Isnin, 22 Mac 2010

RANGKAIAN RESTORAN HPA

Selain produk, HPA turut mencipta sejarah apabila berjaya mewujudkan restoran ayam goreng sendiri, iaitu Restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang kini mempunyai 5 cawangan iaitu di Sungai Petani, Alor Setar, Bandar Laguna Merbok, Kluang, Johor dan terkini di Melaka (Mydin Mall MITC) . Ia satu alternatif untuk umat Islam yang tercari-cari makanan halal organik milik umat Islam. Lebih hebat lagi, perniagaan restoran lain juga turut dibuka selepas RFC. Antaranya ialah:

  • Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Sg Petani - masakan cina

  • Restoran Radix Chicken House (RCH), Jelempok, Kluang, Alor Setar & Kangar - menu berasaskan ayam organik seperti nasi ayam, sate ayam, ayam golek dll

  • Restoran Radix Pizza House (RPH), Sg Petani - pizza dan western food

  • Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Sg Petani - nasi ayam organik

  • Radix Bakery House (RBH), Sg Petani - kedai kek, roti & ban

HPA juga menceburi bidang perhotelan dengan membangunkan hotel berciri Islam yang diberi nama Hotel El-Zahraa Inn yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Rangkaian restoran dan hotel HPA ini dalam proses untuk dibuka di seluruh negara.

"Setiap ahli HPA yang berbelanja di mana-mana restoran dan hotel HPA akan mendapat Nilai Mata (NM)"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan