Khamis, 3 Jun 2010

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA


Renungilah...

"Perhatikanlah kejujuran,dan apabila kamu memandang bahawa kebinasaan berada di dalam kejujuran, maka sebenarnya di dalamnyalah keselamatan.."

"Jgn melihat apa yg telah kamu usahakan, sebaliknya lihatlah apa yg belum kamu selesaikan.."

"Kekadang, Dia memberi sebelum kita sempat menadah tangan untuk meminta, kerana Dia sangat mengerti keperluan hambaNya"

"Kekadang..Dia mengambil semula sebelum sempat kita bersedia,kerana hendak mengukur tahap keimanan kita kepadaNya; Pabila permintaan hamba tidak diperkenankanNya,bukan bermakna Dia tuli dan tidak mendengar rintihan hambaNya; Ada hamba yg dikasihi dibiar terlantar kesakitan...dibiar susah dan miskin, kerana cara itulah Dia mentarbiah hambaNya; Diberikan ujian utk mendekatkan si hamba kepadaNya, dan melebarkan jalan buat si hamba dalam kembara menuju Syurga nan Abadi..."

KURSUS FROZEN STAF CAWANGAN



SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

MEMO LARANGAN LAYARI WEB HPA

Sila KLIK memo di atas untuk paparan yang jelas

MEMO KOKO MINDA

Sila KLIK memo di atas untuk paparan yang jelas

Selasa, 1 Jun 2010

INFO PENGARAH URUSAN

Pastikan setiap rumah ada video profail HPA . Ini akan lebih meyakinkan bahawa pilihan anda bersama mlms HPA adalah pilihan yang bijak. Selepas anda telah melihatnya, pinjamkan pada teman2,jiran,saudara mara yang belum lagi mengenali HPA. Mudah-mudahan kita sama berdoa agar terbuka hati mereka untuk bersama HPA nanti . Klik Video program HPA seluruh dunia akan banyak di pasarkan nanti , pastikan anda tidak ketinggalan membuat koleksi yang akan menjadi sejarah peniagaan kita bersama.

Baca Lagi>>>

INFO PENGARAH URUSAN

Kuliah ini dijalan bersiri dari bulan ke bulan samada disampaikan langsung oleh pengarah urusan ataupun pensyarah yang berkelayakan. Mereka yang mahu memahami sepenuhnya hendaklah memastikan tidak ada kuliah yang ketinggalan. Kuliah pertama yang telah ddiselaraskan ialah tentang 4 unsur dan herba pelawas,malac,tuju angin,madu,habatusaudah dan spirulina.

Baca Lagi>>>

INFO DARI PENGARAH URUSAN

Petikan Facebook Pengarah Urusan : @perubatan jawi

No.1) Peningkatan kualiti kopi radix menggunakan gula perang menggantikan gula putih dan lebih sesuai untuk pesakit kecing manis. Akan segera berada di pasaran.

No.2) Peningkatan kualiti kopi radix menggunakan gula perang menggantikan gula putih dan lebih sesuai untuk pesakit kecing manis. Akan segera berada di pasaran.


Baca Lagi>>>

PERASMIAN KILANG MAKANAN TERNAKAN AYAM ORGANIK

29hb Mei 2010: Perasmian Kilang Makanan Ternakan(Ayam) – HPA-KMT,Di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah pada jam 10.00 pagi tadi.Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin dan doa selamat
dan ucapan dari Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES Sdn Bhd yg juga pengasas Perubatan Jawi. Turut hadir PU2, PJS, ahli HPA dan Staf HPA.

Baca Lagi>>>

JUAL AYAM TAK HALAL, TESCO DISAMAN RM 1.6 JUTA

Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

“Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam,” katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama

Sabtu, 29 Mei 2010

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA


Millatfacebook cabar Facebook



2010/05/29

Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli. “Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24. “Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim. Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an. Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB. Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Rabu, 26 Mei 2010

HIC (HPA INTERNATIONAL CENTER)



SILA TAMPAL DI CAWANGAN ANDA!!!

MEMO BLOG MIS

Sila KLIK memo di atas untuk download

Selasa, 25 Mei 2010

PILIHAN FAKS DI PUSAT OPERASI



SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

HALAL MART KUBANG KERIAN

HPA Halal Mart

Kini HPA Halal Mart telah pun beroperasi. Alhamdulillah sekali lagi kita telah menambah bilangan pembukaan cawangan kepada 37 buah (termasuk Halal Mart Kubang Kerian). Dengan adanya Halal Mart seumpama ini, memudahkan lagi orang ramai mendapatkan produk halal di kawasan Kubang Kerian. Insya Allah...

No Telefon : 09-7603092
No Faks : 09-7603091
Email & YM : halalmart_kubangkerian@yahoo.com

Sila klik PLAY untuk tontonan

INFO DARI PENGARAH URUSAN

Dari Manila ke Fak Fak

Freesia

Jadi...HIC

SILA KLIK MANA-MANA PILIHAN DI ATAS !!!