Sila KLIK image untuk paparan yang besar
RAWATAN BEKAM ISLAM AL-HIJAMAH. SEBARANG TEMU JANJI BOLEH MENGHUBUNGI DI TALIAN 014-8463283
Selasa, 7 Jun 2011
Isnin, 6 Jun 2011
KILANG BARU KOPI RADIX
Bulan ini insyaAllah kita akan siap untuk membuat penambahan mesin mesin kopi baru di tapak kilang jejawi Perlis. Pemintaan yang tinggi selama ini masih menyebabkan banyak lagi outlet HPA yang kosong. Persiapan ini yang mengambil masa 4 bulan sedikit sebanyak menjejaskan pengeluaran berdasarkan pemintaan yang sangat sangat tinggi.
Pengguna berpuashati kerana kopi radix sama sekali tak sama dengan kopi yang lain.Orang yang minum kopi radix merasa kuat dan bertenaga dan ini tidak terdapat pada kopi yang lain.Jenama RADIX pun semakin banyak muncul dipasaran namun nama boleh tiru tapi khasiat jauh sekali. Ada syarikat yang minta HPA membekalkan kopi kepada mereka tetapi minta dimasukan aroma kopi sintatik untuk pasaran terbuka. Buat masa kini, HPA tidak pernah bersetuju dengan penggunaan bahan kimia dalam kopi kerana ia menjejaskan kesihatan. Kita yang keluarkan,keluarga kita juga meminumnya bukan untuk orang lain diberikan sesuatu yang beracun.
Petikan dari sumber blog Pengarah Urusan HPA. Klik DI SINI
Pengguna berpuashati kerana kopi radix sama sekali tak sama dengan kopi yang lain.Orang yang minum kopi radix merasa kuat dan bertenaga dan ini tidak terdapat pada kopi yang lain.Jenama RADIX pun semakin banyak muncul dipasaran namun nama boleh tiru tapi khasiat jauh sekali. Ada syarikat yang minta HPA membekalkan kopi kepada mereka tetapi minta dimasukan aroma kopi sintatik untuk pasaran terbuka. Buat masa kini, HPA tidak pernah bersetuju dengan penggunaan bahan kimia dalam kopi kerana ia menjejaskan kesihatan. Kita yang keluarkan,keluarga kita juga meminumnya bukan untuk orang lain diberikan sesuatu yang beracun.
Petikan dari sumber blog Pengarah Urusan HPA. Klik DI SINI
INFO DARI MIS
Penurunan Harga Jam Tawaf. Sila KLIK DI SINI
Pembaharuan Belian Syarat Agen Stok. Sila KLIK DI SINI
KENANGAN GAMBAR ESP - REAL BUSINESS
Sila KLIK DI SINI untuk melihat gambar-gambar kenangan ESP - Real Business
Jumaat, 3 Jun 2011
MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN ESP - REAL BUSINESS
- Adalah dimaklumkan kepada para peserta ESP, Maintain 150NM boleh dilakukan dalam tempoh 3 HARI SELEPAS PROGRAM ESP berlangsung di mana-mana cawangan HPA, (Sebagai contoh : jika Program ESP berlangsung pada hari Sabtu, maka tempoh masa yang dibenarkan untuk maintain adalah pada hari Ahad sehingga hari Selasa sahaja). Jika peserta ESP ingin maintain selepas tempoh itu maka perlulah maintain pada mana-mana Program Bengkel ESP di seluruh negara. Para peserta ESP juga boleh maintain mana-mana produk yang ada di cawangan HPA.
- Hasil dari mesyuarat bersama Pengarah Urusan dan Presiden kelab, pihak syarikat akan memberi fokus kepada ESP dan program PBC akan dibubarkan. Diminta semua peserta ESP dan ahli-ahli memberi perhatian kepada maklumat ini.
- Sila semak jadual Program ESP dan Bengkel terbaru di laman web http://www.hpa.com.my/hpaic/?p=1929
Jadual ESP:
- 4hb Jun 2011, Persada, Johor Bharu, Johor
- 11hb Jun 2011, HPAic, Shah Alam, Selangor
- 16hb Julai 2011, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu
- 30hb Julai 2011, Dewan Milineum Kepala Batas, Pulau Pinang
MAKLUMAT ESP - REAL BUSINESS
Khamis, 2 Jun 2011
Rabu, 1 Jun 2011
DERMA IKHLAS UNTUK ARWAH HASSAN
Assalamualaikum kepada semua staf-staf cawangan. Alhamdulillah, mayat Hassan sudah ditemui pada sekitar jam 10.00 pagi tadi. Untuk perhatian semua staf cawangan, sekiranya anda ingin memberi sumbangan derma bolehlah disalurkan kepada Pejabat Operasi untuk diberikan kepada ahli keluarganya. Duit sumbangan tersebut hendaklah diisikan di dalam sampul dan diserahkan kepada drebar dengan menulis U/P : Norfazilah Pentadbiran. Sekian, terima kasih.
SAMBUNGAN BERITA KEMATIAN : GERAKAN MENCARI MASIH DITERUSKAN
![]() |
| Encik Ghani (Bapa Mangsa) sedang ditemuramah oleh TV3 pada petang kelmarin |
Gambar dan video di atas adalah keadaan lokasi / tempat di mana arwah Hassan (Staf Cawangan Pasir Mas) dilaporkan lemas di sekitar kawasan tersebut. Menurut laporan yang diterima daripada pihak keluarganya, mangsa pergi menjala ikan dengan menaiki perahu bersama seorang lagi kawannya pada jam 12.00 tengah malam (bertarikh 31hb Mei 2011). Menurut laporannya lagi, sebaik mangsa melemparkan jalanya di sungai tiba-tiba perahu yang dinaikinya bergoyang dan terus terbalik menyebabkan mangsa terus dibawa arus yang deras manakala kawannya sempat memegang pohon kayu yang tidak jauh dari situ. Sehingga kini unit gerakan skuba dan anggota penyelamat masih meneruskan mencari mayat mangsa. Kepada staf-staf cawangan semua, marilah kita sama-sama mendoakan agar mayat mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat. Insya Allah.
Selasa, 31 Mei 2011
BERITA KESEDIHAN BUAT SEMUA STAF
Assalamualaikum kepada semua staf-staf, kita dikejutkan dengan berita menyedihkan, staf HPA Pasir Mas - Hassan Bin Abdul Ghani telah hilang semasa pergi memancing petang kelmarin. Sehingga kini mayat beliau belum dijumpai lagi. Gerakan mencari sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat dan orang kampung. Marilah kita sama-sama mendoakan moga-moga mayat beliau dijumpai. Insya Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)















