Ahad, 11 April 2010

PENGAMBILAN PELAJAR MANHAL

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma secara Penuh Masa di Manhal-HPA (Sg. Petani) bagi sesi kemasukan Julai 2010 dalam bidang :

  1. 1. DIPLOMA SYARI’AH ISLAMIYAH
  2. 2. DIPLOMA USULUDDIN
  3. 3. DIPLOMA TAKHASSUS QIRAAT

Syarat Kelayakan :

  1. Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  2. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran DAN lulus mana-mana 2 mata pelajaran berikut ;
  • Pendidikan Islam
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab Komunikasi, ATAU
  1. Lulus salah satu pengajian peringkat sijil berikut :
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau
  • Sijil Tinggi Agama yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri, atau
  • Sijil Empat Thanawiy, atau
  • Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama serta diperakui oleh pihak Manhal-HPA, atau
  • Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (bagi bukan warganegara) yang diperakui oleh pihak Manhal HPA.

Permohonan boleh dikemukakan menggunakan borang yang boleh didapati

di mana-mana cawangan HPA atau muat turun melalui web : http://www.hpa.com.my/manhal/manhal.zip

Hantarkan permohonan lengkap bersama dokumen yang diperlukan kepada :

BAHAGIAN KEMASUKAN/RAKOD PELAJAR

Pengurusan Maahad Al-Ihsaniah (Manhal-HPA Sg. Petani)

No. 11, Tingkat 1, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya, 08000 Sg. Petani, Kedah

Tel : 04-4419094 Faks : 04-4419254

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MEI 2010

Sabtu, 10 April 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI DI KELANTAN


Sila klik PLAY untuk menonton

Kuliah Perubatan Jawi telah diadakan di Hotel Raudhah, Kota Bharu Kelantan yang bertarikh 08hb April 2010 baru-baru ini yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Bin Ibrahim (Ustaz Mat Cina). Kehadiran yang memberangsangkan di ruangan dewan hotel tersebut telah membuktikan bahawa komitmen dan kecintaan ilmu-ilmu herba yang telah ditunjukkan oleh PJS-PJS, Leader-leader dan juga semua ahli-ahli HPA. Tahniah diucapkan.

Rabu, 7 April 2010

BULETIN UNTUK CAWANGAN


Sila tampalkan di Cawangan anda !!!

PENAPIS AIR DEW WATER FILTER

BELI DENGAN BAYARAN ANSURAN!!!



Urusniaga Murabahah
Penapis Air DEW.


Tawaran istimewa kepada anggota KOWAHIDA.
Anda kini boleh membeli Penapis Air Dew dengan kemudahan bayaran ansuran selama 3 bulan.





Syarat & Kelayakan:

  • Bonus bulanan pengedar AWM RM 500 ke atas
  • Belian 1 unit sahaja bagi 3 bulan
  • Pengesahan dari Penjamin


Jadual bayaran balik:

JUMLAH

TEMPOH BAYARAN 3 BULAN

BELIAN

1

2

3

825.00

275.00

275.00

275.00



Berminat, hubungi kami selanjutnya.

Harteny: 04-9773813/ 04-9773812


MEMO PRODUK BARU

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar

Isnin, 5 April 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI

Sila buat hebahan di cawangan anda !!!
Staf-staf Cawangan Kelantan yang berdekatan wajib hadir untuk mendengar Kuliah pada malam tersebut. Sekiranya Pengurus Cawangan tidak dapat hadir pada malam tersebut, perlulah menggantikan dengan staf-staf yang lain. Sekian, terima kasih.

HPA SERTAI JUALAN PROGRAM JUARA RAKYAT


Sila KLIK PLAY untuk menonton

Alhamdulillah, HPA Zon Timur telah menyertai Jualan & Pameran dalam Program Juara Rakyat baru-baru ini yang bertarikh 1-3hb April 2010 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 1, Machang, Kelantan. Antara Staf-staf yang terlibat ialah, Webmaster Zon Timur & Unit Latihan Promosi (Khairul Anuar), Hasbi Ikhwan (Unit Latihan Promosi), Badiuzzaman (Staf Ketereh), Basid (Machang). Sama-sama kita saksikan video di atas untuk melihat suasana di perkarangan dan booth HPA.

BAJU T-SHIRT & KATALOG HPA

Baju T-Shirt HPA
Katalog HPA

Khamis, 1 April 2010

PENJUALAN ZON

Petikan dari Blog Pengarah Urusan

Penjualan di Zon timur dan zon utara kini sama setanding. Peningkatan jualan harian melebihi rm145k sering beriringan dan pembukaan cawangan-cawangan baru di Utara nampaknya lebih pesat dibandingkan Zon Timur. Namun bagitu prestasi jualan cawangan setempat pula menampakan Zon Pantai Timur lebih menyerlah. Dikira daripada jumlah PBC pula mendapati sama-sama rancak dengan kepimpinan yang kebanyakanya menjurus kepada penghayatan ugama.
Kita masih menunggu zon mana yang akan berjaya mencipta jualan 200k sehari antara zon-zon yang ada.Zon selatan juga telah keluar dari garisan lama penjualan 50k sehari kepada 80k dan diharapkan program gen 2 pada awal april akan melonjakan jualan zon kepada 100k sehari. Zon tengah juga mengejar jualan ketiga terbanyak dengan pendapatan rm120k sehari dan sekali sekala melompat ke 140k. Zon Borneo di bawah pengurusan baru (en Izham) mula meletakan target sebulan 1 juta dan PBC serta KPJ terus berjalan.InsyaAllah.
Berjayakan penjualan HPA mencapai target 20 juta sebulan? Nanti kita lihat bagaimana seluruh kepimpinan MLMS HPA mengembeling tenaga bersama untuk mencapai cita-cita ini. InsyaAllah.

