RAWATAN BEKAM ISLAM AL-HIJAMAH. SEBARANG TEMU JANJI BOLEH MENGHUBUNGI DI TALIAN 014-8463283
Isnin, 9 Mei 2011
Rabu, 4 Mei 2011
TAKZIAH KEPADA KELUARGA ENCIK KAMAL
Assalamualaikum kepada semua Staf-staf Zon Timur, marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada arwah ibunda Encik Kamal (Penolong Pengurus Besar AWM Marketing) yang baru sahaja meninggal dunia pada petang tadi. Moga-moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
YM WEBMASTER HPA
Assalamualaikum, kepada semua staf-staf cawangan. Sila add YM Webmaster HPA untuk sebarang urusan. Sekian terima kasih. YM / Email : hpa4online@yahoo.com
No H/P : Hotline: +6 013 991 0717
No H/P : Hotline: +6 013 991 0717
Isnin, 2 Mei 2011
TAKZIAH KEPADA ARWAH AYAHANDA NOR SUZIANA
Assalamualaikum kepada semua Staf-staf Zon Timur, marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada arwah ayahanda Suzi (Eksekutif Cawangan Tanah Merah) yang baru sahaja meninggal dunia pada pagi tadi akibat sakit tua. Moga-moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Jumaat, 29 April 2011
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN ESP
Untuk mendapatkan info-info perkembangan semasa dan juga gambar-gambar kenangan ESP di semua lokasi, dengan ini pihak HPA telah membuka ruang web / blog untuk tatapan semua. Insya Allah sama-sama kita manfaatkannya bersama.
Khamis, 28 April 2011
TEMPOH BELIAN MAINTAIN BULAN APRIL DILANJUTKAN
Adalah dimaklumkan bahawa pihak syarikat akan melanjutkan tempoh maintain pembelian bagi bulan April 2011 sehingga 7 Mei 2011.
Rabu, 27 April 2011
PERTUKARAN TEMPAT ESP DI TERENGGANU
Dewan TER Kuala Terengganu, Terengganu
Perhatian kepada semua Ahli-ahli, Leader-leader dan juga PJS. Insya Allah kita akan membuat pertukaran tempat ESP iaitu ESP Terengganu di mana pada mulanya ESP Terengganu akan diadakan di Hotel Permai Inn pada tarikh 7 Mei 2011 dan kini akan diadakan di Dewan TER, Kuala Terengganu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sila pastikan setiap cawangan membuat hebahan kepada semua Ahli-ahli HPA.
Isnin, 25 April 2011
TAKZIAH KEPADA ARWAH IBUNDA HAFIZI
Assalamualaikum kepada semua Staf-staf Zon Timur, marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada arwah ibunda Hafizi (Piji) Halal Mart Kubang Kerian yang baru sahaja meninggal dunia pada pagi tadi akibat sakit tua. Moga-moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Rabu, 20 April 2011
PERTUKARAN TEMPAT ESP KELANTAN
Salam hormat kepada seluruh Ahli-ahli HPA, Para PJS dan Leader-leader. Program ESP Kota Bharu, Kelantan telah bertukat tempat yang mana pada asalnya akan diadakan di Hotel New Pacific kini telah ditukarkan ke KTC (Kelantan Trade Center) bersebelahan Jalan Stadium Kota Bharu, Kelantan disebabkan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Tarikh masih tidak berubah, harap maklum. Sekian, terima kasih.
Lakaran gambar kawasan KTC (Kelantan Trade Center)
Langgan:
Catatan (Atom)

