WAKTU YANG TERBAIK UNTUK BERBEKAM
Diriwayatkan dari Abu Hurairah
RA, Rasulullah SAW bersabda, “barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19
dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala
macam penyakit”.
Imam Sayuti RH berpendapat bahawa berbekam pada
tanggal-tanggal seperti di atas memang baik bila badan dalam keadaan
sihat, tetapi jika orang yang berkaitan sedang sakit atau sangat
memerlukan perawatan dengan cepat, kita tidak harus mengikuti
tanggal-tanggal tersebut.
Orang-orang soleh dahulu seperti Imam Ahmad
rahmatullah alaihi berbekam apabila darah beliau sedang membengkak.
Sahabat Rasulullah SAW, Abu Musa Al Ansyari RA berbekam di waktu malam
hari.
Ibnu Sina di dalam kitabnya “Al Qanun fii Thibb” menyebut
mengenai waktu yang terbaik untuk berbekam iaitu di antara jam 2 dan 3
petang kerana pada waktu tersebut saluran darah sedang mengembang dan
darah-darah yang mengandungi toksid dangat sesuai dikeluarkan.
HARI BERBEKAM
Dari
Nafi’ dari Ibnu Umar RA yang berkata, “wahai Nafi’, berbekamlah dengan
berkah dari Allah pada hari Khamis, berupayalah menghindari berbekam
pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Berbekamlah pada hari Isnin dan
Selasa, kerana itu merupakan hari dimana Ayyub disembuhkan dari bala’
dan Allah menimpakan bala’ kepadanya pada hari Rabu, kerana sesungguhnya
penyakit kusta dan belang mulai muncul selalu pada hari Rabu atau malam
Rabu.”
Sebagai seorang herbalis Muslim, kita harus menolong
mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa, pangkat dan
golongan dengan ilmu yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita.
Berilah
sentuhan-sentuhan ilahiah serta memohon kepadaNYA, kerana berbekam
seprti juga meminum ubat hanyalah suatu cara pengubatan, sedangkan yang
menyembuhkan adalah Allah SWT yang bersifat Asy Syafi.
Disebabkan
bekam adalah sunnah Rasulullah SAW maka ianya mempunyai suatu rahsia
dan hikmah yang luar biasa dari segi pengamalannya dan bagi ummat Islam
yang yakin dengannya, pasti membawa kebaikan yang banyak.
Sabda
Rasulullah SAW, “barangsiapa menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia
mencintai aku, barangsiapa mencintai aku sesungguhnya dia bersama aku
didalam syurga” (HR Abu Daud)