Foto: HPA Cawangan Kuala Terengganu 1 di Bukit Kecil (Dekat JPJ Terengganu) diatasnya terdapat homestay HPA sebanyak 4 bilik dan Dewan HPA. No Tel Cawangan : 09-6229519


ALBUM HPA RAIHAN LARIS


Kumpulan Raihan dengan album baru mereka.

PENJUALAN album Musafir Perjuangan, buah tangan terbaru kumpulan nasyid terkenal, Raihan mendapat sambutan cukup menggalakkan apabila setakat ini sudah mencecah 12,000 unit selepas dua minggu berada di pasaran di seluruh negara.

Ketua kumpulannya, Che Amran Idris, berkata album ke-10 daripada Raihan itu turut memuatkan lagu termasuk Nun Disana, Musafir, Tanpa Agama, Allah Is Coming dan God Is Light menerima sambutan baik daripada peminat tanah air.

“Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album kami adalah lagu nasyid lama yang dirakamkan semula supaya peminat dapat mengenali dan mengingati konsep yang dibawa oleh Raihan.

“Sambutan yang diterima sejak pelancaran pada 17 Mac lalu memang menggalakkan dan kami amat bersyukur dengan penjualan album setakat ini,” katanya ketika mengadakan majlis ramah mesra bersama media di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Turut hadir tiga ahli Raihan yang lain, Abu Bakar Md yatim, 40, Amran Ibrahim, 38, dan Zulfadli Mustaza, 25. Mengenai sambutan peminat Raihan di Kelantan, Che Amran bersyukur apabila jualan bagi album berkenaan hampir mencecah 2,000 unit setakat ini, satu jumlah yang boleh dibanggakan. “Sambutan yang diberikan oleh peminat kami sepanjang promosi di Kelantan amat meyakinkan dan setakat ini, jualan album yang berjaya dikutip hampir 2,000 unit . “Dengan sambutan yang memberangsangkan ini, Insya Allah kami akan membuat cetakan kedua bagi memenuhi permintaan peminat di tanah air,” katanya. Selain itu, Che Amran berkata, pengedaran album itu dilakukan hasil gandingan Raihan bersama Syarikat HPA, Warner Music dan juga Wahyu Suci. “InsyaAllah pada penghujung April ini, kami akan melancar serta mengedarkan album ini di pasaran Indonesia iaitu di Jakarta dan Semarang, manakala pada bulan Mei kami akan ke Perth, Australia. “Kami juga akan menghadiri Festival Muzik di London pada Jun ini, selain itu ke Melbourne dan Sydney pada bulan berikutnya, tujuan kami membawa album kami ini ke Indonesia adalah disebabkan pasarannya yang luas dan sambutan penduduk yang amat menggalakkan sebelum ini,” katanya.

PEMBUKAAN CAWANGAN PENGKALAN KUBUR



SILA BUAT HEBAHAN DI CAWANGAN ANDA !!!

MAJLIS TANDA TANGAN PERSETUJUAN PEMBELIAN MENARA HPA


Majlis bersejarah. Majlis tanda tangan persetujuan pembelian Menara HPA di Shah Alam. Berharga RM60 Juta

Pada : 6hb April 2010 Masa : 11.00 Pagi.
Tempat : Perkarangan Menara HPA, Lot 1065 dan 1066, Phase 19, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business park, Sek 13 40100 Shah Alam, Selangor
Kehadiran: Pengarah Urusan HPA, Pengarah Urusan SME BANK, PENGARAH URUSAN TTDI

Kelab Komuniti KPT, KPS, KPA, KPU dan Cawangan HPA sila buat hebahan
Semua dijemput hadir.

Rabu, 31 Mac 2010

MEMO PRODUK BARU



Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar

MENJELAJAH BERSAMA HPA RAIHAN


Sila klik PLAY untuk menonton

Penjelajahan bersama HPA Raihan di Kota Bharu, Kelantan pada tarikh 28hb March 2010 bermula pada jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Antara lokasi-lokasi yang dijelajah ialah :

- Radio FM Kelantan.
- Kedai makan Restoran Ulam Cikgu (berhampiran dengan Masjid Muhammadi).
- Kedai Outlet VCD.
- KB Mall (di Lobby).
- RCH (Radix Chicken House).
- Stokis Kak Nor RADIX.

Antara staf-staf yang terlibat ialah :

- Webmaster Zon Timur / Unit Latihan & Promosi (Khairul Anuar)
- Unit Latihan & Promosi (Hasbi Ikhwan)
- Pengurus Cawangan Pengkalan Chepa (Zainal Abidin)
- Pengurus Kios Paya Rambai (Sazani)
- Pembantu Cawangan Wakaf Che Yeh (Du Wan)

TAHNIAH KEPADA HERBALIS JAMILAH

Ucapan tahniah tidak terhingga kepada Herbalis Puan Jamilah ( Kak Sue ) wakil dari staf Cawangan Pasir Pekan kerana baru saja selesai menamatkan kuliah pengajiannya iaitu " Kursus Sijil Herbalis ke 18 " pada tarikh 11hb hingga 31hb March 2010 bertempat di Dewan Cawangan Sungai Petani baru-baru ini. Kini beliau digelar sebagai Herbalis. Diharapkan agar beliau dapat mempraktikkan dan menyampaikannya ilmu-ilmu tersebut kepada staf-staf yang lain agar ilmu-ilmu tersebut dapat diperkembangkan lagi secara keseluruhannya setelah pulang dari Sungai Petani nanti. Insya Allah...Amin.