuk makluman kepada Staf Cawangan, POSTER tersebut telah mula diedarkan ke semua cawangan Zon Timur.

Selasa, 11 Oktober 2011

PENURUNAN HARGA BAGI PRODUK 3D

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Isnin, 10 Oktober 2011

Ahad, 9 Oktober 2011

KOPI RADIX TIRUAN JENAMA RADIX CO

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Kopi Radix Tiruan jenama Radix Co kini dikesan di kedai-kedai makan yang dikeluarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Marilah sama-sama kita membanterasnya.


Khamis, 6 Oktober 2011

INFO PRODUK HPA : UBAT GIGI MISWAK & ROTI ARAB

DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

POSTER PROGRAM PKLP

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

Perhatian kepada Staf-staf Cawangan, sila print dan tampal poster tersebut di cawangan anda. Pastikan anda membuat hebahan kepada Ahli-ahli HPA (Fokus kepada Bukan Ahli/Ahli Biasa/Pangkat PLX sahaja). Bagi yang Bukan Ahli dikenakan RM 10 sahaja untuk pendaftaran ahli baru. Diberi keutamaan kepada Ahli-ahli HPA bagi kawasan di Negeri Pahang dan Negeri Terengganu (Kemaman/Dungun/Kerteh) sahaja. Sebarang pertanyaan sila hubungi : 014-8463283


Selasa, 4 Oktober 2011

Sabtu, 1 Oktober 2011

LARANGAN MENGEDAR BROUCHER DAN BORANG MLM SKASH

TARIKH                              : 1HB OKTOBER 2011/ 4 ZULKAEDAH 1432H
KEPADA                              : PENGURUS ZON, PENGURUS CAWANGAN & STAF CAWANGAN
                                                                                                                                             
PERKARA                          : LARANGAN MENGEDAR BROUCHER DAN BORANG MLM  SKASH
                                           
DARIPADA                          : PEMANGKU PENGURUS BESAR AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD.



Merujuk kepada perkara di atas.

Kepada pengurus dan staf cawangan, anda dilarang sama sekali menerima atau mengedar broucher dan borang MLM produk skash didalam cawangan. Sekiranya didapati pihak cawangan ada melakukan perkara tersebut, dinasihatkan agar menghentikannya dengan serta merta.
Jika didapati pihak cawangan masih lagi melakukan perkara tersebut atau yang bersamaan dengannya, tindakan tegas akan diambil.
Kerjasama daripada pihak  tuan puan dalam memastikan kegiatan ini tidak berlaku amatlah dihargai.
Sekian terima kasih.
“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”TM




Yang benar,
MUHD KAMAL BIN ISMAIL
PEMANGKU PENGURUS BESAR AL WAHIDA MARKETING SDN. BHD.

Sk:  Pengarah Urusan I

      Pengarah Urusan II
      Fail Pemasaran

Khamis, 29 September 2011

GARIS PANDUAN MLM MENURUT SYARIAH


TUJUAN
Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah disediakan bagi tujuan memberi panduan kepada syarikat jualan langsung yang menjalankan perniagaan berteraskan pelan pemasaran berbilang tingkat (MLM), peserta termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan ini serta orang awam bagi memastikan perniagaan jualan langsung selaras dengan prinsip-prinsip syariah.

LATAR BELAKANG
2. Perniagaan jualan langsung umumnya dan yang dijalankan secara MLM khususnya adalah salah satu bentuk perniagaan yang telah menyumbang kepada pendapatan individu dan ekonomi negara. Perniagaan dalam kategori ini menjadi suatu landasan yang memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk menambah pendapatan isi rumah bagi menjana sumber mata pencarian secara tetap atau sampingan ke arah meningkatkan taraf hidup.
3. Walau bagaimanapun, perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) berdepan dengan pelbagai polemik berhubung dengan statusnya daripada perspektif hukum syarak. Sehubungan ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:
“Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam”.
4. Lanjutan keputusan tersebut, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi merangka garis panduan berhubung amalan perniagaan ini. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada paka-pakar dalam bidang syariah serta wakil agensi berkaitan seperti yang berikut:
(i)  Dr. Zaharuddin bin Abd. Rahman
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(ii)  En. Mohd. Talal bin Abu Bakar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(iii)  Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(iv)  Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(v)  Ustaz Zaharudin bin Muhammad
Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank dan Prudential BSN Takaful
5. Draf Garis Panduan yang telah digubal oleh jawatankuasa ini telah diluluskan dan diteliti oleh Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim Kali Ke-74 pada 24 hingga 26 Mei 2011. Selanjutnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011 telah bersetuju memperakukan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah ini.

