Selasa, 22 Disember 2009

SOFTWARE CAWANGAN

Sila KLIK di sini untuk download Software Cawangan
Kepada Staf Cawangan, sila pastikan download software tersebut sehingga selesai.

RENUNGAN BERSAMA

PENURUNAN HARGA BEDAK SEJUK

Sila KLIK dan pelekat di cawangan anda

RADIX KOKO PAPAN


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 23
Sabah & Sarawak: RM 25

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 19
Sabah & Sarawak: RM 21

Nilai Mata (NM): 6

Kandungan: 20 paket, setiap paket 30 gram

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Radix Koko

RADIX KOKO

Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

RADIX KOKO

Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini.

“Jom Gempur Radix Koko Papan Di Semua Restoran dan Kedai Makan!”

Jumaat, 18 Disember 2009

KEM IBADAH SOLAT

Sila download Iklan Program Kem Ibadah di sini

Selasa, 15 Disember 2009

BUAT RENUNGAN BERSAMA

RALAT : PERHIMPUNAN AGUNG ALUMNI

Perhimpunan Agung Alumni Herbalis Batch 1 hingga 17 akan diadakan pada 22hb Disember 2009 di De Palma Hotel Ampang. Pihak kami memohon maaf di atas pertukaran tarikh tersebut. Segala kesulitan amatlah dikesali.Terima kasih.

Jumaat, 11 Disember 2009

MAAL HIJRAH ( AWAL MUHARRAM )


Menjelang bulan Muharam, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sibuk membuat persiapan untuk menyambut “Maal Hijrah”. Beberapa stesen radio dan televisyen turut menyiarkan iklan atau promo mengenainya selain daripada rencana dan drama bagi membangkitkan semangat hijrah dalam kalangan umat Islam.

Pada malam satu Muharam pula setiap masjid negeri mengadakan ceramah atau forum mengenai hijrah dan pada esok harinya kerajaan sama ada pusat atau negeri pula mengadakan sambutan rasmi. Pada hari itu juga beberapa orang diangkat sebagai tokoh Maal Hijrah.

Tetapi sebagai umat Islam, apa yang anda fikirkan untuk menerima dan menyambut kedatangan tahun baru, awal Muharam 1431H ini. Sudah bersediakan anda untuk berhijrah daripada sikap berlebih kurang tentang agama kepada yang lebih serius untuk melaksanakan Islam dalam diri, masyarakat, kampung dan negeri serta negara.

Apakah kita masih ada rasa takut untuk melakukan hukum Allah kerana takut apa kata orang, takut nanti orang bukan Islam kata apa-apa, dan takut nanti orang menentang dan memusuhi kita. Kita lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Allah, inilah golongan syirik yang ramai tidak tahu.

Sebenarnya untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini adalah hak kita. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang boleh menghalang kita melaksanakannya. Tidak undang-undang yang boleh menyekat pengamalan Islam kita. Tetapi yang menyebabkan pengamalan Islam kita tidak sempurna pada masa kini adalah kerana kita sendiri.

Sudah tentu tiada siapa yang boleh menghalangnya melakukan solat di rumahnya. Kalau pun isteri atau ayah menghalang, kita boleh melawannya. Di tempat kerja, tiada majikan yang mah menghalang kita untuk solat. Kadang-kadang ada majikan yang menghalang tetapi adalah kerana sikap pekerjanya yang menyalahgunakan peluang bersolat, mereka tidur atau berborak. Ertinya bukan majikan yang menghalang.

Mungkin ada orang berhujjah, kerajaan menghalang kita melaksanakan hukum hudud. Di sinilah kesilapan umat Islam dalam menilai haknya, dan mana pula hak kerajaan. Sebenarnya, hak melaksanakan hukum hudud dan qisas adalah kerajaan, tidak kena mengena dengan umat Islam. Kita tidak berdosa dengan kegagalan kerajaan melaksanakan hukum hudud.

Walau bagaimanapun dalam hal ini kita jangan lupa bahawa terdapat juga hak kita ialah hak tidak melakukan kesalahan hudud. Hak ini kekal walaupun kerajaan tidak melaksanakan hukum itu. Maknanya, semua manusia terutama umat Islam tidak boleh berzina, tidak boleh mencuri, tidak boleh murtad, tidak boleh minum arak dan tidak boleh membunuh orang.

Hukum ini tetap berjalan walaupun kerajaan belum melaksanakan hukum hudud dan qisas. Kalau semua umat Islam boleh menghindarkan diri walaupun belum ada hukum hudud dan qisas, kitalah sebenarnya umat Islam yang paling baik. Hal ini kerana kita dapat meninggalkan kesalahan tersebut bukan kerana takut hukuman yang disediakan tetapi kerana takut Allah.

