Selasa, 12 Januari 2010

KPJ DI KELANTAN

Hadirin sedang mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ibrahim
Staf Unit Latihan & Promosi (baju merah) sedang membuat jualan SLM dan juga turut kelihatan Staf Cawangan Pasir Pekan sedang membuat jualan MLM
Staf Cawangan Pasir Pekan sedang beramah mesra semasa pendaftaran


Ucapan syukur kepada Allah Taala yang tak terhingga kerana kita baru sahaja selesai program KPJ yang telah diadakan di Hotel Raudhah, Kelantan pada tarikh 10hb Januari 2010 baru-baru ini pada jam 9.00 malam hingga 11.30 malam. Sambutan hangat dan kehadiran yang begitu luar biasa membanjiri dewan hotel tersebut telah membuktikan bahawa ahli-ahli HPA begitu bersemangat untuk mendengar majlis ilmu (Kuliah Perubatan Jawi) yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ibrahim wakil HPA Industries Sdn. Bhd. Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli HPA,PJS-PJS dan tidak lupa juga kepada staf-staf cawangan Pasir Pekan yang bertungkus lumus membuat hebahan selama ini di cawangan mereka.

KPJ DI TERENGGANU

Hadirin sedang mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ibrahim
Staf Latihan Pusat Operasi Zon Timur sedang menjual barangan SLM mereka
Staf Cawangan Terengganu 1 & 2 sedang menjual produk jualan MLM mereka

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Taala kerana kita baru sahaja selesai program KPJ yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ibrahim selaku wakil HPA di Dewan TER, Kuala Terengganu baru-baru ini iaitu pada tarikh 9hb Januari 2010 pada jam 9.00 malam hingga 11.30 malam. Kehadiran yang luar biasa membanjiri dewan pada malam tersebut dengan kehadiran melebihi 200 orang lebih melebihi had kerusi yang telah di atur oleh pihak penganjur. Tahniah diucapkan oleh PJS-PJS dan tidak lupa juga kepada Staf-staf Cawangan Kuala Terengganu 1 & 2 yang bertungkus lumus membuat hebahan selama ini di cawangan mereka.

NOMBOR TELEFON DAN FAKS GUDANG ZON TIMUR

Nombor Telefon & Faks Gudang Zon Timur

KURSUS BEKAM UNTUK MUSLIMAH

Pihak Mutiara Hikmah Sdn. Bhd. anak syarikat HPA akan menganjurkan Kursus Bekam Muslimah yang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh: 30 (Jam 8 pg - 6ptg) hingga 31 (Jam 8 pg - 5 ptg) Januari 2010 bersamaan 14 & 15 Safar 1431H.
Tempat : Dewan Kuliah, HPA cawangan Sungai Petani
Sasaran : terbuka kepada semua ahli HPA (Muslimah shj.)

YURAN PENYERTAAN ADALAH SEBANYAK RM50.00

Makan / minum, pengangkutan, alat bekam dan penginapan adalah dibawah tanggungjawab peserta sendiri.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah mendaftarkan diri anda ke
HPA Training, IT & Multimedia (Mutiara Hikmah Sdn Bhd)

BAYARAN BOLEH DILAKUKAN MELALUI AKAUN BIMB
MUTIARA HIKMAH SDN BHD (02020010058744)

DAN FAKSKAN BUTIRAN PERIBADI ANDA
(Nama Penuh, No Kad Pengenalan, No Ahli, No Telefon, Alamat Surat Menyurat dan Bukti Pembayaran anda ke
Pejabat MUTIARA HIKMAH SDN BHD 04-4419254

ATAU MENGHUBUNGI PEGAWAI KAMI DI TALIAN 04-4419094
PUAN NORASYIKIN BALKHIS BT YAKATH ALI (019-6330727)
PUAN AZIRA BT MAMAT (019-4548727)

PRODUK BARU HPA

HPA akan memasarkan produk baru seperti di atas. Sila KLIK image di atas untuk paparan yang jelas.

SIJIL HERBALIS KE - 18

Kursus Sijil Herbalis kali ke 18 sudah kembali lagi dan membuka tirainya.