OBJEKTIF
6. Garis Panduan ini diwujudkan bagi mencapai objektif seperti yang berikut:
(a)  memperinci keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dengan menggariskan kriteria-kriteria yang diharuskan dan dilarang dalam perniagaan jualan langsung secara MLM; dan
(b)  berperanan sebagai rujukan dan panduan berhubung dengan perniagaan jualan langsung secara MLM yang selaras dengan syariat Islam bagi menjamin keadilan dan ketelusan kepada semua pihak yang terlibat dalam perniagaan ini.

TAKRIF
7. Bagi maksud garis panduan ini:
(a)  “Akad” bermaksud perjanjian antara syarikat dan peserta yang telah difahami dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak menurut hukum syarak.
(b)  “Barang” bermaksud tiap-tiap jenis harta sama ada harta ketara (tangible) atau harta tidak ketara (intangible) dan harta berbentuk nyata atau berbentuk maya. Harta tersebut juga hendaklah selain daripada hak dalam tindakan, suratcara boleh niaga, syer, debenture dan wang.
(c)  “Bonus” bermaksud jumlah bayaran komisen yang dijanjikan dan dibayar kepada peserta sebagai upah kepada peserta kerana berjaya, baik secara berseorangan mahupun secara berkumpulan, menghasilkan natijah- natijah sebagaimana yang ditetapkan di dalam akad dan diperincikan di dalam pelan pemasaran atau pelan ganjaran.
(d)  “Elektronik” bermaksud teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, fotonik atau teknologi lain yang seumpamanya.
(e)  “Harta tidak ketara” bermaksud apa-apa barang atau perkhidmatan yang tidak mempunyai nilai atau manfaat yang jelas kepada peserta dan pengguna.
(f)  “Insentif” bermaksud sesuatu yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan.
(g)  “Jualan langsung” bermaksud jualan terus dari pengedar yang dilantik kepada pelanggan tanpa melalui lapis-lapis pemborong dan peruncit meliputi jualan pintu ke pintu, pesanan pos atau jualan melalui transaksi elektronik. 
4
(h)  “Jualan pintu ke pintu” bermaksud jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara seperti yang berikut: 
Seseorang atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk:
(i)  pergi dari satu tempat ke satu tempat selain dari satu tempat perniagaan yang tetap; atau
(ii)  membuat panggilan telefon mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan.
Orang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan mewujudkan kontrak itu.
(i)  “Jualan pesanan pos” bermaksud jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana- mana orang yang diberi kuasa olehnya, dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos.
(j)  “Jualan melalui transaksi elektronik” bermaksud jualan barang-barang atau perkhidmatan secara elektronik dengan menggunakan rangkaian pemasaran bagi maksud untuk mendapatkan komisen, bonus atau apa- apa faedah ekonomi yang lain.
(k)  “Komisen” bermaksud upah yang dibayar kepada wakil atau ejen kerana menjual barang atau perkhidmatan.
(l)  “Perkhidmatan” bermaksud apa-apa jenis hak atau faedah kecuali barang dan pelaksanaan kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan.
(m)  “Peserta” bermaksud orang yang mengambil bahagian dalam perniagaan jualan langsung secara MLM sebagai pihak yang memasuki akad dengan 
5
syarikat jualan langsung termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen dan pembeli.
(n) “Produk” bermaksud barang atau perkhidmatan.
(o) “Skim piramid” bermaksud apa-apa skim, perkiraan, pelan, pengendalian atau proses berantai yang bonus atau faedah diperoleh semata-mata atau terutamanya daripada perekrutan atau pengambilan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta.
PELAN PEMASARAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
8. Terdapat TIGA jenis pelan pemasaran perniagaan jualan langsung seperti yang berikut:
(a) Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing Plan/MLM)
(i)  Syarikat akan mengambil atau melantik individu sebagai peserta untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat.
(ii)  Peserta yang berkenaan akan melantik individu lain bagi membentuk rangkaian di bawahnya (downline) untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat. Proses pengambilan peserta baharu boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah.
(iii)  Setiap peserta akan mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada jualan peribadi dan jualan ahli atau pengedar di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya (over-riding bonus).
(b) Pelan Pemasaran Satu Tingkat (Single Level Marketing Plan)
(i)  Syarikat akan melantik atau menaja wakil atau ejen jualan dan membayar gaji atau komisen atau gabungan gaji dan komisen atas jumlah jualan yang dibuat.
(ii)  Wakil atau ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik atau menaja wakil atau ejen jualan lain.
(c) Jualan Melalui Pesanan Pos (Mail Order)
Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada secara sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos.
KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM) YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM
9. Perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat atau multi-level marketing (MLM) yang diharuskan oleh hukum syarak dengan mengambil kira maslahah dan keadilan pihak-pihak yang bertransaksi serta peruntukan undang- undang mengandungi ciri-ciri seperti yang berikut:

(1)  Berdaftar dan mempunyai lesen
Syarikat hendaklah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

(2)  Kontrak Jualan Langsung Secara Bertulis
(a)  Syarikat hendaklah menyediakan satu kontrak bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas perihal perjanjian antara syarikat dan peserta.
(b)  Terma dan syarat perjanjian hendaklah difahami dan dipersetujui oleh syarikat dan peserta.
(c) Kontrak hendaklah mengandungi klausa “KONTRAK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA” yang dicetak dengan huruf besar dalam cetakan yang tidak kurang daripada 18 poin Times.
(d)  Kontrak tersebut hendaklah ditandatangani atau boleh dianggap mengikut undang-undang sebagai telah ditandatangani oleh wakil syarikat dan peserta yang baharu menyertai syarikat jualan langsung.
(e)  Seseorang peserta boleh membatalkan kontrak tersebut pada bila- bila masa sebelum habisnya tempoh bertenang dengan menyatakan niatnya untuk menamatkan atau menarik diri daripada kontrak itu.

(3) Tempoh Bertenang
(a)  Tempoh bertenang ialah tempoh tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja dari tarikh penyertaan yang membenarkan seseorang peserta membatalkan atau menarik balik penyertaan dalam perniagaan jualan langsung.
(b)  Sekiranya berlaku pembatalan keahlian, syarikat hendaklah memulangkan keseluruhan yuran keahlian yang telah dibayar oleh peserta.
(c)  Sekiranya pembeli membuat pembelian dan berhasrat untuk memulangkan barang tersebut kerana didapati tidak sesuai, pembeli berhak berbuat demikian sebelum tamat tempoh sepuluh hari, dan syarikat hendaklah memulangkan kembali keseluruhan wang atau harga barang tersebut.
(d)  Pembeli juga berhak untuk memulangkan barang yang dibeli sekiranya didapati tidak memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. 
8
Perkara ini adalah berdasarkan khiyar al-syart iaitu pilihan untuk membatalkan sesuatu akad selepas tempoh beberapa hari sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

(4) Yuran Keahlian Pada Kadar Yang Minimum
(a)  Yuran yang ditetapkan, sekiranya ada, hendaklah pada kadar yang minimum meliputi kos pengurusan dan bahan-bahan bercetak yang dimasukkan dalam suatu kelengkapan jualan yang mengandungi pelan pemasaran dan kod etika syarikat.
(b)  Melalui pendaftaran samada dengan pembayaran yuran sekiranya dtetapkan oleh syarikat atau tanpa pembayaran yuran sekiranya tidak dikenakan oleh syarikat, peserta secara automatik telah menjadi ahli atau pengedar, wakil jualan atau ejen kepada syarikat jualan langsung.
(c)  Yuran keahlian hendaklah bukan pada kadar yang tidak munasabah dan begitu tinggi sehingga tidak lagi kekal sesuai dengan sifatnya untuk menampung kos starter kit atau business tools yang disediakan oleh syarikat ketika pendaftaran sebaliknya lebih menjurus kepada menjadi sumber bayaran kepada perekrutan ahli baru yang menjadi asas skim piramid.
(d)  Pembayaran yuran penyertaan tanpa sebarang imbalan atau pertukaran barang atau perkhidmatan kecuali sejumlah yang munasabah untuk menampung kos starter kit atau business tools dan seumpamanya adalah mengandungi elemen riba al-fadhl dan riba al-nasi’ah, iaitu meletakkan sejumlah wang (yuran penyertaan) secara tunai dengan tujuan untuk mendapat sejumlah wang yang lebih banyak yang berlaku secara tangguh.
(5) Tujuan Menjadi Peserta
Tujuan menjadi peserta syarikat jualan langsung mestilah jelas dan selaras dengan ketetapan syarak seperti yang berikut:
i)  membeli dan menggunakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan; dan/atau
(ii)  menjadi pengedar, wakil atau ejen jualan kepada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan.

