SEBARANG ADUAN @ PERTANYAAN MASALAH, BOLEHLAH MENGHUBUNGI HPA CALL CENTER DI TALIAN :
RAWATAN BEKAM ISLAM AL-HIJAMAH. SEBARANG TEMU JANJI BOLEH MENGHUBUNGI DI TALIAN 014-8463283
Rabu, 14 April 2010
Isnin, 12 April 2010
Ahad, 11 April 2010
PENGAMBILAN PELAJAR MANHAL
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma secara Penuh Masa di Manhal-HPA (Sg. Petani) bagi sesi kemasukan Julai 2010 dalam bidang :
- 1. DIPLOMA SYARI’AH ISLAMIYAH
- 2. DIPLOMA USULUDDIN
- 3. DIPLOMA TAKHASSUS QIRAAT
Syarat Kelayakan :
- Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia
- Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran DAN lulus mana-mana 2 mata pelajaran berikut ;
- Pendidikan Islam
- Tasawwur Islam
- Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Bahasa Arab Komunikasi, ATAU
- Lulus salah satu pengajian peringkat sijil berikut :
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau
- Sijil Tinggi Agama yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri, atau
- Sijil Empat Thanawiy, atau
- Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama serta diperakui oleh pihak Manhal-HPA, atau
- Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (bagi bukan warganegara) yang diperakui oleh pihak Manhal HPA.
Permohonan boleh dikemukakan menggunakan borang yang boleh didapati
di mana-mana cawangan HPA atau muat turun melalui web : http://www.hpa.com.my/manhal/manhal.zip
Hantarkan permohonan lengkap bersama dokumen yang diperlukan kepada :
BAHAGIAN KEMASUKAN/RAKOD PELAJAR
Pengurusan Maahad Al-Ihsaniah (Manhal-HPA Sg. Petani)
No. 11, Tingkat 1, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya, 08000 Sg. Petani, Kedah
Tel : 04-4419094 Faks : 04-4419254
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MEI 2010
Sabtu, 10 April 2010
KULIAH PERUBATAN JAWI DI KELANTAN
Kuliah Perubatan Jawi telah diadakan di Hotel Raudhah, Kota Bharu Kelantan yang bertarikh 08hb April 2010 baru-baru ini yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Bin Ibrahim (Ustaz Mat Cina). Kehadiran yang memberangsangkan di ruangan dewan hotel tersebut telah membuktikan bahawa komitmen dan kecintaan ilmu-ilmu herba yang telah ditunjukkan oleh PJS-PJS, Leader-leader dan juga semua ahli-ahli HPA. Tahniah diucapkan.
Rabu, 7 April 2010
PENAPIS AIR DEW WATER FILTER
- Bonus bulanan pengedar AWM RM 500 ke atas
- Belian 1 unit sahaja bagi 3 bulan
- Pengesahan dari Penjamin
| JUMLAH | TEMPOH BAYARAN 3 BULAN | ||
| BELIAN | 1 | 2 | 3 |
| 825.00 | 275.00 | 275.00 | 275.00 |
Isnin, 5 April 2010
KULIAH PERUBATAN JAWI
HPA SERTAI JUALAN PROGRAM JUARA RAKYAT
Sila KLIK PLAY untuk menonton
Khamis, 1 April 2010
PENJUALAN ZON
Penjualan di Zon timur dan zon utara kini sama setanding. Peningkatan jualan harian melebihi rm145k sering beriringan dan pembukaan cawangan-cawangan baru di Utara nampaknya lebih pesat dibandingkan Zon Timur. Namun bagitu prestasi jualan cawangan setempat pula menampakan Zon Pantai Timur lebih menyerlah. Dikira daripada jumlah PBC pula mendapati sama-sama rancak dengan kepimpinan yang kebanyakanya menjurus kepada penghayatan ugama.
Foto: HPA Cawangan Kuala Terengganu 1 di Bukit Kecil (Dekat JPJ Terengganu) diatasnya terdapat homestay HPA sebanyak 4 bilik dan Dewan HPA. No Tel Cawangan : 09-6229519
ALBUM HPA RAIHAN LARIS
PENJUALAN album Musafir Perjuangan, buah tangan terbaru kumpulan nasyid terkenal, Raihan mendapat sambutan cukup menggalakkan apabila setakat ini sudah mencecah 12,000 unit selepas dua minggu berada di pasaran di seluruh negara.
Ketua kumpulannya, Che Amran Idris, berkata album ke-10 daripada Raihan itu turut memuatkan lagu termasuk Nun Disana, Musafir, Tanpa Agama, Allah Is Coming dan God Is Light menerima sambutan baik daripada peminat tanah air.
“Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album kami adalah lagu nasyid lama yang dirakamkan semula supaya peminat dapat mengenali dan mengingati konsep yang dibawa oleh Raihan.
“Sambutan yang diterima sejak pelancaran pada 17 Mac lalu memang menggalakkan dan kami amat bersyukur dengan penjualan album setakat ini,” katanya ketika mengadakan majlis ramah mesra bersama media di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Turut hadir tiga ahli Raihan yang lain, Abu Bakar Md yatim, 40, Amran Ibrahim, 38, dan Zulfadli Mustaza, 25. Mengenai sambutan peminat Raihan di Kelantan, Che Amran bersyukur apabila jualan bagi album berkenaan hampir mencecah 2,000 unit setakat ini, satu jumlah yang boleh dibanggakan. “Sambutan yang diberikan oleh peminat kami sepanjang promosi di Kelantan amat meyakinkan dan setakat ini, jualan album yang berjaya dikutip hampir 2,000 unit . “Dengan sambutan yang memberangsangkan ini, Insya Allah kami akan membuat cetakan kedua bagi memenuhi permintaan peminat di tanah air,” katanya. Selain itu, Che Amran berkata, pengedaran album itu dilakukan hasil gandingan Raihan bersama Syarikat HPA, Warner Music dan juga Wahyu Suci. “InsyaAllah pada penghujung April ini, kami akan melancar serta mengedarkan album ini di pasaran Indonesia iaitu di Jakarta dan Semarang, manakala pada bulan Mei kami akan ke Perth, Australia. “Kami juga akan menghadiri Festival Muzik di London pada Jun ini, selain itu ke Melbourne dan Sydney pada bulan berikutnya, tujuan kami membawa album kami ini ke Indonesia adalah disebabkan pasarannya yang luas dan sambutan penduduk yang amat menggalakkan sebelum ini,” katanya.
MAJLIS TANDA TANGAN PERSETUJUAN PEMBELIAN MENARA HPA
Majlis bersejarah. Majlis tanda tangan persetujuan pembelian Menara HPA di Shah Alam. Berharga RM60 Juta
Pada : 6hb April 2010 Masa : 11.00 Pagi.
Tempat : Perkarangan Menara HPA, Lot 1065 dan 1066, Phase 19, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business park, Sek 13 40100 Shah Alam, Selangor
Kehadiran: Pengarah Urusan HPA, Pengarah Urusan SME BANK, PENGARAH URUSAN TTDI
Semua dijemput hadir.











