Sabtu, 15 Januari 2011

MILAD HPA INDONESIA 2011

Hadirilah ………..!!!
MILAD HPA INDONESIA 2011
Bersama : Tn. Hj. Ismail bin Hj. Ahmad (Owner HPA International)
Ahad, 16 Januari 2011
Tempat : Sport Mall Kelapa Gading Jl. Kelapa Nias Raya, Kelapa Gading – Jakarta
Waktu : Sesi I : Pkl. 08.00 s/d 12.00 acara Ceremonial Milad
Sesi II : pkl. 13.00 s/d 15.00 (Konser Nasyid untuk Rakyat Palestina)
Dimeriahkan oleh : Izzatul Islam, Shoutul Harokah, E Biet Bit A dll.
Harga Tiket : Rp. 40.000 (Sudah termasuk tiket Konser)

ROMBONGAN STAF PENGURUSAN KE MILAD INDONESIA

SILA KLIK PLAY UNTUK TONTONAN !!!

Jumaat, 14 Januari 2011

Khamis, 13 Januari 2011

KENANGAN KURSUS INDUKSI STAF CAWANGAN KALI KE 2

Seramai 220 orang Pengurus Cawangan-Cawangan HPA dan RFC seluruh Negara telah mengikuti kursus mulai 11hb Jan 2011 – 13hb Jan 2011 di Dewan Omar Mukhtar, Bandar HPA Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Slot perasmian pada 11hb Jan 2011 oleh Pengarah Urusan HPA yang juga Pengasas HPA Industries Sdn Bhd yang juga pengasas Perubatan Jawi.

Selasa, 11 Januari 2011

Isnin, 10 Januari 2011

KONVEK DAN MILAD PEMBAKAR SEMANGAT

DUA program mega awal tahun ini bakal menjadi peledak kepada penguasaan perniagaan syarikat pelbagai peringkat (MLM) berasaskan syariah, HPA Industries Sdn Bhd (HPA) di Malaysia dan Indonesia.
Program menghargai pengedar, Milad Indonesia pada 16 Januari ini di Sport Mall, Kelapa Gading, Jakarta dan Konvek Malaysia di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 5 Februari depan bakal menjadi pembakar semangat kepada hampir satu juta ahli HPA di kedua-dua negara itu menggempur produk syarikat berkenaan.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad berkata, Konvek dan Milad adalah program tahunan syarikat berkenaan yang terkenal dengan produk jenama Radix untuk menghargai pengedar mereka.
Menurutnya, pada majlis itu, pelbagai insentif diberikan kepada pengedar cemerlang dan melepasi sasaran syarikat, sekali gus menerima ganjaran dijanjikan.

“Program ini bagi menghargai sumbangan mereka terhadap pencapaian syarikat pada tahun lalu.

“Ini kali kedua PICC dipilih sebagai lokasi di Malaysia selepas 2007 manakala pada 2009, Konvek diadakan di MAEPS, Serdang,” katanya.
Antara insentif sebelum ini adalah ganjaran wang tunai, kereta, pakej haji dan umrah selain pakej pelancongan dalam dan luar negara hingga ke Sepanyol dan Australia.

Bagi program Konvek dan Milad kali ini, ganjaran diberikan dijangka menarik berdasarkan perkembangan HPA kebelakangan ini.
Mengenai operasi di Indonesia, beliau berkata, HPA kini semakin berkembang pesat di negara jiran itu dengan pembukaan lebih banyak cawangan selain penghantaran produk yang sebelum ini tidak ada di republik berkenaan.
Sila KLIK untuk paparan yang besar

Katanya, terbaru, enam jenis herba berbentuk softgel dihantar ke Indonesia.

“Penerimaan masyarakat Indonesia terhadap Kopi Radix juga luar biasa,” katanya.

Selain Kopi Radix, HPA terkenal dengan produk herba selain restoran makanan segera berasaskan makanan organik seperti Radix Fried Chicken, Radix Chicken House, Radix Pizza House, Radix Bakery House dan Radix Oriental Cuisine.

Ahad, 9 Januari 2011

Khamis, 6 Januari 2011

Jumaat, 31 Disember 2010

OTEM HPA

Sila KLIK image untuk paparan yang besar dan jelas

Khamis, 30 Disember 2010

SENARAI NAMA PESERTA LATIHAN TERKINI



SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS!!!

PRODUK BARU HPA




SILA DOWNLOAD FILE DI ATAS!!!

RALAT TARIKH : PENAMBAHAN TARIKH KURSUS LATIHAN STAF CAWANGAN

Untuk makluman kepada staf-staf cawangan, tarikh baru adalah seperti berikut :


Tarikh Lama : 3-4hb Januari 2011
Tarikh Baru : 3-5hb Januari 2011

Untuk tarikh berikutnya / seterusnya, akan dimaklumkan kemudian. Sekian terima kasih. Staf-staf cawangan sila ambil perhatian tarikh tersebut. Pihak kami memohon kemaafan di atas perubahan ini.

Perhatian : Setiap cawangan WAJIB memakai Tag Nama semasa menghadiri kursus nanti.