(6) Akad Dalam Perniagaan Jualan Langsung 
(a)  Akad antara syarikat dengan peserta hendaklah ditentukan dengan jelas antara syarikat dengan peserta.
(b)  Tertakluk kepada (a), dan dengan tidak menafikan kemungkinan penggunaan akad-akad yang lain, pada asasnya akad utama di dalam perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat (MLM) ialah akad al-ju`alah (الجعالة).
(i) Al-ju`alah (الجعالة)
Al-ju`alah ialah akad yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji iatu al- ja’il. Akad ini bersifat result-oriented iaitu berorientasikan natijah dan bukannya effort-oriented iaitu berorientasikan usaha menyebabkan upah hanya wajib diberi oleh al-ja’il dan layak diterima oleh orang yang melakukan kerja iaitu al- ’amil apabila natijah yang disyaratkan oleh al-ja’il berjaya direalisasikan dan bukan semata-mata dengan melakukan usaha dan mencurahkan tenaga.
Sebagai contoh, bagi memudahkan kefahaman tentang perbezaan antara akad yang berorientasikan hasil dan akad yang berorientasikan usaha, katakan Encik A berkata kepada Cikgu B: ”Kalau cikgu berjaya mengajar anak saya C sehingga dia boleh membaca, saya bayar cikgu RM500”. Cikgu B berusaha bersungguh-bersungguh mengajar C tetapi dia tetap tidak boleh membaca. Kesannya, Cikgu B tidak berhak mendapat RM500 yang dijanjikan walaupun telah menghabiskan masa dan tenaga mengajar anak Encik A kerana di sini syarat yang ditetapkan oleh Encik A dan dipersetujui oleh Cikgu B menyebabkan akad menjadi berorientasikan hasil.
Berbeza halnya sekiranya Encik A berkata kepada Cikgu B: ”Cikgu B tolong ajar anak saya C membaca empat jam seminggu selama sebulan, saya bayar kepada Cikgu B RM500”. Di sini, sama ada C selepas itu boleh membaca atau tidak, selagi Cikgu B telah menjalankan kerja yang disyaratkan iaitu mengajar anak Encik A, C, membaca dalam tempoh tersebut, maka Cikgu B berhak mendapat RM500 yang dijanjikan kerana di sini akad berorientasikan usaha dan masa.
Akad al-ju’alah umumnya adalah akad yang tidak mengikat kedua-dua pihak (gyair lazim) dan didapati sesuai secara praktis dengan amalan MLM di mana peserta bukan pekerja kepada syarikat dan syarikat pula bukan majikan kepada pekerja.
Dalam konteks MLM, syarikat jualan langsung menjadi al- ja’il atau orang yang membuat janji melalui akad al-ju’alah yang ditawarkan melalui pelan pemasaran yang ditetapkan sementara peserta pula menjadi al-’amil atau pelaksana dengan memenuhi syarat-syarat upah yang ditetapkan dalam pelan pemasaran yang ditetapkan syarikat dan dipersetujui peserta. Di antara sesama peserta pula iaitu uplines dan downlines tidak wujud akad tertentu selain hubungan kerjasama sebagai al-musytarikun fi al-’amal atau pihak-pihak yang melaksanakan sesuatu tugas secara bersama-sama yang berkongsi upah melalui formula yang telah ditetapkan dalam pelan pemasaran.
(ii) Al-Wakalah wakil((الوكالة)atau ejen)
Al-Wakalah ialah akad yang memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-muwakkil). Biasanya syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung secara MLM secara jelas menafikan kewujudan hubungan al-wakil dan al- muwakkil antara peserta dan syarikat. Oleh itu, penggunaan akad ini lebih berpotensi berlaku di dalam perniagaan jualan langsung secara SLM berbanding MLM. Dalam akad ini, peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen melaksanakan tugas membuat penerangan tentang syarikat, promosi barang atau perkhidmatan, menjual barang dan perkhidmatan serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat. Syarikat akan membayar gaji, komisen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila peserta mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-ujr atau al-ju`alah atau kombinasi. Menerusi akad al-wakalah, peserta atau wakil boleh berhenti atau menarik diri pada bila-bila masa apabila peserta tidak lagi melaksanakan kerja dalam tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan oleh syarikat misalnya setahun. Sekiranya peserta tidak menarik diri selepas tempoh tersebut, kontrak akan tamat dengan sendirinya meskipun tidak dimaklumkan kepada syarikat berhubung penamatan tersebut.
(iii) Al-Wakalah bi ujr (بٔاجر) wakil ((الوكالة) atau ejen dengan upah)
Al-Wakalah bi ujr ialah akad yang memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-muwakkil). Biasanya akad ini diaplikasikan dalam perniagaan jualan langsung satu tingkat. Menerusi akad ini, syarikat akan melantik peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen melaksanakan tugas membuat penerangan tentang syarikat, promosi barang atau perkhidmatan, menjual barang dan perkhidmatan serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat. Syarikat akan membayar komisen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila peserta mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-ju`alah. Menerusi akad al-wakalah bi ujr, kedua-dua pihak tidak harus membatalkan akad tanpa persetujuan pihak lain.
Nota:
Dari sudut fiqh, al-wakalah bi ujr terbahagi kepada dua:
Pertama: Al-wakalah dengan konsep al-ju`alah (upah atas hasil kerja)
Contoh: “A menjadi wakil B untuk mempromosi barang, jika terjual barang tersebut, 5%daripadanya milik B.”
Al-wakalah dengan konsep al-ju`alah, semua fuqaha‟ berpandangan ia tidak mengikat, kecuali Mazhab Maliki yang mengatakan mengikat jika orang yang menerima tawaran telah memulakan kerja atau tugas.
Kedua: Al-wakalah dengan konsep ijarah (upah atas masa contoh seminggu, setahun)
Contoh: “A menjadi wakil B untuk menjual barang dengan upah RM10 sehari”. A tetap mendapat upah meskipun tidak berjaya menjual barang tersebut.
Mazhab Hanafi dan Maliki berpandangan bahawa wakalah dengan konsep ijarah mengikat kedua-dua belah pihak. Menurut mazhab Syafi‟i dan Hanbali, ia tetap tidak mengikat.
(iv)  Hibah (الهبة)
Hibah ialah suatu pemberian sukarela yang diharuskan oleh syarak oleh syarikat kepada peserta.
(v)  Al-bay’ (البيع) (jual beli)
Akad jual beli yang berlaku antara syarikat dan peserta atau antara syarikat dan pengguna akhir atau antara peserta dan pengguna akhir.

