Jumaat, 26 Mac 2010

KEMBARA BERSAMA HPA RAIHAN

HPA Raihan akan menjelajah di kawasan negeri Kelantan pada tarikh 28hb March 2010. Antara tempat-tempat @ destinasi yang akan dituju adalah seperti berikut :

9.00 AM - 11.00 AM : Radio Kelantan
12.00 PM - 2.00 PM : Restoran Nasi Ulam Cikgu
3.00 PM - 4.00 PM : CD Outlet KB Mall
5.30 PM - 6.30 PM : Stokis HPA (Kak Nor)

# Staf Cawangan hendaklah turut serta ( Bagi Kawasan Kelantan Sahaja) dalam mempromosikan album terbaru HPA Raihan di kawasan-kawasan yang tertera seperti di atas.

TAWARAN HEBAT DARI KOWAHIDA

Blackberry Bold 9700 merupakan sebuah telefon bimbit pintar yang didatangkan dengan sokongan 3G, WiFi dan didatangkan dengan skrin HVGA, dan papan kunci QWERTY, serta kamera 3.2 megapixel dengan kebolehan auto-fokus, serta slot memori mikroSD.


SYARAT KELAYAKAN

• Anggota Koperasi Wahida HPA Bhd.
• Pengedar bertauliah Al-Wahida Marketing Sdn. Bhd.
• Kakitangan Kumpulan Syarikat HPA.
• Gaji/Bonus bulanan min RM 1,000 bagi 3 bulan berturut-turut

BERMINAT!

Hubungi kami dan sertakan bersama:
 Salinan Kad Pengenalan
 Pengesahan Kakitangan Syarikat HPA
 Pengesahan Pengedar Bertauliah Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.

Sebarang pertanyaan hubungi En. Mohd Naim di talian 012-4944778/ 04-9773813/
04-9773814 atau emel kepada kowahida@yahoo.com

PETIKAN RINGKAS FACEBOOK PENGARAH

1.Tawaran terbuka secara sukarela kepada ahli HPA yang mampu untuk mengebarkan bendera HPA di Puncak Gunung Kinabalu. Sijil penghargaan akan di berikan pada hari konvek 2010. InsyaAllah. Mereka yang berminat hendaklah menghubungi Encik Mahadi(SU Kelab Kembara Radix)

2.Semua produk dalam bentuk kordial, Radix Cookies dan RTD telah mula menggunakan gula perang bukan lagi gula putih. Ini bertujuan untuk menghasilkan produk kesihatan yang bermutu tinggi . Oleh itu terdapat sedikit perubahan harga dipasaran. Kopi radix juga akan menggunakan gula perang pada masa hadapan.

3.Kilang Filter air (Dew Water) di miliki 100% HPA telah mula operasi dan pengeluaran sedang ditingkatkan bagi mencukupi filter air halal dipasaran. Tidak menggunakan tulang haiwan tetapi menggunakan tempurung kelapa dan juga batu-batuan. Terima kasih pada yang sudah membeli. Bersabar kepada yang memesan kerana kilang kita baru sahaja beroperasi.

DAPATKAN RTD ROSELLE DI CAWANGAN


Dapatkan RTD Roselle di cawangan berdekatan dengan anda!!! Kini RTD Roselle telah mula kembali di pasaran seperti sediakala di cawangan anda. Dapatkannya....

Khamis, 25 Mac 2010

MENJELAJAH BERSAMA HPA RAIHAN

BERSAMA HPA RAIHAN !!!

Insya Allah, HPA Raihan akan menjelajah di kawasan Kota Bharu sempena program Jom Heboh pada tarikh 26 & 27hb March 2010 ini. HPA Raihan akan menjelajah sambil mempromosikan album mereka yang bertajuk " Musafir Perjuangan " iaitu album baru mereka. Ayuh, sila buat hebahan di tempat anda !!!

JUMPA DI SANA !!!

MAKLUMAT PENAPIS AIR DEW WATER FILTER

KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW

Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.

Baca Lagi>>>

BELAJAR SENYUM DAN MEMBERI SALAM


Inilah dua perkara yang diajar sejak kecil. Kalau kita menangis, merajuk or masam muka sudah pasti ibu dan ayah kita akan memujuk untuk kembali senyum. Kalau kita berjumpa dengan sesiapa pun kita di wajib memberi salam. Dua perkara ini adalah asas utama dalam menjalin hubungan sesama manusia. Namun adakalanya kita merasakan ini sudah tidak penting lagi dan tidak memberikan apa-apa makna. Senyum dan salam adalah penghubung manusia. Cuba kita cermin wajah kita setiap hari sebelum kerja... senyum kah kita...cuba kita hitung pada hari ini kepada siapa yang kita berikan salam atau kita mengharapkan orang lain memberi salam.

Baca Lagi>>>

Rabu, 24 Mac 2010

KURSUS DIAGNOSIS CARA MUDAH & TEPAT

Kursus ini akan diadakan pada bulan april bagi memantabkan ilmu perawatan kepada ahli-ahli HPA dengan keupayaan diagnosis penyakit melalui,muka,lidah,mata,hidung,telinga,kaki ,kulit dan lain-lain lagi. Kursus ini lebih khusus kepada mereka yang telah pun mengikuti program PIC,iridologi,bekam,reflexologi dan seumpamanya. Peserta hanya dibuka kepada 100 orang sahaja dan masa kursus 2 hari 1 malam.

Tidak ada alatan digunakan untuk merlakukan diagnosis,hanya memahami dari perubahan zahir tubuh sahaja. Mereka yang berminat boleh menghubungi saudara Hafiz (019-4749717) atau Suhairi (013-4239717) .

KPJ KELANTAN & TERENGGANU DIBATALKAN

Selasa, 23 Mac 2010

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Sila KLIK image di atas untuk paparan yang besar

WATIKAH PELANTIKAN PENSYARAH

Pagi ini berlangsung pelantikan Watikah Perlantikan Pensyarah/Jurulatih Kulliyah-Kulliyah ITHPA. Di Dewan ROR Bdr Ilmu HPA Sungai Petani.

31 Orang akan menerima watikah antaranya:

1.Tn Hj Ismail Bin Hj. Ahmad - PU HPA - Dekan Pengajian Pengubatan Islam/Herba
2.Ust Ahmad Ali,Pengerusi Panel Syariah - Dekan Pengajian Islam.
3.En.Abdul Ghani Bin Hussain - GM R&D - Dekan Kemahiran & Keusahawan


Baca Lagi>>>

Isnin, 22 Mac 2010

HPA COLLECTION ONLINE

Dapatkan pakaian muslimin muslimat & barangan cenderahati dengan harga baru yang lebih berbaloi bagi memenuhi kehendak pelanggan… Jom Berbelanja di HPA COLLECTION…

WWW.SHOP.HPAMALL.COM

“Website ini masih lagi ditahap pembinaan & kemaskini, walaubagaimanapun tn/pn bolehlah melihat sebahagian dari produk-produk yang terdapat di HPA Collection Sungai Petani & HPA Collection Shahab Perdana Alor Setar“.

** BARU: DAPATKAN PRODUK SLM BEDAK COMPACT & CECAIR DETERGENT MASTURA DI CAWANGAN-CAWANGAN HPA COLLECTION

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN PTB APRIL 2010

Diminta bagi mereka yang ingin mengikuti Kursus PTB untuk membuat pendaftaran segera sebelum 10 April 2010 bagi memudahkan persiapan kursus nanti.

Harap maklum & terima kasih.

RANGKAIAN RESTORAN HPA

Selain produk, HPA turut mencipta sejarah apabila berjaya mewujudkan restoran ayam goreng sendiri, iaitu Restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang kini mempunyai 5 cawangan iaitu di Sungai Petani, Alor Setar, Bandar Laguna Merbok, Kluang, Johor dan terkini di Melaka (Mydin Mall MITC) . Ia satu alternatif untuk umat Islam yang tercari-cari makanan halal organik milik umat Islam. Lebih hebat lagi, perniagaan restoran lain juga turut dibuka selepas RFC. Antaranya ialah:

  • Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Sg Petani - masakan cina

  • Restoran Radix Chicken House (RCH), Jelempok, Kluang, Alor Setar & Kangar - menu berasaskan ayam organik seperti nasi ayam, sate ayam, ayam golek dll

  • Restoran Radix Pizza House (RPH), Sg Petani - pizza dan western food

  • Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Sg Petani - nasi ayam organik

  • Radix Bakery House (RBH), Sg Petani - kedai kek, roti & ban

HPA juga menceburi bidang perhotelan dengan membangunkan hotel berciri Islam yang diberi nama Hotel El-Zahraa Inn yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Rangkaian restoran dan hotel HPA ini dalam proses untuk dibuka di seluruh negara.

"Setiap ahli HPA yang berbelanja di mana-mana restoran dan hotel HPA akan mendapat Nilai Mata (NM)"

KURSUS REFLEKSOLOGI ADVANCE

DAFTAR SEGERA!!!

Program : KURSUS REFLEKSOLOGI (ADVANCE)
Penyertaan : TERBUKA UNTUK ALUMNI HERBALIS PERUBATAN JAWI
(Bagi mereka yang pernah mengikuti bengkel/kursus asas Refleksologi HPA dialu-alukan untuk turut serta)

Penceramah : HERBALIS NORHISHAM RABAT (Alumni Herbalis-10)
Tarikh : 10 APRIL 2010 (SABTU)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : BILIK KULIAH PUSAT PERUBATAN JAWI NURUSSYIFAK KULIM
(3259 A, LORONG SELASIH 2A/1, TAMAN SELASIH, 09000 KULIM)
Yuran : RM 70.00 (Untuk Ahli HPA)

Bagi yang berminat sila KLIK DI SINI