Selasa, 31 Ogos 2010

RACEMOSA HPA

RACEMOSA

                                         
Produk terbaru keluaran HPA khas untuk wanita.Pembersih wanita yang dirumus khas untuk pejagaan wanita.Diformulasikan secara eksklusif untuk kebersihan,kesegaran dan keyakinan wanita serta memelihara pH bahagian sulit.Ia diperkaya dengan ekstrak herba Barringtonia Racemosa (Putat kampung) dan Cinnamomum Culilawan (Pokok teja) yang terbukti sesuai untuk:

1)Merawat keputihan
2)Memelihara kulit daripada jangkitan fungus
3)Menyeimbangkan dan mengawal kelembapan vagina

Barringtonia Racemosa  (Putat Kampung)

* Sesuai untuk masalah kulit
*Mempunyai buih asli

Cinnamomum Culilawan ( Pokok Teja)

*Mengandungi minyak asiri (ensential)
*Sesuai untuk melembutkan kulit

MAJLIS BERBUKA PUASA DI KUANTAN, PAHANG

SILA KLIK PLAY UNTUK DOWNLOAD

Majlis Berbuka Puasa telah diadakan Dewan Felda ALFA, Bukit Goh, Kuantan, Pahang pada tarikh 29hb Ogos 2010. Turut hadir pada majlis tersebut ialah, PJM/PJS Encik Jaffar Bin Abdul Ghani dan Para Leader-leader yang lain. Bermula dengan ucapan AGM Zon Timur (Ismail Bin Omar) dan tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Ustaz Azhar pada petang tersebut. Turut diadakan juga "Penyampaian Hadiah & Sumbangan" kepada anak-anak yatim.

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MARANG, TERENGGANU

SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN

Majlis Berbuka Puasa telah diadakan di Restoran Suria Rasa di Marang, Terengganu pada tarikh 28hb Ogos 2010. Antara agenda-agenda program yang diadakan pada majlis tersebut ialah, Ucapan AGM Zon Timur (Ismail Bin Omar), dan tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh PJS Ustaz Jamaluddin Al Hafiz. Turut diadakan pada majlis tersebut ialah "Penyampaian Hadiah & Sumbangan" kepada anak-anak yatim. 

Sabtu, 28 Ogos 2010

PERASMIAN RFC CAWANGAN JITRA

RFC Cawangan Jitra, Kedah 

Majlis Perasmian RFC cawangan Jitra, Kedah Darulaman akan dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA Group of Companies, Tn Hj Ismail Ahmad pada 28hb Ogos 2010 (Sabtu) jam 5.30 ptg. Turut hadir membuat persembahan kumpulan Nasyid popular Raihan.

Rabu, 25 Ogos 2010

Selasa, 24 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

KURSUS SIJIL HERBALIS KE 19

YURAN PENDAFTARAN : RM3000

Sila Buat Bayaran Ke Akaun Seperti Butiran Berikut :
Bank : BIMB (Bank Islam)
No. Akaun : 090 100 100 02734
Nama : Ismail Bin Ahmad

Pendaftaran & Maklumat Boleh Hubungi:
Norasyikin : 019-6330727
Azira : 019-4548727
Zaki : 013-3005419
DOWNLOAD BORANG Klik Sini


TERHAD KEPADA 50 ORANG SAHAJA

Isnin, 23 Ogos 2010

MONTAJ IKLAN SIJIL HERBALIS




SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN

SIARAN LIVE HPA RAIHAN TV9

SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN

DAGING MC DONALD HARAM @ TAK HALAL

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.
Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim).

Sabtu, 21 Ogos 2010

INFO TERBARU DARI MIS


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

MAJLIS BERBUKA PUASA BAGI KAWASAN KELANTAN




SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN
 



Majli berbuka puasa bagi kawasan Kelantan telah diadakan di Dewan RFC Cawangan Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pada tarikh 19hb Ogos 2010. Para-para PJS juga tidak ketinggalan dalam majlis tersebut. Majlis bermula pada pukul 6.00 petang sehingga pada pukul 8.00 malam. Turut diadakan dalam program tersebut penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim. Pihak kami mengucapkan kepada anda semua "Selamat Berpuasa & Selamat Menjalani Ibadah Puasa"


 

SISTEM SOFTWARE CAWANGAN ONLINE


Assalamualaikum kepada Staf-staf Cawangan yang dikasihi, HPA kini telah mengorak langkah maju ke hadapan dengan adanya Sistem Online ini dapat melancarkan lagi segala urusan di cawangan berbanding sistem yang lama. Setakat ini, dua buah cawangan yang kini telah di install Sistem Online tersebut iaitu Radix Bakery House & HPA Cawangan Jengka. Oleh itu, diharapkan Staf-staf Cawangan agar bersedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya untuk pihak kami menginstall kan Sistem Online ini. Pastikan anda mempunyai Software Team Viewer untuk memudahkan urusan ini. Sekian terima kasih.


