Ahad, 3 Januari 2010

AHLAN WASAHLAN 2010


2009 telah berlabuh, seluruh warga kerja HPA Sungai Petani menutup tirai 2009 dengan program perjumpaan staf dan Kuliah Perubatan Jawi (KPJ). Seperti biasa dalam program perjumpaan staf Pengarah Urusan HPA, iaitu yang berbahagia Tn Hj Ismail Ahmad akan berucap. Ucapan beliau, Tahun 2008 Al-wahida Marketing sdn.bhd. (AWM) telah mencatat keuntungan bersih sebanyak RM 2 juta dan HPA Industries sdn.bhd. mencatat untung bersih sebanyak RM 4 juta. Ini menunjukkan HPA kini boleh disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia. Unjuran pada tahun 2010 ialah untung x 25% untuk menentukan pencapaian HPA pada 2010. 2010 apakah mimpi HPA? 2009 hanya 5 buah RFC dapat didirikan, tetapi 2010 ada 6 buah RFC lagi yang sedang dibangunkan yang melibatkan 3 fasa. fasa1,2,3. Fasa 3, bermaksud telah siap sepenuhnya iaitu di Kubnag Kerian, Kuala Terengganu dan Kangar. Yang menunggu CF iaitu di Kuantan dan Shah Alam dan yang sedang menunggu iaitu di Sungai Ara dan Kuala Lumpur. InsyaAllah tahun 2010 HPA akan menggenapkan jumlah RFC sebanyak 25 buah. Walau bagaimanapun beliau berkata bahawa staf HPA kurang senyuman. Beliau terus mengungkapkan ungkapan yang sering kita dengar dikaca tv iaitu "Kurangkan Manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman" Target pembangunan HPA pada 2009 ialah 150 buah cawangan. Walau bagaimanapun hanya 145 cawangan berjaya dibangunkan. Walau pun tidak mencapai target tetapi hampir mencapai ia merupakan pencapaian yang sangat membanggakan HPA. Pada tahun 2010 HPA akan membuka HPA Halal Mart, iaitu 2 lot kedai yang merupakan mini market yang penuh dengan produk halal. 2010 juga HPA akan memiliki Menara HPA iaitu bangunan 14 tingkat di seksyen 13 Shah Alam dengan kos RM 54 juta. HPA juga dipelawa untuk menjadi mentor bagi halal hub iaitu di Serkam, Melaka. Padang Besar, Perlis. dan Bukit Kayu Hitam, Kedah. 2009 HPA hanya mencapai 600,000 orang ahli dan target 2010 1 juta ahli bersama HPA. HPA telah memiliki pusat pendidikannya sendiri iaitu di Bukit Tambun, Pulau Pinang. Manhal iaitu bangunan 4 tingkat dengan kos RM 2.8 juta akan menempatkan anak-anak ahli HPA suatu hari nanti. Dalam masa 5 tahun Manhal akan menjadi Kolej Universiti dan 5 tahun selepas itu insyaAllah akan menjadi Universiti. Perkembangan HPA diluar negara amat membanggakan iaitu 5 buah cawangan sdah dibangunkan di Thailand, pejabat HPA di Phnom Penh, Kemboja Radix Pizza House akan dibuka di Batam dan banyak lagi pejabat HPA akan dibuka di Indonesia. Akhirnya beliau mengucapkan tahniah kepada warga kerja HPA dan beliau menyatakan bahawa tuan-tuan adalah pekerja yang terbaik, jika tidak masakan HPA dapat mencapai pencapaian yang kita nikmati sekarang ini. Assalamualaikum w.b.t

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan