RAWATAN BEKAM ISLAM AL-HIJAMAH. SEBARANG TEMU JANJI BOLEH MENGHUBUNGI DI TALIAN 014-8463283
Sabtu, 5 Disember 2009
CHICKEN POPCORN
JUMLAH JUALAN HARIAN DI CAWANGAN
- Jumlah jualan harian hendaklah di SMS kan ke Ustaz Huzaimi pada setiap hari.
- Sila SMS kan ke Ustaz Huzaimi jumlah jualan harian tersebut sebelum pada penutupan cawangan.
Segala kerjasama yang diberikan oleh Pengurus-pengurus Cawangan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Khamis, 3 Disember 2009
Rabu, 2 Disember 2009
PERHATIAN UNTUK SEMUA CAWANGAN
Arahan daripada Pengarah Urusan supaya semua cawangan HPA Zon Timur meletakkan gambar yang telah ditetapkan oleh syarikat pada Yahoo Messenger (YM) di cawangan masing-masing. Cawangan-cawangan HPA hanya perlu meletakkan gambar semua staf cawangan @ gambar bangunan cawangan masing-masing pada MY Display Image di Yahoo Messenger (YM) setiap cawangan. Begitu juga dengan mesej yang dipaparkan di Yahoo Messenger setiap cawangan hanya perlu meletakkan nombor telefon dan faks cawangan sahaja.
Sehubungan itu, semua Pengurus Cawangan diminta bertindak dengan segera berkenaan dengan perkara di atas supaya segala urusan dapat berjalan dengan sempurna yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih.
MILAD HPA INDONESIA
Jam: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Lokasi: Jakarta Convention Centre, Jakarta
Kepada mereka yang menerima insentif ke Indonesia, surat memaklumkan akan dihantar pada tuan/puan dalam waktu terdekat.
Kepada mereka yang lain yang ingin turut serta sila hubungi HPA Ilham Holiday untuk tempahan tiket dan perjalanan pada no tel 044482717.
Perjalanan dijangka bermula pada 29hb Jan dan perjalanan akan meliputi Jakarta, Punchak dan Bandung dan akan berakhir pada 2hb feb 2010
Petikan Sumber Blog GM Al Wahida
HPA Cawangan Dungun Banjir
Inilah imej / gambar HPA Cawangan Dungun yang telah dinaiki air sejak kelmarin lagi berikutan pada musim tengkujuh dan hujan yang tidak henti-henti di kawasan Terengganu dan juga Kelantan. Walaupun air hampir membanjiri di kawasan pintu utama cawangan tersebut tidak mematahkan semangat staf-staf cawangan untuk berkerja seperti sediakala.
BAHAYA KOLESTROL

Hari ini Hari Raya Korban,seperti aidifitri disambut meriah oleh masyarakat Islam seluruh dunia,berbeza dengan aidil fitri, aidil adha bagi masyarakat Islam banyak menumpukan kepada ibadah korban yang mana yang berkemampuan akan bersedekah kepada yang memerlukan.
Selain mengerjakan ibadah korban, juadah hariraya Aidil Adha pasti menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan yang berasaskan daging.
Pastinya selepas sambutan hari raya ini,ramai yang bertambah berat badan. Pengidap darah tinggi seharusnya berhati-hati,kadar kolestrol pastinya akan bertambah. Banyak yang menyalahkan makanan bila peningkatan kolestrol,peningkatan darah tinggi dan sebagainya.
Sebenarnya atas sikap individu itu sendiri,Mencegah lebih baik dari menyembuhkan. Makan kalau tidak keterlaluan tidak membahayakan tetapi kalau makan tidak dikawal akibatnya memang buruk.
Pernah terjadi di ROMPIN,bagaimana asalnya darah tinggi biasa. Makan sup daging kemudian makan kacang tanah ,kadar darah tingginya telah naik mendadak,menjadi koma seterusnya telah meninggal dunia.
Jadi berhati-hatilah dengan makanan yang mengandungi kadar kolestrol yang tinggi,sentiasa memeriksa tekanan darah anda. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi.
Tetapi bagaimana mengurangkan kolestrol dengan cepat? Penulis cadangkan penggunaan minyak zaiton HPA yang mampu mengawal kolestrol dengan cepat. Penulis pernah menulis kelebihan minyak zaitun di
Petikan sumber blog HPA Rompin
PENUTUPAN SEMENTARA PELABURAN KO-WAHIDA
Tuan / Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa pada 1 Disember 2009 sehingga 31 Disember 2009 semua urusan berkaitan :
- Pendaftaran keanggotaan Koperasi Wahida HPA Berhad (Pelaburan Baru)
- Penambahan pelaburan
- Adalah ditutup sementara waktu bagi tujuan pengurusan audit. Segala informasi berkaitan pelaburan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
NASRUL IZZAH BINTI GHAZALI
Pengurus Koperasi Wahida HPA Berhad
Sabtu, 28 November 2009
AYAM SUDAH MULA DI EDARKAN KE CAWANGAN
Salam satu HPA,
Di sini ingin maklumkan bahawa ayam segar HPA sudah mulai masuk secara berperingkat ke cawangan dan dijangka dalam masa sebulan stok ayam akan kembali di pasaran.
Jumaat, 27 November 2009
HPA Auto Service (Bengkel Kereta)
Alhamdulillah, baru-baru ini HPA telah pun mewujudkan satu lagi cabang perniagaan yang baru iaitu pembukaan sebuah bengkel kereta yang dinamakan HPA Auto Services. Bengkel ini bertujuan memberi kemudahan kepada ahli-ahli HPA untuk membaiki kereta mereka di sini. Perkhidmatan yang diberikan adalah amat berpatutan.
Terletak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah sememangnya lokasi yang strategik. Selain itu HPA Auto Services ini membuka peluang kepada anak-anak ahli HPA untuk bekerja atau membuat praktikal mereka selepas tamat pengajian di dalam bidang kemahiran automotif. Tidak mustahil juga suatu hari nanti HPA Auto Services ini menjadi One Stop Center dalam proses melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam membaiki kereta.
Insyallah marilah kita mendoakan agar cita-cita Pengarah Urusan kita ini dapat direallisasikan bersama. Akhir kalam dari penulis, bersama memajukan ekonomi ummah seantero dunia. Wassalam.
Selasa, 24 November 2009
KOSMETIK LEMAK MANUSIA
KOSMETIK LEMAK MANUSIA, Lemak manusia RM50,820 seliter, dijadikan sabun,pelincir,ubat dan krim kecantikan. Berlaku di Peru Lima, bagaimana penduduk tempatan telah dijadikan mangsa memperdagangkan lemak dan tisu manusia sebagai bahan kosmetik di Eropah.
“Lemak (manusia) itu dibeli oleh konspirator Itali sebelum dihantar untuk pengkomersialan ke makmal di Eropah, “ kata Pendakwa raya Jorge Sans Quiroz.
Kes ini mula terbongkar berikutan penemuan sebotol lemak manusia yang cuba diseludup keluar dari bandar Hua-nuca Andes ke Lima baru-baru ini.
Pihak berkuasa perubatan telah dihubungi agensi berita The Associated Press berkata ,lemak manusia digunakan sebagai agen antipenuaan tetapi sering didapati daripada ekstrak lemak pesakit yang menjani prosedur membuang lemak dibahagian perut dan dan punggung.
Pakar kulit Universiti Yale,Dr.Lisa Do-nofrio mendakwa, “ Ekstrak lemak manusia “ dapat membantu kulit menjadi segar.
“ Ada risiko reaksi imunologi yang boleh membawa maut jika lemak manusia digunakan,”kata profesor dematologi Cornell Weill Medical College di New York, Dr.Neil Sadick.
Hati-hatilah kepada rakan-rakan seperjuangan inginkan kejelitaan,nampak menarik namun pemilihan komestik biarlah teliti ,biarlah sah logo halalnya,kekadang sedap dimata,kesannya bukan sahaja haram tetapi kesan sampingannya memburukkan kecantikan.
Pilihan paling tepat ialah produk komestik HPA,centella white untuk pilihan pengguna yang pentingkan halal lagi suci.
Ahad, 22 November 2009
PIC (Perkongsian Ilmu Cemerlang)
Tempat : Dewan Sungai Petani, Kedah
Yuran : RM 200
Sila bank in terus ke BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad)
No Akaun : 02020010058744
Atas nama : Mutiara Hikmah
Sila faks slip bank sebagai bukti bayaran tersebut :
Faks : 04-4419254
Sebarang pertanyaan mengenai PIC bolehlah menghubungi Cik Norasyikin (019-6330727) & Cik Azira (019-4548727)
Sila KLIK untuk menyemak senarai ahli jawatankuasa PIC
Sila KLIK untuk download tentatif program PIC
Jumaat, 20 November 2009
VIRUS MELALUI YM
Mana-mana cawangan yang sudah tertekan accept seperti yang tertera di atas, sila hubungi di talian HOTLINE 012-4131904 untuk membaik pulih sistem. Sekian terima kasih.