"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA"

Jumaat, 20 Ogos 2010

IKLAN JAWATAN KOSONG HPA


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

SIJIL HERBALIS KALI KE 19

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar dan jelas


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

KENALI HERBA KITA

Senna Makkiyah


-Pohon yang banyak tumbuh di Negara-negara timur.
- Bersifat pelawas (di gunakan dalam sinergi herba pelawas, minuman asiatica plus)
- Segelintir pengamal pengubatan traditional menggunakan herba ini 100%. Kesan sampingan: melemahkan peristaltic usus yang akhirnya perlu bergantung kepada herba-herba pencahar…
- Juga digunakan untuk rawatan migrain kerana salah satu punca berlakunya migraine adalah disebabkan sembelit.
2) Senduduk (Melastoma malabathricum)
- Terdapat putih-putih pada akar yang berfungsi untuk rawatan penyakit keputihan.
- Senduduk gajah digunakan dalam herba keputihan HPA. Bahagian digunakan: akar.
- Bahagian akar ini juga bersifat menurunkan hypoglycemic (menurunkan kadar glukosa yang sangat tinggi)
- Sekiranya akar herba ini diambil secara rebusan maka dos maksimum yang dibenarkan adalah secamca besar pagi & malam sahaja.
Tujuan: memberikan tenaga; diberikan kepada orang yang baru sembuh dari demam; juga baik untuk strok (Herba ini turut dimasukkan dalam herba rebusan lumpuh); menghentikan luka; daun & buah boleh digunakan untuk sakit perut.

Khamis, 19 Ogos 2010

AYAT PUASA

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.    
  

MEMO KOPI STAF


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS!!!

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA


Merujuk kepada Bab 6 Makanan dan Minuman Perkara ke 7.Status Kesucian Ikan Yang DiBeri Makanan Tidak Halal

Keputusan:
Ikan yang dipelihara di dalam kolam ternakan dan seumpamanya adalah haram di makan sekiranya ikan tersebut sengaja dipelihara didalam air najis atau sengaja diberi makanan najis seperti daging babi, bangkai atau sebagainya.

RUMUSAN GM
Ternyata sebahagian besar kolam ikan dinegara kita di pelihara oleh mereka yang tidak memahami mengenai HALAL. Maka terlalu banyak kolam ikan yang diberi makanan seperti daging babi, bangkai ayam dan sebagainya. Ada yang memasukan najis tahi lembu sebagai pemakanan tambahan kepada ikan tersebut.

Sekadar renungan buat peminat IKAN KELI atau LELE dalam bahasa Indonesia.

Rabu, 18 Ogos 2010

TEMPAHAN STICKER KERETA HPA

Dapatkan Sticker Kereta Berlogo & Bertulisan HPA Industries Sdn. Bhd. di talian : 014-8463283 (Khairul) Sila buat hebahan di cawangan-cawangan anda !!!
 Harga seunit : RM 3.50

HERBALOGI

Perubatan herba merupakan di antara
kaedah perubatan tertua di dunia serta melibatkan penggunaan oleh sebanyak 80%
...komuniti dunia. Pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan sebagai ubatan telah
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.


Hari ini para herbalis telah menggabungkan di antara pendidikan klinikal dan

pengetahuan lampau dengan kajian-kajian terbaru bagi menghadapi dunia moden
serta komtemporari. Ia juga turut diperlengkapkan lagi dengan kebolehan
melakukan diagnosa samada oleh herbalis ataupun dengan bantuan alatan tertentu.


Herbalogi membawa pendekatan holistik di mana tidak berfungsinya satu bahagian

tubuh menyebabkan ketidakseimbangan di bahagian lain. Jika tubuh tidak upaya
melakukan kesimbangan semula maka timbullah penyakit. Di dalam diri manusia
terdapat kekuatan penyembuhan yang datang daripada faktor spiritual, mental,
emosi dan fizikal.


Herbalis melihat pesakit secara unik, tidak ada penyakit yang sama untuk semua

orang. Dengan kaedah diagnosa dan sejumlah pertanyaan; seorang herbalis mencari
petunjuk yang menyebabkan keluhan pesakit. Ini bererti sesuatu yang baik untuk
seseorang pesakit mungkin tidak berapa sesuai untuk pesakit lain.