Jelas di sini, tiada siapa yang boleh menghalang kita daripada tidak melakukan zina, rogol, mencuri, minum arak dan sebagainya. Namun kalau ada orang memaksa kita supaya berzina, mencuri dan minum arak dengan ancaman akan membunuh kita, maka ketika itu jika kita lakukan tidaklah dikira berdosa.

Jadi, sempena Maal Hijrah ini marilah kita bersihkan hati dan jiwa kita, dengan satu keazaman untuk melakukan segala perintah Allah, meninggalkan larangan-Nya dan membuat baik kepada semua orang termasuk musuh. Ingatlah jika kita boleh berbuat baik dengan musuh, dia akan mengenali hati kita sebagai orang yang jujur. Orang yang jujur mampu menarik orang ramai bagaikan magnet.

Khamis, 10 Disember 2009

POSTER TUTUP AURAT


Sila tampalkan poster ini di cawangan anda

Rabu, 9 Disember 2009

SENARAI NAMA BAGI KURSUS PENGHAYATAN UNTUK STAF RADIX BAKERY HOUSE

Kursus Penghayatan Untuk Staf Radix Bakery House Zon Timur

TIPS KESIHATAN

Perut Buncit,sering kali menguji ketabahan seseorang. Bagi yang melalui sering terganggu,rendah diri dan penampilannya dihalayak ramai agak terbatas . Pelbagai ubatan dan petua telah dicuba bagi menghilangkan masalah perut buncit.

Banyak produk di Pasaran untuk memulihkan perut buncit , ada diantaranya jenis yang dikuatiri kesuciannya malah pengunaannya diragukan keberkesanannya.

Produk Hpa ( STOMA K )dicadangkan untuk menurunkan berat badan seterusnya menghilangkan masalah perut buncit. Perbezaaan produk pelansing yang ada dipasaran kebanyakan mengunakan bahan kimia yang boleh menyebabkan kesan sampingan.

Bersama ini saya sediakan petua bagi mereka yang inginkan tubuh badan idaman disamping penggunaan Stoma K sebagai bantuan mencepatkan penurunan berat badan.

Bagi mereka yang merasa dirinya gemuk kerana banyak air,saya syorkan mereka teruskan meminum air yang banyak ini kerana air akan mencairkan sodium dalam badan dan seterusnua akan keluar dari sistem. Selain itu juga air berfungsi mengeluarkan segala toksik yang terkandung di dalam tubuh.

Makanlah dengan tertib jangan gelojoh,akibatnya anda akan menelannya dengan cepat .makanan yang tidak hancur akan masuk bersama udara ke dalam usus menyebabkan ianya akan tersangkut-sangkut hingga membentuk gas yang menjadi punca perut menggelembung.

Jika terlalu banyak mengambil garam dalam makanan juga boleh menyebabkan perut buncit . ini kerana akan menambah sodium di dalam cairan tubuh seterusnya akan melambatkan makanisma sehingga mendorong air akan keluar melalui sel, akibatnya terasa penuh dan buncit.

Perlu mengambil makanan sirat bagi mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut buncit. Pilihan makanan buah-buahan yang mengandungi banyak air.

Pastikan anda tidak menghadapi masalah sembelit atau tidak lawas pembuangan air,ianya juga boleh menyebabkan anda menghadapi masalah buncit perut. Bagi mengatasi masalah sembelit HPA ada menyediakan herba PELAWAS bagi menyelesaikan mereka yang ada masalah sembelit.

Aktiflah dengan kegiatan yang membantu mengerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan dan masuk ke dalam saluran darah dimana ia akan dikeluarkan melalui peluh.

Beriktiarlah menurunkan berat badan dan menghilangkan masalah perut buncit. Berdisplin dalam kehidupan,beriadah disamping penggunaan produk yang disyorkan.

PBC BAGI KAWASAN ZON TIMUR

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar

Selasa, 8 Disember 2009

INSENTIF 2010 DIUMUMKAN

Insentif Ta’awun 2010
Pemulaan bulan insentif: Dis 2009
Penamat bulan insentif: Sept 2010

Untuk mengetahui maklumat selanjutnya sila KLIK di sini...

RADIX KOKO PAPAN AKAN DIEDARKAN

Salam warga HPA,
Hari ini Radix Koko Papan sudah mulai dikeluarkan dan akan masuk secara menyeluruh dalam jangka waktu tiga minggu dari sekarang.
Sama-sama kita semua memasarkan Radix Koko Papan di seluruh warung, restoren dan kedai runcit.
Radix Koko "Minuman Untuk Mereka Yang Perlukan Tenaga Luar Biasa"
Gempur.......

RADIX KOKO PAPAN
20 SACHET SEPAPAN
6NM
HARGA PENGEDAR S/M RM19 ** S/S RM21

Petikan sumber dari blog GM Al Wahida