Isnin, 11 Januari 2010

PENAJAAN SEMULA PENGEDAR TIDAK AKTIF SEBELUM 2006

Berkuatkuasa serta merta, pengedar HPA tahun 2006 dan sebelumnya yang dikategorikan sebagai tidak aktif, boleh memohon untuk di taja semula oleh penaja baru. Terma dan syarat adalah seperti biasa.

Tujuan kita melakukan adalah untuk memastikan mereka yang tidak aktif (tidak pernah membeli walaupun satu produk) ditaja semula oleh mana-mana pengedar baru. Kita seharusnya melihat dari sudut yang lebih positif.

Baca seterusnya >>>

MENARA HPA DI SHAH ALAM

Alhamdulillah Menara HPA bernilai RM54 juta di Seksyen 13 Shah Alam telah siap untuk digunakan pada bulan Mac ini. Bermula Mac 2010 ini juga bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat HPA dari Kompleks AlWahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA di Shah Alam Selangor.

Pengumuman ini dibuat oleh Pengarah Urusan melalui wakilnya Ustaz Mohamad Ibrahim di Hotel dePalma Shah Alam diakhir kuliah perubatan Jawi baru-baru ini.

Ustaz Mohamad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad China merupakan orang yang diamanahkan oleh Pengarah Urusan untuk menjaga pelajar-pelajar tajaan HPA di Guangzhou. Menurutnya dalam kenyataannya semalam bahawa beliau telah mewakafkan dirinya untuk HPA. Kelebihan berceramah yang ada padanya disamping mempunyai kelulusan dari Universiti AlAzhar Mesir telah meyakinkan Tn Hj Ismail untuk mewakilkannya untuk memberi kuliah dalam Program Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang diadakan diseluruh Malaysia dan Indonesia.