Tujuan pengambilan herba ialah untuk membantu penyembuhan fitrah dan mengembalikan

keseimbangan tubuh, bukan hanya untuk menghilangkan gejala atau simtom
penyakit. Ubat atau penawar yang diberikan berbeza bergantung kepada apa yang
diperlukan untuk mendorong tubuh menjadi normal. Herbalis perlu berkeyakinan
bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya sepertimana yng telah diberitahu oleh
Rasulullah SAW sejak dahulu lagi.

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA


 GETIR

Masih rasa getir dan gentar?
Rasa putus asa? Berseorangan di jalan ini?

Sedarlah diri, nafsu dan syaitan bisa menganggumu…
Cuba mengugah semangat dan kekuatanmu..
Melemahkan sifat istiqamah yang sering turun naik…
Gangguan yang tidak akan berakhir hingga kiamat.
Itu janji Iblis pada anak Adam…

Jadi mengapa membiarkan kelemahan itu menguasaimu?
Sedangkan hakikat terbentang di hadapan..
Walaupun sepahit mana hakikat itu, namun itulah ketetapanNya..

Tidak kah engkau diri mengenali Khaliqmu?
Al-Nur? Al-Fattah? Al-Tawwab? Al-Hadi? Al-Ghaffar…
Yang sering engkau akui tapi tidak engkau selami..
Betapa Allah itu sedia di sisimu..
Tidak pernah letih mendekatimu..
Cuma kau tidak sedari kerana kecewamu pada fitrah diri..
Sedangkan Dia lah Al-Basit, Al-Rafi’ dan Al-Adl..

Fitrah yang menjadi hujahmu itu hanyalah fatamorgana dunia..
Walhal kekuatan itu terletak di Hati yang diikat pada tali Tuhan.
Kebergantungan mu kepada Nya yang menentukan taraf
Keterikatan hati..

Terikat kejernihan hati yang lahir dari cecahnya dahi ke pangkuan Ilahi,
Serta ringannya tapak tangan diangkat kepada yang Maha Esa..
Bersama titisan air mata sesalan dosa yang tak pernah berhenti.
Cukup, berhentilah memandang persekitaranmu, teruskan ke
destinasi cinta terkahir yang pasti..

IKLAN PENGAMBILAN PELAJAR MANHAL

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

Kepada staf-staf cawangan, sila pastikan print dan tampalkan iklan tersebut di cawangan anda untuk dihebahkan kepada Ahli-ahli HPA. Sekian terima kasih.

Selasa, 17 Ogos 2010

TEMPAHAN BISKUT RAYA







SILA DOWNLOAD UNTUK FILE DI ATAS !!!

BULETIN CAWANGAN

Sila KLIK untuk paparan yang besar dan jelas

Isnin, 16 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT ZON


Majlis Berbuka Puasa akan diadakan di setiap negeri peringkat zon ( 3 negeri - Kelantan, Terengganu & Pahang ) anjuran Pihak Pengurusan HPA Zon Timur. Butir-butiran adalah seperti berikut :

Bagi Kawasan Kelantan:

Tarikh : 19hb Ogos 2010
Tempat : Dewan RFC Cawangan Kubang Kerian, Kota Bharu
Masa : Berkumpul pada jam 6.00 petang


Bagi Kawasan Terengganu:

Tarikh : 28hb Ogos 2010
Tempat : Akan Dimaklumkan Kemudian
Masa : Akan Dimaklumkan Kemudian


Bagi Kawasan Pahang:

Tarikh : 29hb Ogos 2010
Tempat : Akan Dimaklumkan Kemudian
Masa : Akan Dimaklumkan Kemudian


"SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA PUASA"



Ahad, 15 Ogos 2010

ILLUSI MATA KURNIAAN ALLAH

Cuba lihat pada 3 TITIK di kalimah ALLAH selama 10 SAAT sambil berselawat dan alihkan pandangan anda
pada dinding kosong selama 10 SAAT juga. Anda akan kelihatan keajaibannya. SUBAHANALLAH
rasa sangat KAGUM dengan ilusi mata kurniaan-Nya ini. Sebarkan pada saudara anda...

PENGUMUMAN KENAIKAN HARGA UBAT GIGI HPA

Berikut adalah kenaikan harga Ubat Gigi Herba HPA yang berkuatkuasa pada hari Isnin 16hb Aug 2010 ini.

(Semenanjung Malaysia)
Harga Pengedar RM 5.60
PV/NM 2.00
Harga Pengguna RM 6.50
Harga di Sabah dan Serawak bagaimanapun kekal seperti dahulu.

Kenaikan tersebut adalah disebabkan kerana berlaku kenaikan kos pembekalan. Namun demikian harga Ubat gigi Herba HPA masih lagi di tahap yang murah jika dibandingkan dengan ubat gigi pasaran.

Semua Pengurus Zon, Pengurus MIS & Pengurus Cawangan dan semua Agen Stok sila ambil perhatian.


Jumaat, 13 Ogos 2010

TAKWIM BERBUKA PUASA BAGI NEGERI KELANTAN

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar dan jelas

Rabu, 11 Ogos 2010

SISTEM SOFTWARE CAWANGAN BAKAL DIGUNAKAN DI CAWANGAN

HPA INTEGRATED SYSTEM memudahkan urusan jualan di cawangan HPA

Selasa, 10 Ogos 2010

WAKTU KERJA BULAN RAMADHAN

1. PEJABAT OPERASI / GUDANG

ISNIN-KHAMIS & SABTU

8.00-8.30 PAGI : SOLAT SUNAT DHUHA & TADARUS AL QURAN
8.30-1.00 TGHR : WAKTU OPERASI
1.00-1.30 TGHR : WAKTU REHAT DAN SOLAT ZOHOR
1.30-4.15 PTG : WAKTU OPERASI

JUMAAT

8.00-8.30 PAGI : SOLAT SUNAT DHUHA & TADARUS AL QURAN
8.30-12.30 TGHR : WAKTU OPERASI
12.30-2.30 PTG : WAKTU REHAT DAN SOLAT JUMAAT/ZOHOR
2.30-4.15 PTG : WAKTU OPERASI

2. CAWANGAN / HALAL MART / KIOSK

SHIF PERTAMA : 8.00 PAGI - 4.00 PTG
SHIF KEDUA : 9.30 PAGI - 5.30 PETANG

Pihak Pengurusan Mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menunaikan Ibadah di Bulan Ramadhan. Semoga amalan ibadah kita pada kali ini akan diberkati oleh Allah Taala.

PROMOSI HEBAT HPA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

Isnin, 9 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

Sabtu, 7 Ogos 2010

SEMBELIHAN AYAM DI PUSAT PENYEMBELIHAN AYAM

Pada 21 Julai 2010 jam 1.00pagi, seramai 16 orang kakitangan JAWI,JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang dilawati oleh mereka ialah kawasan Beringin Jinjang, dan berakhir sekitar jam 4 pagi. Perhatikan dengan baik sembelihan ayam yang mungkin dimakan kita seharian selama ini. HALAL atau HARAM?



Setiap ayam disembelih diperiksa sama ada mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat.


,


Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini.


Ayam Cucuk
Dipercayai dilanggan oleh restoran melayu dan penjual sate



Dilanggan oleh Restoran Pappa Rish.

Fikir-fikirkan Halal Haram makanan seharian kita. Beralihlah kepada Ayam Organik HPA yang Halal lagi Bersih. Dapatkan segera di cawangan-cawangan berhampiran anda.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Khamis, 5 Ogos 2010

CHLOROPHILL DROP HPA

Produk HPA kali ini (klorofil)merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah,seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal .(rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).

Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi)yang di jual dipasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng"alkali"kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.

"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contuh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari.
InsyaAllah.
Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA kedalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++.Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil.Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini.

Air dari filter Dew HPA ialah pH 9.++.Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA. Selamat Mencuba..

BASIKAL MESRA ALAM HPA

Inilah basikal mesra alam HPA. Ringan dan harga yang murah...boleh didapati di Outlet HPA diseluruh negara. Nantikan kemunculannya. Insyallah beli basikal HPA juga dapat nilai mata.

IKLAN PENGAJIAN HADIS SOHEH BUKHARI

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

Rabu, 4 Ogos 2010

PRODUK BARU HPA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

Isnin, 2 Ogos 2010

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA : SEMPENA BULAN RAMADHAN

HADIS PALSU DOA JIBRIL AWAL RAMADHAN


Sila hentikan penyebaran hadis palsu yang telah disebarkan!!!!

Hadis yang disebarkan berbunyi begini:


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "



Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
*****Hadis ini telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah*****

PENYEMBELIHAN YANG SEMPURNA MENGIKUT SYARA'

SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN !!!

PBC ZON TIMUR

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

Ahad, 1 Ogos 2010