Khamis, 8 Julai 2010

JAWATAN KOSONG PROMOTER MUSLIMAH

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar

Rabu, 7 Julai 2010

BORANG PERMOHONAN HPA MANHAL


SILA DOWNLOAD BORANG DI ATAS !!!

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG


SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS !!!

PERASMIAN RFC KANGAR, PERLIS

Pandangan Hadapan RFC Kangar, Perlis

Insya Allah perasmian RFC Kangar akan diadakan pada tarikh 09hb Julai 2010 yang akan dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Perlis, Dato' Mat Isa Bin Sabu. Bangunan RFC tersebut terletak di kawasan di tengah-tengah bandar Seriab, Kangar Perlis. Alhamdulillah mari kita sama-sama mendoakan kejayaan dan kemampuan HPA pada hari ini. Insya Allah.

Isnin, 5 Julai 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI

KULIAH PERUBATAN JAWI JULAI 2010




KELANTAN (AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN)
TARIKH : 22HB JULAI 2010

TERENGGANU


TARIKH : 10HB JULAI 2010 (SABTU)
MASA : 8.45 MALAM
TEMPAT : DEWAN KULIAH UTAMA, POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, DUNGUN
PENCERAMAH : CIKGU MURAD BIN ABU BAKAR

PAHANG


TARIKH : 19HB JULAI 2010 (ISNIN)
MASA : 8.45 MALAM
TEMPAT : HOTEL CONTINENTAL, KUANTAN, PAHANG
PENCERAMAH : TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD (PENGARAH HPA)



Orang Ramai Di Jemput Hadir !!!

Sabtu, 3 Julai 2010

Rabu, 30 Jun 2010

MEMO PAMPLET PROMOSI

Sila KLIK memo di atas untuk paparan yang besar

OBESITI & PERAWATAN HERBA

Obesiti adalah satu keadaan yang mana seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan pada tisu adipos bahagian tubuh sehingga menjejaskan tahap kesihatan.
Satu kajian yang dibuat oleh AC Nielson, mendapati bahawa budaya mengambil makanan segera dalam kehidupan harian telah menyumbang kepada masalah ini. Di Malaysia, 59% rakyatnya makan sekurang-kurangnya sekali seminggu di restoran makanan segera dan waktu yang paling digemari ialah makan malam, manakala 71% sanggup membeli makanan segera untuk sarapan pagi.
Kebanyakan makanan segera yang dijual selalunya jenis makanan yang sudah diproses dan mengandungi kadar garam yang tinggi, gula, lemak dan juga perasa, termasuk monosodium glutamate (MSG). Makanan ini juga biasanya digoreng dengan minyak yang telah digunakan berulang kali, yang mana tidak baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak ‘trans fat’. Trans fat dihasilkan apabila pengeluar minyak masak menambah hidrogen ke dalam minyak sayuran – satu proses yang disebut penghidrogenan. Proses ini memanjangkan tarikh luput minyak dan mengekalkan bau makanan. Trans fat seperti juga lemak tepu dan kolestrol, meningkatkan kadar LDL (low density lipoprotein) atau kolestrol yang jahat.
Menurut kajian terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia, 25% rakyat Malaysia mengalami obesiti, peratus tertinggi di Asia. Statistik menunjukkan kadar obesiti di Malaysia meningkat dengan cepat. Data menunjukkan obesiti meningkat mengikut umur iaitu 6.6% di kalangan berumur 6 tahun, naik kepada 13.8% bagi mereka berumur 10 tahun. Perbezaan antara etnik juga berlaku terutama di kalangan kanak-kanak lelaki dengan 16.8% kanak-kanak Melayu mengalami obesiti berbanding 11% kanak-kanak Cina dan India.

BAGAIMANA MENGUKUR OBESITI

Indeks Jisim Tubuh (IJM) adalah satu penunjuk pengukuran berat badan bagi menentukan tahap risiko kesihatan.
IJM = Berat badan (kg) / Tinggi (m) / Tinggi (m)
Klasisifikasi WHO untuk berat badan orang dewasa berdasarkan IJT:
Kelasifikasi
IJT (kg/m2)
Risiko Penyakit
Kurang berat badan
<18.5
Rendah
Normal
18.5 ~ 24.9
Biasa
Berat badan berlebihan
>25.0

Pra obesiti
25.0 ~ 29.9
Agak tinggi
Obesiti kelas 1
30.0 ~ 34.9
Sederhana
Obesiti kelas 2
35.0 ~ 39.9
Tinggi
Obesiti kelas 3
>40.0
Terlalu tinggi

GEJALA OBESITI

  1. Tubuh menjadi tidak menarik (gemuk).
  2. Sesak nafas bila melakukan aktiviti.
  3. Sakit sendi.
  4. Fatty liver.
  5. Mati pada tahap muda.

PENYAKIT AKIBAT OBESITI

  1. Penyakit jantung.
  2. Tekanan darah tinggi.
  3. Osteoartritis.
  4. Kencing manis.
  5. Barah.

PERAWATAN HERBA HPA 

Dalam usaha untuk mengatasi masalah obesiti ini, beberapa langkah perlu diambil oleh mereka yang menghadapi masalah ini seperti:
  1. Merawat sistem hati dengan pengamalan D’Det.
D’Tork mengandungi ramuan 28 herba pahit yang diperkayakan dengan spirulina, mampu menembusi meridian hati dan memperbaiki organ-organ di dalam sistemnya.
  1. Menghalang pembentukan lemak yang baru dengan mengambil Stoma-K.
Stoma-K mengandungi HCA yang berfungsi untuk menghalang pembentukan lemak yang baru dan mengurangi rasa lapar.
  1. Membuang lemak melalui ikatan Kitosan dan Stoma-K.
  1. Menambahkan serat melalui Teh Herba / Teh Asiatica dan Spirulina.
Serat membantu untuk menyerap lemak, kolestrol, gula dan air yang berlebihan di dalam usus dan melawaskan pembuangan tinja.
5. Mengamalkan Kopi Radix terutama waktu pagi

Isnin, 28 Jun 2010

INFO MINYAK KAYU PUTIH


SILA KLIK FILE DI ATAS UNTUK DOWNLOAD !!!

INFO MINYAK KAYU MANIS


SILA KLIK FILE DI ATAS UNTUK DOWNLOAD !!!

KEKEMASAN SUSUNAN RAK DI HPA HALAL MART

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar dan jelas

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Sila KLIK gambar di atas untuk paparan yang besar

Sabtu, 26 Jun 2010

MALAYSIA HALAL SHOWCASE ( MIHAS 2010 )


Malaysia Halal Showcase (MIHAS) 2010 sedang berlangsung di MATRADE Exhibition & Convention Center (MECC), Jalan Duta, Kuala Lumpur. HPA Industries Sdn. Bhd dengan kerjasama Melaka Halal Hub bergabung tenaga dengan menyertai dalam pameran Halal terbesar dirantau asia ini. Booth HPA Melaka Halal Hub terletak di Dewan G, (Berhampiran Pintu Gerbang MECC), bernombor 153 & 154 telah menarik perhatian ramai pengunjung sama ada di dalam mahupun luar Negara. Pameran ini berlangsung selama seminggu dari 23 hingga 27 Jun 2010. Majlis Perasmian MIHAS 2010 dan Perasmian World Halal Research 2010 disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Setelah selesai majlis tersebut, YAB Perdana Menteri melawat ke Booth - Booth pameran MIHAS 2010 yang turut disertai Kakitangan kerajaan yang lain.