Isnin, 10 Mei 2010

PEMBERHENTIAN PENGELUARAN PRODUK HPA

HELAIAN SATU
HELAIAN DUA

Sila print untuk rujukan di cawangan anda !!!

Sabtu, 8 Mei 2010

PEMBETULAN PENCERAMAH KPJ

Assalamualaikum kepada staf-staf cawangan, adalah dimaklumkan bahawa Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd. tidak dapat hadir untuk memberi Kuliah Perubatan Jawi pada tarikh 12hb Mei 2010 di Terengganu kerana atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun program tersebut diteruskan juga dan akan digantikan dengan penceramah yang lain. Sekian terima kasih.

"KE ARAH MEREALISASIKAN PERUBATAN JAWI"

Khamis, 6 Mei 2010

Rabu, 5 Mei 2010

NOTA KPJ


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

TAKLIMAT DAN PENERANGAN PENAPIS AIR DEW FILTER

Adalah dimaklumkan kepada semua cawangan bahawa taklimat dan penerangan penapis air Dew Filter akan diadakan di dewan Pusat Operasi pada tarikh 13hb Mei 2010 (Khamis) pada jam 10.00 pagi-1.00 petang. Harap maklum.

BAJU T-SHIRT HPA

SILA KLIK UNTUK PAPARAN YANG BESAR !!!

Selasa, 4 Mei 2010

Isnin, 3 Mei 2010

Jumaat, 30 April 2010

KELEBIHAN AREN SYRUP

Aren Syrup

Pokok kabung, sejenis pokok palma berasal dari Indonesia yang dikenali juga sebagai pokok Enau atau nama botaninya
Arenga Pinnata, mungkin agak pelik berbanding dengan pokok daripada spesies palma yang lain.

Pokok daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang, tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah di bahagian bawah batangnya hingga hampir mencecah tanah.

Malah dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah itu menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.

Ini berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan dan ketinggian pokok berkenaan.

Pokok kabung, yang mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses menjadi gula merah dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan yang terbaik.

Tidak semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan sahaja yang boleh mengeluarkan niranya.

Tandan bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira seperti tandan bunga jantan.

Kerja mengeluarkan nira yang digunakan pemungut nira di Ladang Sungai Balung, iaitu dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara berhati-hati.

Sebelum batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan daripada sebarang sisa kelopaknya. Selepas itu,batang tandan akan diketuk-ketuk ke arah atas dua kali dan arah ke bawah dua kali.Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan. Ketukan pula dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan berkenaan. Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak akan keluar.

DUA KALI SEHARI

Nira biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh mengeluarkan sehingga 10 liter nira sehari.

Nira yang siap dikutip kemudian dihantar ke kilang pemprosesan yang terletak dalam ladang berkenaan untuk diproses menjadi sirap nira kabung (Aren Syrup). Sirap nira kabung atau gula kabung suatu hari nanti akan menjadi satu daripada sumber gula utama di negara ini.

Gula kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing manis.

Sirap nira kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman. Antara makanan yang popular dengan campuran gula atau nira kabung ialah bubur kacang, kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur dan cendol.

Sirap nira kabung juga boleh digunakan sebagai pemanis dalam pembuatan kek serta pastri, makanan bijirin dan jus buah-buahan.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 26
Sabah & Sarawak : RM 28

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 24
Sabah & Sarawak : RM 26

Nilai Mata (NM) : 4

LAWATAN KE HPA NARATHIWAT

SELAMAT DATANG KE HPA NARATHIWAT !!!

Sila klik PLAY untuk tontonan

Lawatan ke HPA Narathiwat baru-baru ini yang bertarikh 28hb April 2010 sempena pembukaan cawangan baru di Negara Thailand. Alhamdulillah, satu lagi cawangan baru yang telah beroperasi di bawah pentadbiran Zon Timur. Mudah-mudahan kita mendoakan agar usaha kita untuk memperkembangkan / memperkenalkan perniagaan Halal Toyyiban ini akan diberkati Allah Taala. Insya Allah. Sama-sama kita saksikan video di atas.

PEMBERHENTIAN PELABURAN SAHAM KO WAHIDA

Assalamualaikum. Adalah di maklumkan bahawa ALK KoWahida telah memutuskan untuk menghentikan seketika penambahan pelaburan dan pendaftaran keanggotaan yang akan berkuatkuasa 7hb Mei 2010 bersamaan 22 jamadilawal 1431H. Jadi sebarang transaksi pelaburan tidak boleh dilakukan. Sebarang pertanyaan sila hubungi HQ KoWahida di 04- 9773813/14.Sekian, Wassalam.

Khamis, 29 April 2010

MEMO PENARIKAN HARGA STAF

Salam kepada semua cawangan di Zon Timur, merujuk kepada Memo Penarikan Harga Staf. Pihak Pengurusan Zon Timur ingin memaklumkan bahawa berkuatkuasa hari ini, semua pembelian produk dengan harga staf telah dibekukan. Sehubungan dengan itu pembelian Kopi Radix Staf juga perlu diberhentikan serta merta. Harap maklum.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

BORANG PERMOHONAN HPA MANHAL

SILA DOWNLOAD BORANG DI ATAS!!!

Selasa, 27 April 2010

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA



CUBA SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN !!!


"...SEDARILAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI, SELAMA INI DAN SAMPAI SEKARANG INI...APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA...ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH..." AWAS !!! Ada di jual di "Seven eleven"

Jangan Minum AIR KICKAPOO


Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK, nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni:


Tolong sebarkan dan jgn sekali-kali membelinya..


http://www.kickapoojoy.com/history.html

...masih lagi dok fikir ??? sampai bila nak fikir ???


"....marilah bersama-sama kami,..kita sama-sama berjamaah mencari, mempromosi & mengguna produk-produk yang 100% HALAL keluaran syarikat 100% Bumiputra Muslim.....demi masa depan anak bangsa kita...

MELAYU & ISLAM...INSYAALLAH"

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"