DUA program mega awal  tahun ini bakal menjadi peledak kepada  penguasaan perniagaan syarikat pelbagai peringkat (MLM) berasaskan  syariah, HPA Industries Sdn Bhd (HPA) di Malaysia dan Indonesia.
  Program menghargai pengedar, Milad Indonesia pada 16 Januari ini di  Sport Mall, Kelapa Gading, Jakarta dan Konvek Malaysia di Pusat  Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 5 Februari depan bakal  menjadi pembakar semangat kepada hampir satu juta ahli HPA di kedua-dua  negara itu menggempur produk syarikat berkenaan.
Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, Konvek dan Milad adalah program tahunan syarikat berkenaan yang terkenal dengan produk jenama Radix untuk menghargai pengedar mereka.
  Menurutnya, pada majlis itu, pelbagai insentif diberikan kepada  pengedar cemerlang dan melepasi sasaran syarikat, sekali gus menerima  ganjaran dijanjikan.
“Program ini bagi menghargai sumbangan mereka terhadap pencapaian syarikat pada tahun lalu.
“Ini kali kedua PICC dipilih sebagai lokasi di Malaysia selepas 2007 manakala pada 2009, Konvek diadakan di MAEPS, Serdang,” katanya.
  Antara insentif sebelum ini adalah ganjaran wang tunai, kereta,  pakej haji dan umrah selain pakej pelancongan dalam dan luar negara  hingga ke Sepanyol dan Australia.
Bagi program Konvek dan Milad kali ini, ganjaran diberikan dijangka menarik berdasarkan perkembangan HPA kebelakangan ini.
  Mengenai operasi di Indonesia, beliau berkata, HPA kini semakin  berkembang pesat di negara jiran itu dengan pembukaan lebih banyak  cawangan selain penghantaran produk yang sebelum ini tidak ada di  republik berkenaan.
Sila KLIK untuk paparan yang besar 
Katanya, terbaru, enam jenis herba berbentuk softgel dihantar ke Indonesia.
“Penerimaan masyarakat Indonesia terhadap Kopi Radix juga luar biasa,” katanya.
Selain Kopi Radix, HPA terkenal dengan produk herba selain restoran makanan segera berasaskan makanan organik seperti Radix Fried Chicken, Radix Chicken House, Radix Pizza House, Radix Bakery House dan Radix Oriental Cuisine.