Rabu, 2 Disember 2009

PERHATIAN UNTUK SEMUA CAWANGAN


PERINGATAN KEPADA SEMUA PENGURUS CAWANGAN

Merujuk kepada perkara di atas,

Arahan daripada Pengarah Urusan supaya semua cawangan HPA Zon Timur meletakkan gambar yang telah ditetapkan oleh syarikat pada Yahoo Messenger (YM) di cawangan masing-masing. Cawangan-cawangan HPA hanya perlu meletakkan gambar semua staf cawangan @ gambar bangunan cawangan masing-masing pada MY Display Image di Yahoo Messenger (YM) setiap cawangan. Begitu juga dengan mesej yang dipaparkan di Yahoo Messenger setiap cawangan hanya perlu meletakkan nombor telefon dan faks cawangan sahaja.

Sehubungan itu, semua Pengurus Cawangan diminta bertindak dengan segera berkenaan dengan perkara di atas supaya segala urusan dapat berjalan dengan sempurna yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

MILAD HPA INDONESIA

Tarikh MILAD/KONVEK: 30hb Jan 2010
Jam: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Lokasi: Jakarta Convention Centre, Jakarta

Kepada mereka yang menerima insentif ke Indonesia, surat memaklumkan akan dihantar pada tuan/puan dalam waktu terdekat.
Kepada mereka yang lain yang ingin turut serta sila hubungi HPA Ilham Holiday untuk tempahan tiket dan perjalanan pada no tel 044482717.

Perjalanan dijangka bermula pada 29hb Jan dan perjalanan akan meliputi Jakarta, Punchak dan Bandung dan akan berakhir pada 2hb feb 2010

Petikan Sumber Blog GM Al Wahida

HPA Cawangan Dungun Banjir

Inilah imej / gambar HPA Cawangan Dungun yang telah dinaiki air sejak kelmarin lagi berikutan pada musim tengkujuh dan hujan yang tidak henti-henti di kawasan Terengganu dan juga Kelantan. Walaupun air hampir membanjiri di kawasan pintu utama cawangan tersebut tidak mematahkan semangat staf-staf cawangan untuk berkerja seperti sediakala.

BAHAYA KOLESTROL


Hari ini Hari Raya Korban,seperti aidifitri disambut meriah oleh masyarakat Islam seluruh dunia,berbeza dengan aidil fitri, aidil adha bagi masyarakat Islam banyak menumpukan kepada ibadah korban yang mana yang berkemampuan akan bersedekah kepada yang memerlukan.

Selain mengerjakan ibadah korban, juadah hariraya Aidil Adha pasti menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan yang berasaskan daging.

Pastinya selepas sambutan hari raya ini,ramai yang bertambah berat badan. Pengidap darah tinggi seharusnya berhati-hati,kadar kolestrol pastinya akan bertambah. Banyak yang menyalahkan makanan bila peningkatan kolestrol,peningkatan darah tinggi dan sebagainya.

Sebenarnya atas sikap individu itu sendiri,Mencegah lebih baik dari menyembuhkan. Makan kalau tidak keterlaluan tidak membahayakan tetapi kalau makan tidak dikawal akibatnya memang buruk.

Pernah terjadi di ROMPIN,bagaimana asalnya darah tinggi biasa. Makan sup daging kemudian makan kacang tanah ,kadar darah tingginya telah naik mendadak,menjadi koma seterusnya telah meninggal dunia.

Jadi berhati-hatilah dengan makanan yang mengandungi kadar kolestrol yang tinggi,sentiasa memeriksa tekanan darah anda. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi.

Tetapi bagaimana mengurangkan kolestrol dengan cepat? Penulis cadangkan penggunaan minyak zaiton HPA yang mampu mengawal kolestrol dengan cepat. Penulis pernah menulis kelebihan minyak zaitun di

Petikan sumber blog HPA Rompin

PENUTUPAN SEMENTARA PELABURAN KO-WAHIDA

PERKELILING PENUTUPAN SEMENTARA PELABURAN KOPERASI WAHIDA HPA BHD



Tuan / Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa pada 1 Disember 2009 sehingga 31 Disember 2009 semua urusan berkaitan :

  1. Pendaftaran keanggotaan Koperasi Wahida HPA Berhad (Pelaburan Baru)
  2. Penambahan pelaburan
  • Adalah ditutup sementara waktu bagi tujuan pengurusan audit. Segala informasi berkaitan pelaburan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, diharapkan pihak cawangan dapat memaklumkan dan memberikan kerjasama berhubung dengan perkara di atas. Kerjasama dan perhatian yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
NASRUL IZZAH BINTI GHAZALI
Pengurus Koperasi Wahida HPA Berhad