(7). Kontrak Berteraskan Prinsip Saling Reda-Meredai (التراضي).
(a)  Akad antara pihak-pihak yang berkontrak hendaklah saling reda- meredai (التراضي(semasa memeterai akad. Fuqaha’ bersepakat bahawa prinsip saling reda-meredai merupakan syarat sah akad.
(b)  Hukum syarak menggariskan bahawa prinsip saling redha- 
meredhai berlaku apabila terdapatnya niat yang memberi kesan 
kepada akad iaitu bebas daripada tekanan atau paksaan. Justeru, 
transaksi jualan langsung antara pihak-pihak hendaklah berpaksikan kepada prinsip saling redha-meredhai serta bebas daripada unsur paksaan, manipulasi dan eksploitasi.

(8)  Keistimewaan Peserta
Setiap peserta syarikat jualan langsung layak untuk menikmati salah satu atau gabungan keistimewaan seperti yang berikut:
(i)  Mendapat potongan harga bagi setiap pembelian dan/atau mendapat baucar atau kupon bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat. Potongan tersebut adalah berdasarkan akad al-wa’d bi al- hibah (janji untuk memberi hibah).
(ii)  Mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain bagi setiap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan orang di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya berdasarkan akad al- ju’alah.
(iii)  Menjadi pengedar kepada rangkaian produk syarikat iaitu menjadi suatu entiti perniagaan berasingan di bawah syarikat jualan langsung (independent business owner).

(9)  Kriteria Produk 
(a)  Produk yang dikeluarkan oleh syarikat hendaklah terdiri daripada barang dan perkhidmatan yang halal dan bermanfaat menurut perspektif syarak.
(b)  Produk umumnya perlu merupakan produk yang berkualiti dan selamat digunakan dan mestilah dijangka secara wajar, munasabah dan adil bahawa produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli oleh pengguna sasaran tanpa mengambil kira pelan pemasaran MLM yang disediakan.
(c) Produk bukanlah sebagai “topeng” atau helah dalam urus niaga bagi mengaburi ciri-ciri skim piramid atau skim cepat kaya. Kekuatan syarikat jualan langsung adalah terletak kepada produk yang bermutu dan bukan terhadap objektif jangka pendek bagi tujuan mengaut keuntungan segera semata-mata.
(d)  Produk makanan, minuman dan barangan gunaan yang dijual oleh syarikat hendaklah mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim atau badan-badan persijilan halal yang diiktiraf oleh Jakim. Bagi menjamin sistem pengurusan syarikat adalah mengik ut prinsip- prinsip Islam, disarankan agar syarikat jualan langsung memohon piawaian MS2400:2010 Standards on Halal Logistics, MS1500:2009 Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan Pengendalian dan Penyimpanan, MS2200 Bahagian 1:2008 Barang Gunaan Islam-Bahagian 1: Kosmetik dan Dandanan Diri- Garis Panduan Umum dan MS1900:2005 Standards on Quality Management System from Islamic Perspective bagi memberi nilai tambah terhadap pengiktirafan halal bagi produk-produk syarikat terbabit.
(e)  Produk bukanlah terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh kerana melibatkan elemen riba.

(10) Harga Produk
(a) Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang dan perkhidmatan.
(b) Produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli oleh pengguna pada harga yang ditawarkan tanpa mengambil kira pelan pemasaran MLM yang disediakan.

(11) Pemberian Insentif
(a)  Pemberian insentif oleh syarikat kepada peserta boleh berupa komisen, bonus atau faedah ekonomi yang lain.
(b)  Pembayaran komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dalam perniagaan jualan langsung adalah berdasarkan prinsip al-jua`lah atau hibah.
(c)  Pemberian komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah berasaskan jualan kuantiti barang atau perkhidmatan dan bukan berasaskan perekrutan atau pengambilan peserta baharu semata- mata.
(d)  Pelan pemasaran syarikat jualan langsung dan pelan pemberian insentif yang bermatlamat perekrutan atau pengambilan peserta baharu semata-mata atau terutamanya sebagai kelayakan untuk mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain adalah mengandungi elemen money game atau perjudian yang tidak diharuskan oleh hukum syarak.
(e)  Upline berhak menerima komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada pembelian atau jualan downline berdasarkan akad ju’alah iaitu pihak-pihak yang bersepakat dalam melaksanakan sesuatu kerja (al-mushtarikun fi al-a`mal) dan syarikat sebagai pihak yang menjanjikan upah (al-ja’il) sebagaimana yang diperincikan pembahagiannya dalam pelan pemasaran syarikat.
(f)  Komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah diambil daripada keuntungan jualan produk dan/atau atas sumbangan syarikat.
(g)  Syarikat hendaklah menetapkan dengan jelas kerja yang perlu dilakukan dan natijah dan hasil yang perlu dicapai oleh peserta bagi melayakkannya mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dan mengisytiharkan syarat-syarat tersebut.
(h)  Syarikat hendaklah memberi peluang secara adil kepada semua peserta untuk mendapatkan komisen, bonus atau insentif.
(i)  Syarikat digalakkan untuk mempelbagaikan produk bagi membuka peluang kepada peserta memperbanyakkan jualan bagi tujuan mendapatkan komisen, bonus atau faedah ekonomi lain. Pendekatan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya eksploitasi sistem atau rangkaian menjadi money game.
(j)  Pelan pemasaran syarikat dan pelan pemberian insentif kepada peserta hendaklah dinyatakan secara jelas oleh syarikat dalam dokumen bertulis yang peserta diberi peluang sewajarnya untuk memahaminya sebelum memasuki akad.
(12) Pelantikan Penasihat Syariah
(a)  Syarikat hendaklah melantik Penasihat Syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang Islam yang sekurang- kurangnya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang syariah termasuk pengajian dalam Usul Fiqh dan Fiqh Muamalat.
(b)  Syarikat digalakkan untuk melantik Penasihat Syariah yang mempunyai pengalaman yang bersesuaian dalam bidang muamalat.
(c) Penasihat Syariah tidak boleh mempunyai sebarang hubungan yang boleh mempengaruhi pendiriannya dalam membuat keputusan yang bebas dengan mempunyai hubungan kekeluargaan terdekat seperti pasangan, anak atau adik-beradik dengan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat atau ahli Lembaga Pengarah; dan tidak mempunyai kepentingan saham dalam syarikat jualan langsung atau anak-anak syarikatnya.
(13) Program Latihan
(a)  Syarikat hendaklah menganjurkan program latihan bagi tujuan seperti yang berikut:
(i)  untuk memperkenalkan produk kepada peserta khususnya bagi produk yang mempunyai ciri-ciri khusus yang bersifat teknikal dan ciri-ciri khusus yang mematuhi hukum syarak; dan
(ii)  untuk memberikan pendedahan kepada peserta berhubung dengan kaedah pemasaran bagi meningkatkan prestasi jualan syarikat secara beretika dan mematuhi undang- undang.
(b)  Syarikat boleh menganjurkan program latihan sama ada secara percuma atau berbayar dengan kadar yuran penyertaan yang munasabah.
(c)  Pengendalian program latihan hendaklah bertepatan dengan prinsip-prinsip syarak termasuklah memelihara adab dan pergaulan antara lelaki dan wanita.
(d)  Bagi syarikat yang telah melantik Penasihat Syariah, Penasihat Syariah hendaklah diberi ruang yang sewajarnya untuk memainkan peranan dalam memberi latihan, bimbingan dan kefahaman 
tentang teori dan amali kepatuhan syariah di dalam perniagaan jualan langsung secara MLM kepada para peserta supaya dapat diamalkan dan dihayati oleh mereka.

(14)  Polisi Beli Balik Atau Polisi Bayar Balik 
(a)  Syarikat hendaklah menyediakan suatu kontrak bertulis yang mengandungi terma tentang polisi beli balik atau bayar balik.
(b)  Syarikat hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta dalam masa enam bulan dengan membuat pembayaran tidak kurang daripada sembilan puluh peratus (90%) daripada amaun yang dibayar.

(15)  Penarikan Diri Peserta
Mana-mana peserta boleh menarik diri daripada menyertai syarikat pada bila-bila masa berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT
10. Unsur-unsur yang dilarang dalam perniagaan jualan langsung secara berbilang tingkat atau multi-level marketing (MLM) adalah seperti yang berikut:

(1) Mengandungi Unsur Skim Piramid
(a) Skim piramid atau skim cepat kaya adalah tidak mematuhi prinsip- prinsip Syariah kerana berteraskan unsur perjudian atau pertaruhan (qimar) melalui permainan wang (money game) iaitu downline yang baharu ditaja oleh upline akan kehilangan wang penyertaan jika tidak berusaha mencari downline yang lain.
(b)  Kontrak bertulis antara syarikat dan peserta tidak disediakan.
(c)  Pelan memfokuskan kepada pencarian atau perekrutan ahli baharu (downline) semata-mata atau terutamanya dan bukan dengan tujuan menjalankan perniagaan melalui aktiviti pergerakan produk kepada pengguna-pengguna akhir secara sewajarnya.
(d)  Pendapatan peserta dan syarikat dalam skim piramid atau skim cepat kaya dijana daripada yuran penyertaan ahli baharu semata- mata atau terutamanya dan bukan hasil daripada penjualan barang atau perkhidmatan.
(e)  Pembelian wajib barang atau perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk melayakkan seseorang mendapat bonus atau faedah ekonomi lain dalam skim terhadap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan ahli di bawahnya.
(f)  Peserta tidak diberi pilihan dan dikehendaki melakukan “inventory front-loading” iaitu membeli barang atau perkhidmatan dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan boleh dijual atau digunakan dalam suatu tempoh masa yang munasabah.
(g)  Pembelian pangkat atau pembelian lebih daripada satu keahlian merupakan pendekatan yang mengandungi elemen skim piramid dan dengan itu adalah bertentangan dengan hukum syarak.
(h)  Syarikat yang menetapkan struktur pembayaran bonus mengikut susunan hierarki yang ketat tanpa membenarkan peserta melangkau upline dengan tidak mengambil kira keupayaan dan usaha sebenar peserta adalah mengandungi elemen skim piramid yang bertentangan dengan hukum syarak. 
21
(i)  Polisi bayar balik (refund) atau polisi beli balik (buy back) tidak disediakan
(j)  Tidak membenarkan peserta menarik diri daripada menyertai pelan.

(2)  Mengandungi Unsur Penipuan, Penindasan, Manipulasi dan Eksploitasi Dalam Pelan Pemasaran dan Pelan Pemberian Insentif 
(a)  Syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif adalah telus dan adil serta bebas daripada sebarang bentuk penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi yang boleh memperdaya ahli atau pengguna.
(b)  Sebarang unsur penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi oleh ahli atau pengedar dalam usaha mencari ahli baharu semata- mata atau terutamanya untuk meningkatkan sasaran pencapaian kumpulan adalah ditegah oleh hukum syarak. 
”Manipulasi” ertinya segala tindakan dan selok-belok untuk memperdaya orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari orang itu. 
”Eksploitasi” ertinya perbuatan (tindakan) mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

(3)  Mengandungi Unsur Paksaan 
(a) Usaha yang bertujuan untuk mencari ahli baharu hendaklah dibuat menerusi pendekatan dan kaedah yang telus dan berhikmah tanpa unsur paksaan yang boleh mengganggu atau mendatangkan kegelisahan dan kegusaran kepada individu yang didekati.
(b)  Selepas setiap sesi penerangan tentang profil syarikat, produk, pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif, individu yang didekati mestilah diberi ruang dan masa untuk berfikir bagi membuat pertimbangan sama ada ingin menjadi peserta atau menolak pelawaan tersebut.
(c)  Peserta hendaklah diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian dan tidak didesak untuk membeli pakej barangan tertentu untuk memenuhi kehendak jualan bagi melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim sedangkan mereka berkemungkinan tidak memerlukan beberapa barang dalam pakej tersebut atau memerlukan barang-barang yang ditawarkan dalam pakej tersebut tetapi tidak pada jumlah yang begitu banyak seperti yang ditetapkan.

(4)  Mengandungi Unsur Pembaziran 
(a)  Pembelian dalam kuantiti yang banyak tanpa justifikasi yang wajar semata-mata untuk mendapatkan bonus yang ditawarkan tanpa mempunyai strategi pemasaran yang sewajarnya.
(b)  Pembelian produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah berlandaskan kepada keperluan kepenggunaan sebenar dan/atau keupayaan untuk menjual produk tersebut.

(5)  Menjanjikan Keuntungan Tetap Tanpa Usaha
Mana-mana syarikat jualan langsung yang menjanjikan keuntungan tetap kepada peserta melalui pemberian komisen/bonus tanpa sebarang usaha yang jelas meliputi aktiviti promosi dan penjualan barang atau perkhidmatan adalah bertentangan dengan hukum syarak kerana mengandungi unsur riba.

(6) Mengandungi Unsur Syubhah
Dalam konteks perniagaan jualan langsung yang berteraskan multi-level marketing, syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasarannya adalah bebas daripada perkara yang tidak jelas atau syubhah شبهة)) dalam setiap aspek perniagaan tersebut meliputi pelan pemasaran, pemberian insentif, barang dan perkhidmatan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh Islam.

PENUTUP
Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah adalah selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid .1993Oleh itu, mana-mana perkara yang tidak dinyatakan dalam garis panduan ini, dengan itu hendaklah dirujuk kepada Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid .1993Pihak-pihak yang berkaitan hendaklah merujuk kepada garis panduan ini bagi menentukan parameter yang diharuskan oleh syariah berhubung dengan perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat.
Sumber oleh : http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/garis_panduan/2011/09/garis_panduan_mlm_20111.pdf