Ahad, 24 Oktober 2010

LAMBAKAN PRODUK DAN AYAM ROSAK

KEPADA:

SEMUA PENGURUS ZON
AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan semua Pengurus Zon adalah diarahkan untuk memastikan tidak berlaku lambakan produk sehingga produk tersebut tamat tempoh penggunaannya(expired). Pengurus zon juga adalah diarahkan untuk memastikan stok ayam dalam simpanan tidak rosak.


Sekiranya didapati terdapat lambakan produk berlaku sehingga tamat tempoh penggunaannya serta terdapat ayam yang rosak dalam simpanan, staf akan diarahkan untuk membayar balik kos tersebut secara tunai ataupun secara potongan gaji.


Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.


Sekian,harap maklum.

PENERANGAN SISTEM ONLINE DI DEWAN PUSAT OPERASI

Ucapan AGM
Sesi taaruf daripada peserta
Bacaan Mathurat sebelum bermula program
Peserta sedang khusuk mendengar taklimat sistem online
Pegawai MIS sedang memberi taklimat










Sesi taklimat dan penerangan sistem online sedang berlangsung di Dewan Pusat Operasi Zon Timur bermula pada pagi tadi iaitu pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 4.00 petang yang telah disampaikan sendiri oleh 2 orang Pegawai MIS. Insya Allah mudah-mudahan ilmu yang dipelajari daripada Staf-staf Cawangan akan dipraktikkan di cawangan masing-masing.