RAWATAN BEKAM ISLAM AL-HIJAMAH. SEBARANG TEMU JANJI BOLEH MENGHUBUNGI DI TALIAN 014-8463283
Isnin, 11 Januari 2010
PENAJAAN SEMULA PENGEDAR TIDAK AKTIF SEBELUM 2006
Tujuan kita melakukan adalah untuk memastikan mereka yang tidak aktif (tidak pernah membeli walaupun satu produk) ditaja semula oleh mana-mana pengedar baru. Kita seharusnya melihat dari sudut yang lebih positif.
Baca seterusnya >>>
MENARA HPA DI SHAH ALAM
Alhamdulillah Menara HPA bernilai RM54 juta di Seksyen 13 Shah Alam telah siap untuk digunakan pada bulan Mac ini. Bermula Mac 2010 ini juga bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat HPA dari Kompleks AlWahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA di Shah Alam Selangor.
Pengumuman ini dibuat oleh Pengarah Urusan melalui wakilnya Ustaz Mohamad Ibrahim di Hotel dePalma Shah Alam diakhir kuliah perubatan Jawi baru-baru ini.
Ustaz Mohamad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad China merupakan orang yang diamanahkan oleh Pengarah Urusan untuk menjaga pelajar-pelajar tajaan HPA di Guangzhou. Menurutnya dalam kenyataannya semalam bahawa beliau telah mewakafkan dirinya untuk HPA. Kelebihan berceramah yang ada padanya disamping mempunyai kelulusan dari Universiti AlAzhar Mesir telah meyakinkan Tn Hj Ismail untuk mewakilkannya untuk memberi kuliah dalam Program Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang diadakan diseluruh Malaysia dan Indonesia.
Ahad, 10 Januari 2010
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA
Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. baginda memberi galakan kepada kita supaya memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sabda baginda:
“Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin.”(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)
Sabtu, 9 Januari 2010
JASAMU DIKENANG
Kini 2 orang pegawai latihan mutiara hikmah telah bertukar pusat operasinya. Jika dulu di Sungai Petani dan kini mereka di Pusat Operasi Zon Timur (POZTimur) dan Pusat Operasi Zon Tengah (POZT). Setelah 5 bulan berkhidmat disini kini mereka meneruskan khidmat mereka di tempat masing-masing. Walau dimana pun mereka berkhidmat mereka tetap warga HPA=Harapan Paling Akhir.
Ustaz Ab Fatah Rajab telah berhijrah ke POZTimur dan Ustaz Mohd Safuan Zakaria ke POZT. Mereka berdua banyak menyumbangkan tenaga dan bakti dalam menjalankan program-program syarikat.Ustaz Fatah yang boleh menyampaikan tazkirah dan banyak membantu unit multimedia seperti rakaman video, montaj, pa system dan sebagainya kini tiada disini bersama kita.
Ustaz Safuan juga begitu, dia yang sangat terkenal dengan usrohnya kini tidak lagi kedengaran suaranya memulakan usroh. Dia juga mampu untuk menyampaikan slot dalam Kursus Penghayatan selain mampu mengendalikan majlis dengan baik kini hanya tinggal kenangan. Walau bagaimanapun usroh yang telah dibentuk oleh ustaz safuan akan diteruskan oleh staf baru.
Sempena hari warga HPA pada 24-01-10 ini di Kedah dapat menjadikan pentas untuk kita kembali bersua. Datang jangan tak datang.
Diharapkan mereka berdua dapat meneruskan menabur bakti kepada HPA dan ummah. Amin.
AUDIT SAMBIL BELAJAR KURSUS
Jumaat, 8 Januari 2010
SENARAI NAMA-NAMA PRODUK HPA
Untuk mengetahui selanjutnya sila KLIK DI SINI
Rabu, 6 Januari 2010
KURSUS KEUSAHAWANAN HERBALIS
Salah satu ilmu dalam Perubatan JAWI HPA ialah rawatan kiropraktik iaitu rawatan membetulkan tulang belakang. Kursus berkaitan rawatan ini akan diadakan pada 19,20 dan 21 Januari di Jejawi, Perlis. Penyertaan hanya dibuka untuk 50 orang sahaja. Antara pelajaran yang akan dipelajari ialah:
1. Ilmu kiropraktik asas
2. Ilmu kiropraktik (advance)
2. Pembetulan tulang belakang menggunakan tungku besi
3. Selangkah ke alam herba (Taman herba Perlis)
4. Tiru Macam saya – usahawan herbalis.
5 . Praktikal & soaljawab langsung dengan Pengarah Urusan HPA.
PELABURAN KOWAHIDA DIBUKA SEMULA
Bermula 1 Januari 2010, pelaburan saham KOWAHIDA telah DIBUKA SEMULA. Pelaburan boleh dibuat dengan membuat pindahan wang anda secara online ke akaun bank KOWAHIDA dan menyerahkan slip bank tersebut kepada mana-mana Cawangan HPA terdekat.
Pelaburan MINIMA ialah RM 200.00 dan MAKSIMUM RM 100,000.00 sahaja.
AKAUN BANK KOWAHIDA
Berikut adalah nombor-nombor akaun KOWAHIDA bagi memudahkan anggota KOWAHIDA melakukan transaksi ONLINE samada untuk langganan syer baru atau tambahan;
1-BANK ISLAM:
090 100 100 463 16
2-CIMB ISLAMIC:
090 100 001 101 08
3-MAYBAN ISLAMIC:
559 012 306 051
TANYA KOWAHIDA
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Koperasi Wahida HPA Berhad
Sila hubungi:
Tel:04-9773813/14 (pej);
Fax:04-9773812; atau
Emel kpd:
kowahida@yahoo.com , atau
copwahida@gmail.com
Untuk mengetahui maklumat berita semasa KoWahida sila KLIK DI SINI.
POTENSI 2010
Banyak juga yang mencadangkan agar kopi radix dikurangi gulanya kerana dibimbangi menjadi pemacu penyakit kencing manis dan darah tinggi. Namun bagitu kelompok yang lebih ramai sering mengingatkan jangan lagi diubah resepinya. Baca seterusnya....
Selasa, 5 Januari 2010
SIJIL HERBALIS KE - 18
Isnin, 4 Januari 2010
JAWATAN KOSONG DI RCH
Temuduga untuk jawatan kosong RCH (Radix Chicken House) kini diperlukan. Baca berikutnya untuk mengetahui lebih lanjut. Sila KLIK DI SINI....





