Ahad, 24 Oktober 2010

LAMBAKAN PRODUK DAN AYAM ROSAK

KEPADA:

SEMUA PENGURUS ZON
AL WAHIDA MARKETING SDN BHD

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan semua Pengurus Zon adalah diarahkan untuk memastikan tidak berlaku lambakan produk sehingga produk tersebut tamat tempoh penggunaannya(expired). Pengurus zon juga adalah diarahkan untuk memastikan stok ayam dalam simpanan tidak rosak.


Sekiranya didapati terdapat lambakan produk berlaku sehingga tamat tempoh penggunaannya serta terdapat ayam yang rosak dalam simpanan, staf akan diarahkan untuk membayar balik kos tersebut secara tunai ataupun secara potongan gaji.


Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan didahului dengan ribuan terima kasih.


Sekian,harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan