Khamis, 19 April 2012

PROGRAM PKLP & RAWATAN DI HPA CAWANGAN JERTEH


DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

INFO PENYAKIT BUASIR


Faktor-faktor di bawah boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir :
  • Keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang ada penyakit buasir
  • Wanita Mengandung
  • Batuk yang melampau dan berpanjangan boleh juga membawa kepada penyakit buasir
  • Meneran semasa membuang air besar
Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasir
  • Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
  • masalah sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
  • Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
  • Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
Herba yang disyorkan: SET Colon Cleansing + Ficus + Madu Asli + Minyak But2
Buasir merupakan benjelon yang berlaku di selaput lendir rektum ataupun pada kulit dubur. Masalah sembelit merupakan antara punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.
Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya masalah buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam produk ini.
SERTA DISENERGIKAN DENGAN Set colon cleansing merupakan sinergi yang sangat baik bagi menjaga kesihatan usus kita. Terdiri daripada sinergi 3 Herba iaitu Herba Spirulina, Herba Tuju Angin dan Herba Pelawas.