Rabu, 18 Ogos 2010

HERBALOGI

Perubatan herba merupakan di antara
kaedah perubatan tertua di dunia serta melibatkan penggunaan oleh sebanyak 80%
...komuniti dunia. Pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan sebagai ubatan telah
diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.


Hari ini para herbalis telah menggabungkan di antara pendidikan klinikal dan

pengetahuan lampau dengan kajian-kajian terbaru bagi menghadapi dunia moden
serta komtemporari. Ia juga turut diperlengkapkan lagi dengan kebolehan
melakukan diagnosa samada oleh herbalis ataupun dengan bantuan alatan tertentu.


Herbalogi membawa pendekatan holistik di mana tidak berfungsinya satu bahagian

tubuh menyebabkan ketidakseimbangan di bahagian lain. Jika tubuh tidak upaya
melakukan kesimbangan semula maka timbullah penyakit. Di dalam diri manusia
terdapat kekuatan penyembuhan yang datang daripada faktor spiritual, mental,
emosi dan fizikal.


Herbalis melihat pesakit secara unik, tidak ada penyakit yang sama untuk semua

orang. Dengan kaedah diagnosa dan sejumlah pertanyaan; seorang herbalis mencari
petunjuk yang menyebabkan keluhan pesakit. Ini bererti sesuatu yang baik untuk
seseorang pesakit mungkin tidak berapa sesuai untuk pesakit lain.


Tujuan pengambilan herba ialah untuk membantu penyembuhan fitrah dan mengembalikan

keseimbangan tubuh, bukan hanya untuk menghilangkan gejala atau simtom
penyakit. Ubat atau penawar yang diberikan berbeza bergantung kepada apa yang
diperlukan untuk mendorong tubuh menjadi normal. Herbalis perlu berkeyakinan
bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya sepertimana yng telah diberitahu oleh
Rasulullah SAW sejak dahulu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan