Khamis, 16 September 2010

TAWARAN PEMASARAN PRODUK

HPA Industries Sdn Bhd mempelawa semua usahawan muslim yang ada produk bagi menjadikan MLMS HPA sebagai rangkaian pemasaran seluruh negara. Jika berminat sila e mailkan ke alamat : rektor_kpj@yahoo.com untuk dihantar syarat syaratnya.

TEMUDUGA JAWATAN DI HPAIC

Sesi Temuduga terbuka (pelbagai jawatan) bagi pengambilan staf HPAic, Sekyen 13 Shah Alam akan diadakan
di HPA CWGN SHAH ALAM, NO 2-14-01, JLN LAZUARDI 7/29, SECTION 7, SHAH ALAM
pada jumaat 17 Sept 2010, jam 2:30 ptg.
Bagi mereka yg berminat, Sila bawa resume & salinan sijil berkenaan.

Rabu, 15 September 2010

MEMO ANTI PIMPLE CREAM HPA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

Selasa, 7 September 2010

SALAM AIDIL FITRI DARIPADA STAF OPERASI ZON TIMUR

Pihak Pengurusan HPA Zon Timur mengucapkan Selamat hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua Staf-staf Cawangan, Ahli-ahli dan juga Leader-leader.

MEMO PRODUK BARU HPA



SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

INFO DARI GM ALWAHIDA

Salam kepada semua PENGURUS ZON.

Bagi memenuhi keperluan ayam menjelang Idul Fitri yang di jangka pada 10hb Sept 2010(jumaat), maka semua pergerakan kenderaan frozen ayam di jalankan 24 jam. Pastikan penghantaran topup dilakukan ke semua cawangan walaupun pada waktu malam.

Pengurus zon dikehendaki mengatur dan mengarahkan cawangan menerima penghantaran ayam tanpa mengira waktu.

PERJALANAN LORI KENDERAAN BERAT MAKANANAN ADALAH DIBENARKAN OLEH JPJ SEMASA OPS IDUL FITRI.

Isnin, 6 September 2010

UCAPAN HARI RAYA DARIPADA PENGARAH URUSAN HPA

4 SEP 2010: Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin dari kami seluruh warga kerja HPA kepada sekelian mereka yang telah mendokong HPA dan bersama-sama memperjuangkan produk halal di mana sahaja kalian berada.”teruskan perjuangan tanpa mengenal lelah sehingga tidak ada lagi produk haram di rumah orang Islam”.amin
2.HPA menyiapkan stok ayam organik radix yang mencukupi untuk seluruh ahli ahlinya menyambut lebaran dengan ayam organik yang halal. Pastikan pada tahun ini juadah hari raya dari pelbagai produk HPA dan jangan segan silu memperkenalkan jenama kita pada sanak saudara yang berkunjung ke rumah.
3.Kelemahan sistem imuniti menyebabkan virus dan bakteria tidak dapat dihapuskan dari dalam tubuh.Luka menjadi sukar sembuh dan demam yang berterusan.Kami telah menjumpai sejenis pohon yang berfungsi bagi tujuan peningkatan sistem imuniti dan yang telah kami cuba pada pesakit hiv yang terjadi bisol dan menanah di kawasan kulit telah berjaya disembuhkan dengan segera .

PERASMIAN HPAIC


Warga HPA Malaysia, Indonesia, Cambodia, Brunei, Thailand, Singapore dan Filipina.
Majlis Pelancaran sepintas lalu adalah seperti berikut
Tarikh: 2hb Oct 2010
Jam: 0800 – 1130H Perasmian bersama Pengarah Urusan dan PJS
1430 – 1700H Seminar khas Chlorophyl, Minuman Talbinah, MLMS dan Jelly Gamat
Semua Pengurusan, PJS dan Pemimpin berpakaiana blazer.
Sehubungan dengan ini di minta semua KPA/KPU/KPT/KPS/KPB sila uruskan segera dan maklumkan anggaran jumlah kehadiran kepada AWM selewat-lewatnya 15hb sept 2010.
HPA International Centre (HPAic), Lot 1065 & 1066 Phase 19, Laman Seri Business Park 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

MAJLIS BERBUKA PUASA BAGI STAF OPERASI & GUDANG


SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN
 
 Majlis Berbuka Puasa bersama Staf Operasi & Gudang Zon Timur telah diadakan pada tarikh 4hb September 2010 bertempat di Dewan Operasi. Antara slot yang diadakan pada majlis tersebut ialah Ucapan oleh AGM Zon Timur (Ismail Bin Omar) dan Tazkirah Ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Basit (Pensyarah KIAS). Matlamat sebenar majlis berbuka puasa ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara staf-staf dan penduduk setempat. Insya Allah kita sama-sama kita mendoakan agar program seumpama ini dapat diberkati Allah S.W.T.
 

Sabtu, 4 September 2010

KUIH RAYA HPA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

PENGIKTIRAFAN SIJIL LOGO HALAL DI SELURUH DUNIA

Sila KLIK untuk paparan yang besar dan jelas

Jumaat, 3 September 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BAGI STAF OPERASI & GUDANG ZON TIMUR

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas


Majlis berbuka puasa bagi Staf Operasi & Gudang Zon Timur akan diadakan pada tarikh 4/9/2010 iaitu pada hari Sabtu. Semua Staf Operasi & Gudang diwajibkan hadir pada majlis berbuka tersebut. Turut diadakan pada majlis tersebut Tazkirah Ringkas yang akan disampaikan oleh Ustaz Jemputan.