Sabtu, 25 Februari 2012

POSTER SIJIL HERBALIS EKSPRESS

Sila KLIK image untuk paparan yang besar

TV MALAYSIA ONLINE

RFC LEBAR SAYAP KE LEMBAH KLANG

NURAINN AZHAR
24 Februari 2012
RFC lebar sayap ke Lembah Klang
Syarikat maka­nan segera keluaran Bumiputera, Radix Fried Chicken (RFC), yang bernaung di bawah HPA melebarkan sayap menerusi pembukaan cawangan baru di Shah Alam dan bakal memilih Sungai Buloh dan Bangi bagi melengkapkan tiga cawa­ngan keseluruhan di Lembah Klang, Mei tahun ini.

Penolong Pengurus Besar Pusat Antarabangsa HPA, Abdul Samad Ayob berkata, pembukaan cawangan pertama itu melibatkan kolaborasi antara RFC dan usahawan di mana 80 peratus daripada menu dihidangkan berasaskan ayam.

Menurutnya, se­­­lari pembukaan pertama di Lembah Klang, RFC menyajikan 12 menu utama termasuk tiga menu baru seperti bubur, sotong goreng, ‘onion ring’ dan setiap tiga bulan, menu baru akan dikeluarkan.

“Menu yang disajikan diproses menggunakan produk HPA, malah bekalan ayam juga diternak di ladang kami. Antara negeri telah dipelopori adalah Perlis, Kedah, Ipoh, Kelantan, Terengganu dan Melaka dengan purata jualan bulanan bagi sembilan cawangan mencecah RM200,000.

“RFC optimis mencapai purata jualan sehingga RM300,000 setiap bulan berikutan sambutan baik daripada pelanggan. Kewujudan RFC akan menjadi platform makanan segera dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena perasmian cawangan baru di Shah Alam.

Abdul Samad berkata, sejajar peningkatan jualan, RFC juga merancang menembusi pasaran Indonesia dalam masa dua tahun.

Beroperasi bermula jam 10 pagi hingga 12 malam, RFC turut menyediakan perkhidmatan pandu lalu di cawangan Kedah.